Resepi Kuah Kacang Mudah Dan Sedap
Kalau makan satay ke, nasi himpit, ketupat dan dicicah pula dengan kuah kacang ni memang sedap tak terkata gitu. Tambahan lagi kalau kuah kacang tu sedap dan mudah disediakan memang seronoklah makan macam - macam dengan kuah kacang ni, makan dengan roti pun boleh hehe. Jadi dalam entry ni, aku nak share resepi kuah kacang ni dengan korang semua, resepi ini credit pada ownernya iaitu Arieza Rieza dan resepi ini aku ambil dari Facebook Resepi Orang Kampung. Jadi selamat mencuba ye buat semua.
Bahan Yang Dikisar / blander:
Cili kering
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Serai 2 batang
Lengkuas sedikit
Asam jawa
Udang kering
Bahan - Bahan lain
* Kacang tanah goreng dengan minyak dan kisar ikut suka nak hancur sangat atau tidak. Saya blander guna blander basah saja..senang kerja
* garam perasa
* gula putih
* gula merah
* air
Cara memasak
- Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blander, tunggu sehingga pecah minyak
- kemudian masukkan kacang yang siap diblander bersama bahan- bahan lain.
- tunggu mendidih..kalau pekat sangat boleh tambah air, pastikan rasa semua cukup masin masam manis..
- dah ok boleh tutup api dan hidang bersama nasi impit cucur udang atau sate.
Selamat mencuba..
kuah kacang makan dgn nasi impit sedapnyaaaa
BalasPadam