10 Nov 2019

Telefilem 7 Netizen (Astro Citra)




7 Netizen, Telefilem, Telemovie, Telefilem 7 Netizen, Telemovie 7 Netizen, Sinopsis Telefilem 7 Netizen, Poster Telefilem 7 Netizen, Senarai Pelakon Telefilem 7 Netizen, Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam, Telefilem Lakonan Mimi Lana, Biodata Mimi Lana,

Telefilem 7 Netizen akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 9 November 2019, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem 7 Netizen ini adalah Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam dan ramai lagi. Selain itu telemovie 7 Netizen ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Cinema Stage Production Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik kan telefilem ni, baru tengok trailer pun dah nampak best gitu. So jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem 7 Netizen Lakonan Nafiz Muaz dan Mimi Lana

Tujuh orang yang diburu oleh pembunuh bersiri mempunyai satu persamaan - mereka semua merupakan pembuli siber. Khai Adli seorang selebriti popular tertekan dengan fitnah yang dibuat oleh 7 Netizen ini dan sempat menjejaki 7 Netizen ini, walaubagaimanapun tak lama kemudian Khai Adli mati. Adik Khai Adli iaitu Alif (Nafiz Muaz) menyalahkan 7 Netizen ini yang menjadi punca kematian abangnya itu. Tak lama kemudian satu persatu dari 7 Netizen ini mati dibunuh dengan kejam. Nadia (Mimi Lana) yang merupakan salah seorang dari 7 Netizen ini mula hidup dalam ketakutan selepas satu persatu kawannya mati dibunuh. Nadia mula berkenalan dengan Alif dan mereka akhirnya jatuh cinta, namun Nadia tak tahu yang Alif adalah adik pada Khai Adli. Apa yang berlaku seterusnya?, siapa pembunuh itu sebenarnya?..

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

1 ulasan:



My Random Post