19 Dis 2017

Sinopsis Live Up To Your Name - Korean Drama

Korean Drama Sinopsis - Live Up To Your Name, Drama Korea, Korean Drama, SInopsis, Ending, Pelakon Drama Korea Live Up To Your Name, Kim Nam Gil, Kim A Joong, Yun Ju Sang, Yoo Min Kyu, Eom Hyo Seop, Mun Ka Young, Oh Dae Hwan, Doktor, Medical, Time Slip, Perubatan Moden VS Perubatan Tradisional,
Korean Drama Sinopsis - Live Up To Your Name

Hari ini aku nak share Sinopsis Drama Korea yang bertajuk Live Up To Your Name / Live Up To Your Name Dr. Heo/ Deserving Of The Name. Drama Korea Live Up To Your Name ini mempunyai 16 episod dan merupakan antara drama kegemaran aku. Pelakon Drama Korea Live Up To Your Name ini terdiri daripada Kim Nam Gil, Kim A Joong, Yun Ju Sang, Yoo Min Kyu, Eom Hyo Seop, Mun Ka Young, Oh Dae Hwan dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis di bawah ini, selamat membaca..


Mengisahkan Heo Im yang merupakan oriental doctor di zaman Joseon yang pakar dalam hal - hal acupuncture dan moxibustion. Begitu ramai pesakit yang datang padanya untuk dirawat pada setiap hari. Walaubagaimanapun Heo Im terpaksa berpuas hati dengan statusnya sebagai doktor kelas bawahan walaupun dia mempunyai kemahiran yang tinggi dan layak untuk berkhidmat untuk Raja. Namun disebabkan Heo Im berasal dari keluarga miskin, dia tidak dibenarkan untuk berkhidmat pada keluarga diraja seperti doktor lain. Suatu hari peluang yang ditunggunya tiba, apabila dirinya dipanggil untuk merawat Raja yang sakit. Disebabkan hal tersebut, Heo Im telah mengabaikan pesakitnya yang lain semata - mata mahu merawat dan mengubati raja. Disebabkan terlalu gemuruh, Heo Im telah melakukan kesilapan ketika merawat Raja dan akhirnya dirinya ditangkap dan cuba dibunuh. Namun selepas dibunuh, mayat Heo Im tiba - tiba hilang dan lenyap begitu saja, Tiba - tiba Heo Im kini berada di Korea pada zaman moden ini. Heo Im begitu terkejut apabila melihat dia berada di zaman moden.

Secara tak sengaja Heo Im kemudian berkenalan dengan Doktor Choi Yeon Kyung dan akhirnya sampai ke hospital tempat Doktor Choi Yeon Kyung bertugas. Doktor Choi Yeon Kyung tidak suka pada Heo Im dan merasakan Heo Im ini gila dan sakit mental. Tak lama kemudian, tanpa sengaja Doktor Choi Yeon Kyung mengetahui yang Heo Im agak mahir dalam perubatan tradisional namun tidak mahu melibatkan diri dengannya. Heo Im kemudian tinggal dengan Choi Chun Sool yang merupakan datuk pada Choi Yeon Kyung yang telah lama membuka pusat perubatan tradisional disitu dan Heo Im turut membantu di situ. Choi Chun Sool sebenarnya tahu akan asal usul Heo Im ini serta boleh mengagak apa sebenarnya yang berlaku pada Heo Im, tapi berpura - pura tidak tahu apa - apa. Ketika Heo Im sedang cuba menyelamatkan Choi Yeon Kyung dari bahaya, dia dan Choi Yeon Kyung tiba - tiba berada di zaman Joseon semula. Choi Yeon Kyung sangat terkejut apabila mendapati dia terperangkap di zaman Joseon dan tidak tahu cara untuk kembali semula ke zaman moden.



Disebabkan mereka berdua berada di zaman Joseon, Choi Yeon Kyung terpaksa berbaik - baik dengan Heo Im. Kemudian mereka berdua hampir - hampir nak dibunuh lagi dan akhirnya tanpa mereka sedar, mereka kini kembali berada di zaman moden. Perkara tersebut akan berlaku beberapa kali, dimana mereka berdua akan ke zaman moden atau zaman Joseon, sekiranya mereka berada dalam bahaya. Hal tersebut sekaligus mula merapatkan Heo Im dan Choi Yeon Kyung dan akhirnya mereka benar - benar jatuh cinta antara satu sama lain walaupun mereka berasal dari zaman yang berlainan. Choi Yeon Kyung dan Heo Im sentiasa risau jika mereka tidak dapat bersama selamanya, Hal ini menjadi semakin rumit apabila Heo Im terpaksa membuat pilihan untuk pulang ke zamannya dan membantu orang - orang Joseon yang kini berada dalam kesusahan akibat penaklukan Jepun. Atau pun terus tinggal di zaman moden ini untuk bersama Choi Yeon Kyung.

3 ulasan:

  1. Wah cerita pasal doktor ke ni? nak tengoklah :D

    BalasPadam
  2. Waw macam cerita klasik. Seronok tak?

    BalasPadam
  3. Wah! macam best la pula baca sinopsis ni. Channel berapa ni?

    BalasPadam



My Random Post