22 Jun 2021

Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side



Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side

Ikutkan dah lama tengok drama Korea Missing : The Other Side ni, rasanya tahun sudah kot, lagipun drama ni pun release bulan Oktober 2020 dan disiarkan di channel OCN sebanyak 12 episod. Cuma tulah aku yang tak sempat nak buat review sebab sibuk sikit hehe. Tak lama lepas tu Korean Drama Missing : The Other Side ni tengah hangat disiarkan di TV3 pula iaitu hari Selasa hingga Khamis, jam 11 malam. Malam ni iaitu 22 Jun dah masuk episod akhir dah drama ni. Aku bila tengok tajuk drama ini serta baca sinopsis drama ni memang dah tertarik nak menonton drama ni, lagi pun episod drama ni tak panjang pun hanya 12 episod je. Plus jalan ceritanya yang bergenre misteri, fantasi dan thriller ni membuatkan penonton tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya dan apakah kesudahannya. Antara pelakon drama Korea Missing : The Other Side ini adalah Go Soo, Heo Jun Ho, Ahn So Hee, Ha Joon, Seo Eun Soo, Song Geon Hee, Kang Mal Geum, Jung Young Sook, Lee Yoon Jae dan ramai lagi. Drama Korea Missing : The Other Side ni mengisahkan tentang Kim Wook lakonan Go Soo yang merupakan seorang penipu yang selalu membuat penipuan pada orang - orang jahat. Suatu hari dia secara tak sengaja ternampak satu kes penculikan Choi Yeo Na lakonan Seo Eun Soo dan merakam video mengenai penculikan itu.




Malangnya hal itu disedari oleh samseng - samseng yang menculik Choi Yeo Na lalu mereka mengejar Kim Wook. Kim Wook melarikan diri ke hutan dan dia kemudian diselamatkan oleh Jang Pan Seok yang tinggal seorang diri di hutan tersebut. Kim Wook kemudian terjumpa sebuah kampung di tengah - tengah hutan tersebut, namun Jang Pan Seok telah memberi amaran pada Kim Wook supaya meninggalkan hutan tersebut secepat mungkin. Namun Kim Wook tetap berkeras tinggal disitu. Lama - kelamaan barulah Kim Wook sedar yang kampung tersebut bukanlah kampung yang biasa, sebaliknya ianya perkampungan untuk orang - orang mati yang mana badan / jasad mereka tidak pernah dijumpai, jadi mereka terperangkap dan tinggal di kampung tersebut. Hanya Jang Pan Seok dan Kim Wook yang mampu melihat perkampungan itu dan orang - orang yang tinggal di situ. Choi Yeo Na juga turut berada di kampung tersebut dan Kim Wook mengecamnya, namun berpura - pura seperti tidak tahu apa - apa. Di peringkat awal Kim Wook banyak menimbulkan masalah di perkampungan tersebut kerana tidak mengetahui hal sebenar. Namun setelah kebenaran diketahuinya, Kim Wook ingin mengikut jejak langkah Jang Pan Seok untuk cuba membantu mereka di perkampungan tersebut.

Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Dalam masa yang sama tunang Choi Yeo Na iaitu Shin Joon Ho yang merupakan seorang pegawai polis berusaha untuk mencari Choi Yeo Na. Dia juga mengenali Kim Wook dan berasa pelik melihat Kim Wook terbabit dalam setiap kes yang disiasatnya. Kim Wook pula tidak sampai hati untuk memberitahu Shin Joon Ho yang tunangnya Choi Yeo Na telah mati. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Missing : The Other Side. Kisah Choi Yeo Na dan Shin Joon Ho ni agak sedih sebenarnya. Selain itu kisah Jang Pan Seok yang masih mencari anak perempuannya Jang Hyun Ji yang hilang sudah sekian lama tu juga menyayat hati. Setiap penghuni yang tinggal di perkampungan tersebut mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Scene ketika Kim Wook hilang kawan baiknya tu juga sedih habis, walaubagaimanapun suasana di kawasan perkampungan tu sangat ceria gitu, semua hidup dalam keadaan aman damai gitu. Tapi bila badan atau jasad mereka ditemui, mereka akan lenyap dari kampung tersebut. Jadi bila perpisahan berlaku, suasana jadi sedihlah kan. Apa pun memang geram dengan orang jahat dalam drama ni, disebabkan tamak, diorang sanggup membunuh ramai orang. 

Apa pun aku tak naklah bagi spoiler mengenai episod akhir drama Korea Missing : The Other Side atau pun endingnya. Semua misteri dan persoalan serta kebenaran akan terjawab di episod akhir drama ini. Tapi ada jugalah yang aku kurang puas hati sikit mengenai kelebihan yang dimiliki Jang Pan Seok dan Kim Wook di ending drama ini. Pendek kata drama ni memang best, aku bagi 8.5/10 bintang untuk drama ini..

Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Tonton Online Drama Korea Missing : The Other Side

Bagi yang terlepas menonton drama ini di tv, korang boleh menonton Korean Drama  Missing : The Other Side ini secara online di aplikasi Viu dan iQiyi.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kampung Kolestrol Lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu (TV3)

1 ulasan:

  1. Aku peneman wife tonton cerita korea...nanti aku cadangkan cerita ni kat wife aku.

    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

    BalasPadam



My Random Post