11 Jun 2021

Drama Derita Untuk Bahagia Lakonan Amar Baharin dan Azar Azmi Di Astro Prima



Drama Derita Untuk Bahagia, Drama Derita Untuk Bahagia Full Episode, Drama Derita Untuk Bahagia Slot Tiara Astro Prima, Poster Drama Derita Untuk Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Derita Untuk Bahagia, Pelakon - Pelakon Drama Derita Untuk Bahagia, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Hafreez Adam, Drama Baru Dayang Areeda,

Drama Derita Untuk Bahagia adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang mulai bersiaran sejak 7 Jun yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama Derita Untuk Bahagia ini mempunyai 30 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Hati Yang Dikhianati yang ditunda buat sementara waktu kerana belum selesai shooting untuk episod seterusnya, akibat perlaksanaan PKP 3.0. Antara pelakon drama Derita Untuk Bahagia ini adalah  Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Rashdan Baba, Zarina Zainuddin, Hilal Azman, Dian P.Ramlee, Haeriyanto Hassan, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Back to back drama Amar Baharin di Astro Prima ni hahaha rezeki dia kan, apa pun nampak menarik kan drama ini. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Derita Untuk Bahagia ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Azar Azmi sebagai Alisha
Amar Baharin sebagai Danial
Hafreez Adam sebagai Raif
Dayang Areeda sebagai Intan
Marisa Yasmin sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Lina
Dian P Ramlee sebagai Puan Zaiton
Riezman Khuzaimi sebagai Salleh
Haeriyanto Hassan sebagai Fauzi
Dato’ Hilal Azman sebagai Tuan Jalal
Aida Othman sebagai Suraya
Zarina Zainuddin sebagai Mak Yam
Rashdan Baba sebagai Mahad
Shukry Ramlee sebagai Zaidi
Aaliyah Natasha sebagai Ainur
Puteri Lofea sebagai Batrisyia




Sinopsis Penuh Drama Derita Untuk Bahagia Lakonan Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam dan Dayang Areeda Di Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Alisha seorang gadis yang rajin dan membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya. Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya. Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya. Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran. Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?

Lagu Tema / OST Drama Derita Untuk Bahagia 
💞 Bangkit Semula nyanyian Khai Bahar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post