5 Nov 2019

Sinopsis Penuh Novel Cemburu Seorang Perempuan (Drama Adaptasi Novel)




Cemburu Seorang Perempuan, Drama Adaptasi Novel, Novel Cemburu Seorang Perempuan, Karya Siti Hazneza, Drama Cemburu Seorang Perempuan, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan, Senarai Pelakon Drama Cemburu Seorang Perempuan, Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin, Cover Novel Cemburu Seorang Perempuan,

Novel Cemburu Seorang Perempuan Karya Siti Hazneza Abdul Hamid telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod dan disiarkan di slot Drama Vaganza, Astro Ria, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Pelakon Emma Maembong, Amar Baharin dan Amyra Rosli menjadi teraju utama drama Cemburu Seorang Perempuan ini. Amar Baharin akan memegang watak sebagai Zikri, manakala Emma Maembong pula akan melakonkan watak sebagai Emilia dan Amyra Rosli akan memegang watak sebagai Dhia. Pelakon lain yang turut membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan ini adalah Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin. Aku tak jumpa mana - mana link untuk baca online novel Cemburu Seorang Perempuan ni, yang ada hanya sinopsis jer, so jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye, selamat membaca okey..




Sinopsis Penuh Novel Cemburu Seorang Perempuan (Drama Adaptasi Novel)

Zikrillah atau Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka di darjah 4 lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka. Walaupun rapat, hubungan Zikri dan Dhiya hanya sebagai sahabat saja dan tidak lebih dari itu. Zikri kemudiannya berkahwin dengan Emilia dan mereka saling menyintai antara satu sama lain. Walaubagaimanapun dari hari pertama perkahwinan, Emilia telah menunjukkan rasa tidak suka akan keakraban suaminya bersama Dhiya. Kerana keakraban ini juga yang sering menjadi perbalahan di antara mereka. Emilia kemudiannya telah disahkan mengandung, namun atas sesuatu sebab kandungannya tidak dapat diselamatkan dan seterusnya Emilia juga disahkan tidak boleh mengandung lagi. Bagi membuktikan persahabatan mereka yang ikhlas Emilia telah meminta Dhiya untuk berkahwin dengan suaminya Zikri serta mengandungkan anak dari benih Emilia dan Zikri. Akhirnya Zikri dan Dhia menikah. Atas naluri ingin menolong dan juga kerana sayangkan Zikri, Dhiya sanggup menjadi ibu tumpang bagi anak - anak Emilia dan Zikri. 4 orang anak yang dikandung dalam rahim Dhiya.
Cemburu Seorang Perempuan, Drama Adaptasi Novel, Novel Cemburu Seorang Perempuan, Karya Siti Hazneza, Drama Cemburu Seorang Perempuan, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan, Senarai Pelakon Drama Cemburu Seorang Perempuan, Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Amar Baharin, Poster Drama Cemburu Seorang Perempuan,
Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja dan mereka sebenarnya tidak pernah sekali pun mengadakan hubungan suami isteri. Keikhlasan Dhiya dan Zikri masih tetap menjadi pergaduhan antara Emilia dan Zikri. Emilia risau jika Zikri meninggalkan dirinya, malah dia juga cemburu melihat hubungan baik Dhia dan Zikri. Disebabkan terlalu cemburu Emilia sanggup bertindak memusnahkan hidup Dhiya dengan menyebabkan Dhia lumpuh di kedua belah kakinya. Tangannya juga kudung dan mukanya cacat. Kerana insiden itu juga menyebabkan Emilia meninggal kerana dia turut terkorban semasa insiden ingin menghapuskan Dhia dari hidup Zikri. Atas kepakaran masakini, tangan Dhiya dapat disambung semula. Pembedahan mukanya juga dibuat namun Dhiya tetap perlu berkerusi roda.  Anak -anak  Zikri bersama Emilia sangat menyayangi Dhiya kerana Dhiya pandai mengambil hati mereka. Dhiya akhirnya melahirkan 2 orang anak dari darah dagingnya sendiri bersama Zikri selepas kematian Emilia. Walaupun Dhia cacat namun pengorbanan Dhiya yang begitu besar terhadap keluarga Zikri, memang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Biarlah orang lain memandang rupanya buruk dan cacat namun kemuliaan hati Dhiya amat membanggakan Zikri.

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Filem Pusaka (2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

3 ulasan:

  1. Singgah (^^,) Dah lama xmembaca novel...
    Jemput join : SNM Bloglist Batch 1
    Love, SNM

    BalasPadam
  2. aaa baca sinopsis je dah stress. siannye dhiya tuu. terseksa nau hidup dia :"(

    BalasPadam
  3. Xsabar sy nak tahu jalan cerita nie....geram sedih dan gembira semua perasaan tu hadir bile tgok cerita nie...dan terus cari geogle utk tahu sinopsis seterusnye..

    BalasPadam



My Random Post