12 Ogo 2017

Badrinath Ki Dulhania - Bollywood Movie Review

Badrinath Ki Dulhania, Bollywood Movie, Filem, Hindi Movie, Sinopsis, Romantik Komedi, Cinta, Watak Vaidehi Trivedi, Badrinath Bansal, Kritika, Shooting Di Singapore, Dowry, Senarai Pelakon Filem Badrinath Ki Dulhania, Pelakon, Varun Dhawan, Alia Bhatt, Sahil Vaid, Yash Sinha, Shweta Basu Prasad, Sukhmani Lamba, Ending, Happy Ending, Review, My Review, Review By Miss Banu,
 Review Filem Bollywood - Badrinath Ki Dulhania Lakonan Varun Dhawan & Alia Bhatt

Hari ini aku nak buat review filem Bollywood pula yang bertajuk Badrinath Ki Dulhania yang bermaksud Badrinath's Bride. Filem ini release pada 10 Mac 2017 dan dilakonkan oleh Varun Dhawan, Alia Bhatt, Sahil Vaid, Yash Sinha, Shweta Basu Prasad, Sukhmani Lamba dan ramai lagi. Filem ini menemukan Alia Bhatt dan Varun Dhawan buat kali ketiga, sebelum ini diorang pernah bergandingan dalam filem Student Of The Year dan Filem Humpty Sharma Ki Dulhania. Filem Badrinath Ki Dulhania ini bergenre romantik komedi dan ada sesetengah babak telah shooting di Singapura. Selain itu filem ini telah diarahkan oleh Shashank Khaitan dan diterbitkan oleh Karan Johar. Jalan cerita filem ini sedikit klise seperti filem - filem lain namun dalam tersirat ianya mengangkat isu - isu berat yang masih berlaku di India sehingga kini seperti isu Dowry, isu Patriaki, keganasan terhadap wanita, dilema wanita yang bekerjaya serta isu wanita tak sesuai bekerja dan harus jadi surirumah walaupun berpendidikan tinggi seperti yang dialami oleh kakak ipar Badrinath.

Antara scene yang paling aku suka masa scene perkahwinan Badrinath dengan kekasih hatinya iaitu Vaidehi namun Vaidehi boleh lari pula, tinggallah Badrinath atau Badri menanggung malu serta menahan marah seorang diri. Kesian sangat dekat Badrinath ketika ini, Varun Dhawan membawakan wataknya dengan cemerlang sekali untuk scene penting ini. Rasa marah juga pada Vaidehi ini, kerana meninggalkan Badrinath macam tu saja, tanpa berbincang terlebih dahulu. Walaubagaimanapun ending Badrinath Ki Dulhania ini memang happy endinglah kan, apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ya..

Sinopsis Filem Badrinath Ki Dulhania

Badrinath atau Badri merupakan anak bongsu dari sebuah keluarga yang kaya raya di Jhansi. Badri mempunyai abang yang bernama Alok yang telah dipaksa kahwin dengan Urmila, Alok kemudiannya menghadapi masalah untuk menerima isterinya itu. Badri yang melihat keadaan abangnya itu berjanji pada dirinya sendiri untuk mencari bakal isteri yang akan direstui oleh bapanya itu. Badri kemudiannya bertemu dengan Vaidehi Trivedi di sebuah majlis perkahwinan dan terus jatuh cinta pandang pertama. Selepas itu Badri mula obses dengan Vaidehi dan ingin menjadikan Vaidehi isterinya. Namun Vaidehi menolaknya dan tidak ingin berkahwin kerana dirinya ingin bekerja dan menyara diri sendiri dan keluarganya. Badri tidak mudah putus asa dan terus menerus mencari jalan untuk mendekati Vaidehi, malah Badri juga telah menolong Vaidehi dan keluarganya untuk mencari calon suami buat kakak Vaidehi iaitu Kritika, malah Badri turut menyelesaikan krisis Dowry yang berlaku antara keluarga Vaidehi dan juga keluarga calon suami Kritika. Akhirnya setelah semua masalah selesai, Vaidehi akhirnya setuju berkahwin dengan Badri, malah Vaidehi akan berkahwin serentak dengan kakaknya.

Di hari perkahwinan mereka, Vaidehi menghilangkan diri, dia telah ke Singapura untuk mengikuti kursus menjadi pramugari. Badri yang berasa marah akhirnya ke Singapura dan cuba untuk menculik Vaidehi sebelum melepaskannya semula. Pelbagai kejadian yang berlaku dan akhirnya memaksa Badri dan kawannya untuk tinggal buat sementara waktu di rumah sewa Vaidehi di Singapura. Setiap kali Vaidehi melihat Badri, dia berasa sangat bersalah dan cuba menjaga Badri sebaik mungkin ketika Badri berada di rumah sewanya itu. Badri turut meluangkan masa bersama Vaidehi serta kawan - kawan yang lain untuk bersiar - siar di Singapore. Akhirnya Badri mula menghormati keputusan dan pendirian Vaidehi untuk bebas bekerja serta kagum dengan kebijaksanaan Vaidehi. Setelah Badri pulang ke India semula, Vaidehi mula merindukan Badri dan berasa tertekan apabila Badri tiada disisinya. Di Jhansi, Badri mula kesiankan kakak iparnya yang terpaksa melayan kerenah bapanya yang sentiasa merendah - rendahkan wanita serta tidak menghormati wanita dan akhirnya Badri sedar kenapa Vaidehi melarikan diri dari berkahwin dengannya.

Ketika Badri bersemuka dengan ayahnya itu, Vaidehi muncul di rumahnya dan mengatakan yang dirinya mencintai Badri dan ingin mengahwininya. Badri dan Vaidehi kemudiannya memberitahu ayah Badri tentang keputusan mereka dan meminta ayah Badri untuk menghormati keputusan mereka itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Kalau korang nak tahu kenalah tonton filem ini nanti. Apa pun aku bagi 6 Bintang dari 10 bintang untuk filem Badrinath Ki Dulhania ini.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post