22 Nov 2019

Sinopsis Filem Wira Lakonan Hairul Azreen (2019)




Wira, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Wira (2019), Wira Movie, Aksi, Sinopsis Filem Wira, OST Filem Wira, Poster Filem Wira, Senarai Pelakon Filem Wira, Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii, Arahan Adrian Teh,
Sinopsis Filem Wira (2019)

Filem Wira sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Wira ini adalah Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii dan ramai lagi. Filem Wira ini diarahkan oleh Adrian Teh yang sebelum ini sukses dengan filem Paskal The Movie yang juga merupakan arahannya. Selain itu filem ini diterbitkan oleh Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. Lebih menarik bila filem Wira ini turut menampilkan pelakon aksi terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah muncul dalam filem 'The Raid' dan 'John Wick 3'. Lagu tema / OST Filem Wira ini dinyanyikan oleh Ara Johari featuring Waris bertajuk Penindas. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..




Sinopsis Filem Wira

Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said). Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan). Apa yang berlaku seterusnya?..
Wira, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Wira (2019), Wira Movie, Aksi, Sinopsis Filem Wira, OST Filem Wira, Poster Filem Wira, Senarai Pelakon Filem Wira, Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii, Arahan Adrian Teh, Filem Baru Hairul Azreen,

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Filem KL Vampires (2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

3 ulasan:



My Random Post