14 Okt 2018

Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket




Setan Dalam Poket, Telemovie, Telefilem, Telemovie Setan Dalam Poket, Telefilem Setan Dalam Poket, Cast, Pelakon Telemovie Setan Dalam Poket, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melisa Saila, Rashidi Ishak, 2018, Arahan Melissa Saila, Astro Citra, Kisah Seram, Hantu, Slot Citra Exclusive, Sinopsis Setan Dalam Poket,
Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket - Astro Citra

Telefilem Setan Dalam Poket akan disiarkan di slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 13 Oktober 2018 ini, jam 9 malam. Antara pelakon telemovie Setan Dalam Poket ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melissa Saila, Rashidi Ishak dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Melissa Saila serta diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor Sdn Bhd. Aku memang suka menonton semua telemovie arahan Melissa Saila ini sebab semuanya best - best dan unik gitu. Kalau tengok dari trailer telemovie Setan Dalam Poket ini memang nampak menarik jalan ceritanya, part tak boleh blah bila tiba - tiba diorang menari lagu Pop Yeh Yeh tu haha, nak tergelak gak tapi jalan cerita serius. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Setan Dalam Poket Lakonan Ungku Ismail dan Siti Elizad

Mengisahkan tentang duit yang asalnya dari hasil rompakan yang menyebabkan malapetaka dan sial kepada pemiliknya setiap kali bertukar tangan. Amran (lakonan Ungku Ismail) menjumpai sejumlah duit dalam guni serta seutas kalung lalu membawa duit dan kalung tersebut pulang ke rumah. Isteri Amran iaitu Yati (lakonan Siti Elizad) tidak setuju Amran membawa pulang duit dan kalung berkenaan lalu menyuruh Amran memulangkan semula duit dan kalung tersebut. Amran tidak mahu dan mula mengira duit - duit berkenaan, Amran juga menyuruh Yati untuk memakai kalung berkenaan. Kemudian Amran mula leka mengira duit - duit tersebut dari pagi hingga ke malam. Malah perangai Amran juga berubah dengan drastiknya, Amran mula panas baran, selalu memarahi isterinya dan suka mendengar dan menari bila mendengar lagu Pop Yeh Yeh di radio.
Setan Dalam Poket, Telemovie, Telefilem, Telemovie Setan Dalam Poket, Telefilem Setan Dalam Poket, Cast, Pelakon Telemovie Setan Dalam Poket, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad, Wan Hanafi Su, Melisa Saila, Rashidi Ishak, 2018, Arahan Melissa Saila, Astro Citra, Kisah Seram, Hantu, Slot Citra Exclusive, Ending Telemovie Setan Dalam Poket,
Amran juga sering memaksa Yati untuk menari bersamanya, Yati berasa pelik dan tidak sedap hati melihat perangai suaminya yang berubah secara tiba - tiba. Pak Awang (lakonan Wan Hanafi Su) juga hairan dengan perubahan Amran dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Tertekan dengan perangai suaminya yang seperti tidak waras, serta kejadian - kejadian aneh yang berlaku di rumahnya, memaksa Yati untuk berjumpa dengan Pak Awang dan menceritakan masalahnya. Pak Awang berjanji akan membantu Yati untuk memulihkan suaminya semula. Tak lama kemudian Yati pula seperti dirasuk dan cuba membunuh suaminya itu tapi tak berjaya. Pak Awang akhirnya berjaya memulihkan Amran dan juga Yati. Amran yang mula sedar dan menjadi dirinya semula menyuruh Pak Awang untuk membuang semua duit - duit berkenaan serta kalung yang dijumpainya itu.

Pak Awang bersetuju lalu membawa duit - duit berkenaan ke rumahnya kerana ingin mengira jumlah duit tersebut dan barulah membuang duit berkenaan. Namun sejak Pak Awang mula mengira duit tersebut dirinya pula mula berubah menjadi seperti Amran. Pak Awang juga mula berkasar dengan isterinya yang sakit dan lumpuh itu. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post