14 Jun 2021

Episod Akhir Dan Ending Drama Rindu Awak Separuh Nyawa



Episod Akhir Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Ending Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Episod 48 Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Sinopsis Episod Akhir Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose,

Diam tak diam drama kesukaan ramai iaitu drama Rindu Awak Separuh Nyawa sudah sampai ke penghujungnya. 14 Jun ini episod terakhir drama ini iaitu episod 48 akan disiarkan di Astro Ria, kemudian drama ini akan digantikan dengan drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Berbalik pada drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini, memang panjang kan episod drama ini, disiarkan dari sebelum puasa lagi sampailah dah lepas raya pun. Lagu tema pun best gila, malah barisan pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang terdiri daripada Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain dan ramai lagi berjaya membawa watak masing - masing dengan baik sekali. 




Apa yang akan jadi dengan kisah Kasih Maisara dan Nazril Nazim ini, adakah bahagia milik mereka akhirnya?. Tapi aku konform ending drama Rindu Awak Separuh Nyawa ni mesti happy ending kan. Walaupun pada episod sebelumnya, Nazril Nazim gagal memujuk Sarah yang nekad untuk bercerai dan pergi dari hidup suaminya itu. Apa yang akan membuatkan Sarah mengubah keputusannya tu, kenalah tengok episod akhir episod 48 drama Rindu Awak Separuh Nyawa ni. 

Sinopsis Episod Akhir Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Ketika Sarah nak keluar dari rumah sewanya itu untuk meninggalkan Nazril, Sarah tiba - tiba sakit nak bersalin. Dengan kehadiran anak mereka, Sarah akhirnya menerima dan berbaik dengan suaminya Nazril. Setelah setahun berlalu, Sarah menjadi cemburu dan bertindak lari daripada rumah bila dapat tahu yang Huda berada dalam kereta Nazril untuk ke pekan. Namun ketika Sarah keluar dari klinik, dia terserempak dengan Huda. Melihat keadaan Sarah, Huda tahu yang Sarah dah salah faham dan cemburu dengannya kerana menumpang kereta Nazril. Lalu Huda memaksa Sarah masuk ke dalam teksi dan mereka berdua pergi ke dusun durian. Huda sempat memberitahu Nazril, dimana mereka berada. Huda kemudian menerangkan segala - galanya pada Sarah dan juga meminta maaf pada Sarah atas perbuatannya selama ini. Sarah akhirnya memaafkan Huda dan berbaik dengannya. Selepas itu Sarah mengandung lagi dan kali ini mereka mendapat anak perempuan dan Nazril dan Sarah hidup bahagia.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Masih Ada Rindu Slot Akasia TV3

⏩⏩ Sinopsis Drama Derita Untuk Bahagia - Slot Tiara Astro Prima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post