2 Ogo 2017

Sinopsis Telemovie Isteri Untuk Abang Long

Telemovie, Telefilem, Isteri Untuk Abang Long, Sinopsis, Romantik Komedi, Adaptasi Mini Novel, Senarai Pelakon Telemovie Isteri Untuk Abang Long, Idris Khan, Siti Saleha, Lia Natalia, Rosnah Johari, Mona Bella,
Sinopsis Telemovie Isteri Untuk Abang Long Lakonan Idris Khan & Siti Saleha

Pada 31 Julai yang lalu, aku sempat menonton telemovie yang bertajuk Isteri Untuk Abang Long yang disiarkan di Slot Skrin Di 9, TV9. Rupa - rupanya telemovie Isteri Untuk Abang Long ini adalah adaptasi daripada Novel Mini Suami Isteri Karya 4 Novelis Best Seller dan telemovie ini adalah adaptasi daripada karya Rehal Nuharis, malah Rehal Nuharis juga adalah penulis skrip untuk telemovie ini. Ada ramai pelakon best yang membintangi telemovie yang bergenre romantik komedi ini, antaranya adalah Idris Khan, Siti Saleha, Lia Natalia, Rosnah Johari, Mona Bella dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah beris Film Production. Telemovie ini agak unik juga bila ada banyak sound effect yang dimasukkan dalam babak - babak tertentu untuk membuatkan telemovie ini lebih kelakar dan sweet. Contohnya ada sound effect bunyi kucing, bunyi harimau mengaum dan sebagainya. Apa pun jom baca sinopsis telemovie ini di bawah ya..

Sinopsis Telemovie Isteri Untuk Abang Long

Mengisahkan Cik Esah yang ingin melihat anak lelaki sulungnya mendirikan rumahtangga, namun disebabkan anak lelakinya itu yang digelar abang long dikatakan ketua gangster menyebabkan anaknya masih belum berkahwin. Ini ditambah lagi dengan sikap anak lelakinya itu yang panas baran membuatkan perempuan takut dengannya. Cik Esah dan dua anak perempuannya iaitu Kak Ngah dan Adik menggesa abang long untuk berkahwin. Akhirnya abang long menyuruh ibunya untuk mencarikan calon isteri untuknya. Kak Ngah dan Adik sangat teruja untuk mencari calon isteri buat abang mereka itu, mereka mula menyuruh abang long untuk keluar dengan calon - calon pilihan mereka berdua. Namun setelah keluar, abang long tidak menyukai sikap dan personaliti calon - calon bakal isteri pilihan adiknya itu. Cik Esah turut menyuruh anak lelakinya untuk berjumpa dengan calon pilihannya pula yang bernama Dian. Ternyata abang long senang dengan sikap Dian yang baik dan mendengar kata, namun abang long sengaja tidak menunjukkan yang dirinya menyukai Dian, malah cuba menakut - nakutkan Dian dengan mengatakan dia adalah ketua gangster.

Dian merasakan abang Long tidak menyukainya, dan dia juga hampir percaya yang abang long adalah ketua gangster. Sejak dari pertemuan pertama mereka, abang long sering mengajak Dian keluar, malah dia turut menghantar dan menjemput Dian pergi dan balik kerja. Dian berasa rimas dan keliru dengan sikap abang long kerana abang long mengatakan yang dirinya sudah ada calon lain untuk berkahwin, tapi masih keluar dengan Dian lagi. Malah abang long turut membawa Dian untuk membantunya memilih barang - barang hantaran, sedangkan abang long itu ingin berkahwin dengan gadis lain. Abang Long sebenarnya ingin berkahwin dengan Dian tapi masih belum berterus - terang lagi dengan Dian, malah abang long juga seronok melihat Dian keliru dengan tindakannya. Akhirnya Dian mengetahui yang abang Long ingin berkahwin dengannya, Dian juga sempat bertanya pada Kak Ngah tentang pekerjaan sebenar abang long, namun jawapannya tetap sama, iaitu ketua gangster. Akhirnya Dian mengetahui perkara sebenar tentang pekerjaan Abang Long dari Cik Esah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, apa pun ending telemovie ini memang happy endinglah kan.

2 ulasan:

  1. suspen je baca sinopsis ni... abang long ketua gengster, boleh ke dian nak accept dia... hmmm...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

    BalasPadam
  2. hehehe.. cem comel2 jugak je rasanya sambil rasa brutal bercinta dengan ketua gangster ngeh2..

    BalasPadam

My Random Post