26 Nov 2019

Telefilem Gengster Leng Chai Lakonan Sean Lee (Astro Citra)




Gengster Leng Chai, Slot Citra Exclusive, Astro Citra, Telefilem, Telemovie, Telefilem Gengster Leng Chai, Telemovie Gengster Leng Chai, Sinopsis Gengster Leng Chai, Telefilem Lakonan Sean Lee, Poster Telefilem Gengster Leng Chai, Telefilem Astro 2019, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Telefilem Gengster Leng Chai, Sean Lee, Yuna Rahim, Elmy Moin, Jesse Lim, Fazziq Muqris,
Telefilem Gengster Leng Chai Lakonan Sean Lee dan Yuna Rahim (Astro Citra)

Telefilem Gengster Leng Chai telah pun disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 23 November 2019 yang lalu. Antara pelakon Telefilem Gengster Leng Chai ini adalah Sean Lee, Yuna Rahim, Elmy Moin, Jesse Lim, Fazziq Muqris dan ramai lagi. Selain it u telemovie Gengster Leng Chai ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden. Pelakon utama telefilem ini iaitu Sean Lee dan Yuna Rahim ni dah pernah berlakon sekali menerusi drama popular Sweet Dreams. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..


Mengisahkan tentang Black (Sean Lee) yang merupakan seorang gengster dan bertugas untuk memungut hutang bagi pihak ketuanya iaitu Jon (Jesse Lim). Disebabkan sikap Black yang mudah lembut hati bila tengok orang lain dalam kesusahan, membuatkan dia sukar untuk kutip semua hutang - hutang itu. Sebaliknya Black akan menggunakan duitnya sendiri untuk membantu mereka. Manakala Mawar (Yuna Rahim) tinggal bersama bapa tirinya selepas ibunya meninggal dunia. Mawar bekerja sebagai promoter di pasaraya. Bapa tiri Mawar berhutang dengan Jon dan Jon mahukan duitnya kembali. Akhirnya bapa tiri Mawar itu bertindak menjual Mawar pada Jon, namun Mawar sempat melarikan diri dan terserempak dengan Black. Black yang kenal dengan bapa tiri Mawar itu akhirnya menolong Mawar dengan membawanya ke satu tempat supaya Mawar dapat bersembunyi daripada Jon buat sementara waktu. Black sering singgah ke rumah itu untuk membawa makanan pada Mawar dan akhirnya Black dan Mawar jatuh cinta. Jon dapat tahu yang Black menyembunyikan Mawar disitu dan kemudian menangkap mereka berdua. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca ini juga ➔ Resepi Ikan Masak Asam Yang Sedap

1 ulasan:



My Random Post