12 Dis 2017

Episod Akhir Dendam Aurora

Episod Akhir Dendam Aurora, Ending Dendam Aurora, Drama Dendam Aurora 100 Episod, Slot Tiara, Astro Prima, Maya HD, Pelakon Drama Dendam Aurora, Ungku Ismail, Nabila Huda, Shah Iskandar, Eizlan Yusof, Anzalna Nasir, Zila Bakarin, Octovia Manrose, Aedy Ashraf,
Episod Akhir Dendam Aurora

Akhirnya Drama 100 Episod Dendam Aurora melabuhkan tirainya pada 11 Disember 2017 dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Baru yang bertajuk Syurga Yang Kedua lakonan Siti Elizad, Fasha Sandha dan Zarul Umbrella. Berbalik pada Drama Dendam Aurora ini, Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Slot Tiara, Astro Prima dan Maya HD. Antara Pelakon Drama Dendam Aurora ini adalah Ungku Ismail, Nabila Huda, Shah Iskandar, Eizlan Yusof, Anzalna dan ramai lagi. Aku kadang - kadang tengok juga drama ini, tapi kadang - kadang tak tengok pula, tapi masih faham jalan ceritanya. Bila dah masuk episod akhir ini kenalah tengok untuk tahu Ending Dendam Aurora ini macam mana kan. Apa pun Ending Dendam Auraro ini mestilah happy ending kan, bila banyak watak jahat mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Tak dinafikan memang banyak watak jahat dalam drama ini, maklumlah drama 100 episod kan. Episod Akhir Drama Dendam Aurora ini bermula dengan Nisa yang berjaya melarikan diri dari Engku Azhar dan datang ke rumah Harris.



Kemudian Harris, Haikal dan Affendi pergi ke tempat persembunyian Engku Azhar seperti yang diberitahu oleh Nisa. Namun mereka tidak berjumpa dengan Engku Azhar kerana Engku Azhar dah pun melarikan diri. Setelah beberapa bulan Aurora koma, dia tiba - tiba sedar, bagi aku scene ini agak kelakar sebenarnya sebab walaupun koma dan baru bangun dari koma, bulu mata Aurora tetap lentik dengan ada maskara semua hahaha. Lebih best apabila Aurora bangun dari koma dia seolah - olah terlebih bertenaga pula, siap duduk dan pegang anaknya dia semua. Macam tak logik pula sebab dia dah beberapa bulan koma lepas bangun dari koma tiba - tiba nampak bertenaga dan happy semacam hahaha. Engku Azhar cuba berjumpa dengan Nisa dan Nisa ingin meminta cerai dari Engku Azhar. Dari Nisa juga, Engku dapat tahu yang anaknya Aurora dah sedar dari koma dan dia cuba pergi untuk berjumpa dengan Aurora tapi dihalang oleh suami Aurora iaitu Harris.

Setelah Aurora makin sembuh, Harris menceritakan segala yang berlaku tentang Engku Azhar yang dah bunuh ramai orang semasa Aurora masih koma. Aurora sukar nak menerima hakikat dan akhirnya Engku Azhar datang ke rumah untuk berjumpa dengan Aurora. Aurora kemudian berjaya memujuk Engku Azhar untuk bertaubat dan menyerah diri pada polis. Harris juga sempat berbaik - baik dengan Engku Azhar. Selain itu, Haikal juga turut menemui cinta baru iaitu Doktor Kamelia, kemudian Harris dan Aurora mengadakan satu jamuan makan untuk keluarga dan ramai yang hadir. Marzia dan Philip turut hadir dan Marzia akhirnya berbaik - baik dengan Harris dan adik beradiknya yang lain. Ending drama ini berakhir dengan Aurora dan Harris yang berborak antara satu sama lain dan kelihatan sangat bahagia. 

4 ulasan:



My Random Post