2 Nov 2019

Baca Online Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya




Dia Pengantinku, Novel Dia Pengantinku, Drama Dia Pengantinku, Drama Adptasi Novel, Karya Novelis Nurfaza Alisya, Drama Melayu RTM TV1 2019, Drama Bersiri, Slot Widuri, TV1, Novel Online, Baca Online Novel Dia Pengantinku Bab 1 Hingga Bab 5, Watak Pelakon Dalam Drama Dia Pengantinku, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Mawar Rashid, Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku, Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada, Cover Depan Novel Dia Pengantinku,

Selepas novel Isteri Untuk Diiktiraf karya Nurfaza Alisya, kini giliran novelnya yang bertajuk Dia Pengantinku pula akan diadaptasikan menjadi drama bersiri 26 episod, yang sekarang ini tengah hangat bersiaran di slot Widuri TV1 (RTM), setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam. Saharul Ridzwan, Mawar Rashid dan Azrel Ismail menjadi pelakon utama drama Dia Pengantinku ini. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada. Saharul Ridzwan akan memegang watak sebagai Syed Ashraf manakala Mawar Rashid pula akan memegang watak sebagai Aimi Najwa, Azrel Ismail sebagai Kamil, Tisha Shamsir sebagai Maya, Esma Daniel sebagai Dato Syed Alwi, Elya Miera sebagai Juhana. Korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Tapi tak semua bab ada, aku cuma jumpa sikit je, kalau korang nak baca novel penuh, sila beli novel ini di pasaran ye. Selamat membaca semua..

➔ Baca Online Novel Dia Pengantinku Bab 1 Hingga Bab 5 ⟵




Sinopsis Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya


Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak! “Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?”
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif? Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya. Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya.

Dia Pengantinku, Novel Dia Pengantinku, Drama Dia Pengantinku, Drama Adptasi Novel, Karya Novelis Nurfaza Alisya, Drama Melayu RTM TV1 2019, Drama Bersiri, Slot Widuri, TV1, Novel Online, Baca Online Novel Dia Pengantinku Bab 1 Hingga Bab 5, Watak Pelakon Dalam Drama Dia Pengantinku, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Mawar Rashid, Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku, Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada, Poster Drama Dia Pengantinku,
Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!
Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang. Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya. Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?
 


Jom Baca Ini juga ➔ Drama Pesan Pada Hati Lakonan Shukri Yahaya dan Nabila Razali (TV3)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

1 ulasan:



My Random Post