29 Nov 2019

Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta (Samarinda TV3)




Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Adaptasi Novel, OST Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Baru Sharnaaz Ahmad, Poster Drama Dia Yang Ku Cinta, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta, Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Izzy Reef,
Drama Dia Yang Ku Cinta Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra (TV3)

Drama Dia Yang Ku Cinta adalah drama terbaru di slot Samarinda yang mula disiarkan pada 26 November 2019 bagi menggantikan drama Sara Sajeeda yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dia Yang Ku Cinta ini adalah Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Izzy Reef dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani dan mempunyai 15 episod. Drama Dia Yang Ku Cinta ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Selain itu drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A. Aida Production. Nampak menarik drama ini kan, aku tak berapa kenal dengan Syerinie Myra ni, maybe dia pelakon barulah kot, muda lagi baru berusia 18 tahun. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..


Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham (Afieq Shazwan) merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid (Arash Mohd) dan Puan Marhanna (Catriona Ross)  apabila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna yang menyimpan dendam terhadap kedua-dua anak arwah hingga mereka meningkat dewasa. Anak Puan Marhanna iaitu Lara Andrew (Siti Khadijah Halim) juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua mereka ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.
Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Adaptasi Novel, OST Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Baru Sharnaaz Ahmad, Poster Drama Dia Yang Ku Cinta, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta, Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Izzy Reef,
Hafiz Andrew (Luqman Hafidz) dan Lara Andrew juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafidz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia selepas Puan Marhanna dan suaminya bercerai. Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Hanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang oku, beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti. Pertemuan dengan Luqman (SharnaazAhmad), seorang jurutera itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mahanna dan Lara Andrew. 

Lagu Tema / OST Drama Dia Yang Ku Cinta

➤ Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri
➤ Teguh Setia nyanyian  Muna Shahirah
➤ Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli
➤ Kenangan nyanyian Zack Zakwan
Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Adaptasi Novel, OST Drama Dia Yang Ku Cinta, Drama Baru Sharnaaz Ahmad, Poster Drama Dia Yang Ku Cinta, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta, Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Izzy Reef,
~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post