16 Okt 2018

Sinopsis Telemovie Rama - Rama (NTV7)




Telefilem Rama - Rama, Telemovie Rama - Rama, NTV7, 2018, Sinopsis Telemovie Rama - Rama, Slot Luna, Cast, Poster, Pelakon Telemovie Rama - Rama, Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq, Anne Abdullah, Watak Dalam Telemovie Rama - Rama, Shahirah, Asmira, Azizi, Luqman,
Sinopsis Telefilem Rama -  Rama Slot Luna NTV7

Telefilem Rama - Rama sudah pun disiarkan di slot Luna, NTV7 pada 14 Oktober yang lalu (Ahad, jam 8.30 malam). Antara pelakon telemovie Rama - Rama ini adalah Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Rama - Rama ini adalah Ungku Ismail dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Aku tertarik nak tengok telemovie ini sebab ada Nabila Huda gitu dan jalan ceritanya juga menarik. Uniknya telemovie ini, sebab ada macam puisi atau pun monolog yang diucapkan oleh para pelakon setiap kali sebelum iklan, unik dan rare betul hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Telemovie Rama - Rama Lakonan Nabila Huda & Kaka

Mengisahkan kehidupan Shahira / Ira (lakonan Nabila Huda) yang sering dikongkong oleh keluarganya sejak dari kecil. Setelah dewasa Shahira bekerja dengan sepupunya Asmira / Mira (lakonan Kaka Azraff). Namun setelah Asmira memarahinya dengan teruk, Shahira nekad untuk berhenti kerja. Asmira sedar akan kesilapannya cuba meminta maaf tapi Shahira nekad dengan keputusannya. Shahira cuba membuat pinjaman bank untuk membuka perniagaannya sendiri tapi pinjamannya itu tidak diluluskan. Hal ini diburukkan lagi dengan kekasihnya Azizi (lakonan Izzat Mushtaq) yang meninggalkan dirinya untuk berkahwin dengan sepupunya iaitu Asmira yang merupakan usahawan berjaya dan kaya - raya. Segala hal ini membuatkan Shahira makin membenci sepupunya itu. Namun sikap Asmira yang baik hati dan sudi memberikan duit untuk dirinya membuka perniagaan, melembutkan hati Shahira.
Telefilem Rama - Rama, Telemovie Rama - Rama, NTV7, 2018, Sinopsis Telemovie Rama - Rama, Slot Luna, Cast, Poster, Pelakon Telemovie Rama - Rama, Nabila Huda, Azraff, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Izzat Mushtaq, Anne Abdullah, Watak Dalam Telemovie Rama - Rama, Shahirah, Asmira, Azizi, Luqman,
Tak lama kemudian produk kecantikan jenama Miracle keluaran syarikat Shahira mula popular dan mendapat sambutan. Hal ini membuatkan perniagaannya makin maju dan kini bergelar jutawan. Asmira pula seorang sepupu yang baik dan sentiasa menyokong Shahira walaupun Shahira sengaja menjauhkan dirinya setelah berjaya dan kaya - raya. Dalam masa yang sama perniagaan Asmira pula makin teruk dan Shahira pula langsung tidak mempedulikan mahu pun menolong Asmira. Hal ini diburukkan lagi dengan Azizi yang memutuskan pertunangannya dengan Asmira kerana perniagaan Asmira hampir bankrup. Manakala Shahira pula makin lupa diri dan Azizi pula cuba kembali pada Shahira kerana Shahira sudah kaya raya. Luqman (lakonan Ellyas Abdullah) yang merupakan kawan sekolah Shahirah cuba mendekati Shahirah. Namun Shahira menganggap Luqman hanya inginkan duitnya sahaja, sedangkan Luqman ikhlas sayangkannya.

Awalnya Shahirah tidak mempedulikan Azizi yang datang merayu untuk bersamanya kembali. Tapi setelah melihat kesungguhan Azizi yang merayu dan melutut padanya membuat hatinya mula terbuka buat Azizi dan akhirnya mereka berkahwin. Namun setelah berkahwin, Azizi dan Shahira tidak bahagia, masing - masing ada skandal lain. Manakala Asmira pula makin rapat dengan Luqman dan mereka cuba menolong Shahirah ketika dirinya berada dalam kesusahan dan cuba menyedarkan Shahirah yang kawan baiknya Sofia (lakonan Dayana Roza) adalah tidak wujud. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post