20 Nov 2019

Movie Review :The Hustle (English Movie)




The Hustle, Movie, Filem, English Movie, #HUSTLEMOVIE, The Hustle Movie, Filem Inggeris, Filem The Hustle, Movie Review, English Movie Review, Movie Review - The Hustle, Review Filem The Hustle (2019), Ulasan Filem The Hustle (2019), The Hustle Synopsis, Sinopsis Filem The Hustle (2019), English Movie 2019, Comedy Movie, Con Artist, Lawak, My Opinion, Poster Filem The Hustle (2019), Anne Hathaway New Movie, Rebel Wilson New Movie, Senarai Pelakon Filem The Hustle (2019), Anne Hathaway, Rebel Wilson, Alex Sharp, Ingrid Oliver, Emma Davies, Dean Norris, Timothy Simons, Rob Delaney, Tin Blake Nelson,

Movie The Hustle ini diarahkan oleh Chris Addison dan release pada 10 Mei 2019 yang lalu. Filem The Hustle ini adalah remake pada filem Dirty Rotten Scoundrels dan bergenre komedi. Antara pelakon filem The Hustle ini adalah Anne Hathaway, Rebel Wilson, Alex Sharp, Ingrid Oliver, Emma Davies, Dean Norris, Timothy Simons, Rob Delaney, Tin Blake Nelson dan ramai lagi. Aku suka dengan gandingan Anne Hathaway dan Rebel Wilson dalam filem The Hustle ini, nampak serasi je dua - dua dan cute always. Filem ini berdurasi 94 minit dan kos pembikinan filem ini menelan belanja 21 Juta dan filem ini juga box office iaitu mendapat 94 Juta gitu. Filem The Hustle ini mengisahkan tentang 2 Con Artist wanita iaitu Penny Rust (lakonan Rebel Wilson) yang merupakan con artist kecil - kecilan serta Josephine Chesterfield (lakonan Anne Hathaway) yang merupakan con artist profesional yang berjaya menipu banyak lelaki terkaya di dunia. Mereka berdua bertemu ketika kedua - duanya dalam perjalanan ke French Riviera. Josephine tidak senang dengan kehadiran Penny disitu dan cuba menipunya untuk membuatkan Penny pergi dari situ.




Setelah Penny tahu yang dirinya telah ditipu oleh Josephine, Penny bertindak dengan pergi ke rumah Josephine dan merayu supaya Josephine menjadi mentornya. Akhirnya Penny dan Josephine bekerjasama dan berjaya menipu ramai lelaki kaya yang lain. Konflik mula berlaku bila Josephine tak mahu membayar Penny atas kerjasama mereka itu, kerana bagi Josephine, Penny bukan partnernya tapi pelajarnya. Selepas itu Penny dan Josephine mula bergaduh dan membuat taruhan antara mereka dengan menggunakan
 
Thomas Westerburg (lakonan Alex Sharp) yang merupakan seorang jutawan internet sebagai mangsa mereka. Pelbagai taktik dan strategi yang digunakan mereka untuk menang dalam taruhan tersebut. Keadaan mula jadi sebaliknya bila mereka sedar yang mereka dah kena tipu. Apa yang berlaku seterusnya? Aku suka part Penny dan Josephine bekerjasama tu, tapi tulaa boleh pula diorang berdua bergaduh lepas tu, siap cabar - mencabar lagi untuk tentukan siapa lagi hebat. Tapi last - last lain jadinya. Menarik juga bila con artist yang pakar bab - bab menipu ni akhirnya boleh terpedaya dan kena tipu juga akhirnya hehehe. 
The Hustle, Movie, Filem, English Movie, #HUSTLEMOVIE, The Hustle Movie, Filem Inggeris, Filem The Hustle, Movie Review, English Movie Review, Movie Review - The Hustle, Review Filem The Hustle (2019), Ulasan Filem The Hustle (2019), The Hustle Synopsis, Sinopsis Filem The Hustle (2019), English Movie 2019, Comedy Movie, Con Artist, Lawak, My Opinion, Poster Filem The Hustle (2019), Anne Hathaway New Movie, Rebel Wilson New Movie, Senarai Pelakon Filem The Hustle (2019), Anne Hathaway, Rebel Wilson, Alex Sharp, Ingrid Oliver, Emma Davies, Dean Norris, Timothy Simons, Rob Delaney, Tin Blake Nelson,
Nak kata lawak sangat filem The Hustle ni, tak juga sebab aku rasa biasa saja, tak lawak mana pun. Aku tertarik nak tengok filem ini pun sebab para pelakonnya dan jalan ceritanya yang berkisarkan pasal con artist tu. Kebiasaannya jalan cerita yang berkisarkan pasal Con Artist ni selalunya best - best belaka dan fast pace. Aku suka juga dengan plot twist tentang watak Thomas Westerbug tu. Ending movie The Hustle ini memang happy endinglah kan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7/10 bintang untuk movie The Hustle ini.

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea - Sky Castle

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post