18 Nov 2019

Telefilem Ada Mata Memerhati Lakonan Kamal Adli (Astro Citra)




Ada Mata Memerhati, Telefilem, Telemovie, Telefilem Ada Mata Memerhati, Telemovie Ada Mata Memerhati, Sinopsis Telefilem Ada Mata Memerhati, Poster Telefilem Ada Mata Memerhati, Astro Citra, Hantu, Kisah Seram, Senarai Pelakon Telefilem Ada Mata Memerhati, Kamal Adli, Rashidi Ishak, Zeera Azizi, Anna Melissa, Ahmad Nazri, Muhamad Hairul,

Telefilem Ada Mata Memerhati telah pun disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 16 November 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Ada Mata Memerhati ini adalah Kamal Adli, Rashidi Ishak, Zeera Azizi, Anna Melissa, Ahmad Nazri, Muhamad Hairul dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ada Mata Memerhati ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh Kl Motion Picture Company. Sebelum ini Kamal Adli dan Zeera Azizi dah pernah berlakon sekali dalam drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad. Memang menarik telefilem seram ini, jalan ceritanya best juga, apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Ada Mata Memerhati (Astro Citra)

Shah (Kamal Adli) teruja untuk berpindah ke rumah barunya selepas berjaya membeli rumah tersebut dengan harga yang murah serta lengkap dengan perabotnya sekali. Abang Shah, Azlan (Rashidi Ishak) berasa pelik bila rumah besar itu dijual dengan murah sekali. Namun akhirnya mereka tetap membeli rumah itu dan Shah tinggal sendirian di rumah tersebut. Shah sudah bertunang dengan Mira (Zeera Azizi) dan bakal berkahwin tak lama lagi. Tak lama kemudian Shah mendapati gambar tidurnya diambil dari satu sudut di siling. Timbul persoalan siapa atau apa yang telah mengambil gambarnya, dan kenapa?. Shah turut memberitahu hal tersebut pada abangnya dan juga Mira.
Ada Mata Memerhati, Telefilem, Telemovie, Telefilem Ada Mata Memerhati, Telemovie Ada Mata Memerhati, Sinopsis Telefilem Ada Mata Memerhati, Poster Telefilem Ada Mata Memerhati, Astro Citra, Hantu, Kisah Seram, Senarai Pelakon Telefilem Ada Mata Memerhati, Kamal Adli, Rashidi Ishak, Zeera Azizi, Anna Melissa, Ahmad Nazri, Muhamad Hairul,
 Abang Shah iaitu Azlan mencadangkan Shah supaya memasang CCTV di rumahnya itu. Tak lama kemudian kejadian pelik mula berlaku bila Shah terlihat kelibat seorang perempuan cantik di rumah tersebut. Lebih pelik lagi bila seperti ada seseorang yang sentiasa mengemas rumahnya itu. Shah mula berasa gembira dengan hal tersebut sehinggalah suatu hari bila hantu perempuan cantik itu menjelmakan dirinya. Hantu tersebut bernama Nia (Anna Melissa) dan Shah mula jatuh cinta pada Nia. Selepas itu Shah mula mengabaikan tunangnya Mira dan keadaan Shah juga tidak terurus. Abangnya mula berasa pelik dengan kelakuan Shah dan cuba mencari maklumat mengenai rumah tersebut.

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Sky Castle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post