13 Okt 2020

Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose (Astro Ria)



Drama Perempuan Tanpa Dosa, Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro 2020, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Uqasha Senrose, Poster Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Baru Uyaina Arshad, Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa,
Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose - Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Perempuan Tanpa Dosa adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin yang telah tamat episodnya. Drama Perempuan Tanpa Dosa ini mempunyai 28 episod dan sudah mula bersiaran sejak 6 Oktober 2020 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin, Shaza Bae dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad. Selain itu drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Kamal Adli dan Uqasha Senrose dah pernah bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad yang juga arahan Michael Ang. Memang nampak menarik kan drama ini, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose - Slot MegaDrama Astro Ria

Demi maruah, Datuk Majid (Hilal Azman) terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily(Uqasha Senrose) dengan Rizal (Kamal Adli) dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie(Zac Zaky) datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah (Uyaina Arshad). Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman (Yusuf Bahrin). Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?
Drama Perempuan Tanpa Dosa, Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro 2020, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Uqasha Senrose, Poster Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Baru Uyaina Arshad, Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa,
Lagu Tema / OST Drama Perempuan Tanpa Dosa

💘💙💛 Sembah nyanyian Naim Daniel

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Biodata Terkini Uqasha Senrose

4 ulasan:

  1. barisan pelakon yang hebat² semua. :)

    BalasPadam
  2. kisah orang kaya dan orang miskin la ni eh

    BalasPadam
  3. baca sinopsis nampak menarik cerita ni..tapi umah iena xde astro..duk bujang je kat KL..malas nak langgan sebab jarang ade dirumah :D

    BalasPadam



My Random Post