Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 1 Hingga 4
Drama 100 episod iaitu Dendam Aurora telah melabuhkan tirainya dan kemudian digantikan dengan Drama 70 episod yang bertajuk Syurga Yang Kedua. Kalau korang nak baca Review dan Sinopsis Episod Akhir Drama Dendam Aurora itu bolehlah klik ➔ SiNi.. Selain itu Drama Syurga Yang Kedua ini dilakonkan oleh Siti Elizad sebagai watak Sabrina, Fasha Sandha sebagai watak Dr Vanida atau Vivy, Zarul Husin sebagai Daniel, Azizah Mahzan sebagai Dato Sherry, Zarynn Min sebagai Sofea, Beego sebagai Azril dan ramai lagi. Kelihatan jalan cerita drama ini sangat dekat dengan penonton iaitu mengisahkan tentang poligami, hubungan mertua dan menantu, serta hubungan antara isteri yang dimadukan. Drama Syurga Yang Kedua ini baru disiarkan sebanyak 4 episod dan ramai yang menyukai drama ini kerana dibarisi pelakon hebat yang berpengalaman seperi Fasha Sandha dan Elizad Sharifuddin. Malah lakonan Zarul Umbrella juga semakin baik dan best. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis dari episod 1 hingga episod 4 di bawah ini okey. Selamat Membaca.
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 1 Hingga 4
Mengisahkan Daniel yang tersepit di tengah - tengah antara kehendak ibunya Dato Sherry yang menginginkan cucu lelaki dan memaksanya untuk berkahwin lain serta kesetiaannya pada isterinya Sabrina yang tercinta. Sabrina yang kerap keguguran mendapat berita gembira bahawa dia mengandung lagi, namun semuanya musnah apabila Sabrina terlibat dengan kemalangan lalu koma. Dato Sherry kemudian memaksa Daniel untuk berkahwin dengan Dr Vanida atau Vivy, Daniel dan Vivy akhirnya berkahwin, walaupun awalnya kedua - duanya menolak untuk disatukan. Sabrina yang awalnya disangkakan tiada harapan untuk hidup kembali pulih dan sedar dari koma. Hubungan Daniel dan Vivy juga baik, tapi Vivy terpaksa memendam perasaannya melihat Daniel yang sentiasa melebihkan Sabrina. Vivy juga risau dengan penerimaan Sabrina terhadap perkahwinan mereka, ini ditambah lagi apabila Sabrina dan Vivy adalah kawan baik. Ibu Sabrina begitu marah dan menyuruhkan Daniel untuk menceraikan Vivy, jika Daniel menginginkan keadaan kembali pada asal.
Sabrina dah pulih sepenuhnya dan kini dia tinggal di rumah ibu bapanya, namun Sabrina tidak tahu apa - apa mengenai berita perkahwinan suaminya dengan kawan baiknya itu. Perkahwinan Daniel dan Vivy terpaksa dirahsiakan dari Sabrina kerana tidak mahu Sabrina terkejut dan mengalami tekanan sekaligus menjejaskan kesihatannya. Hubungan Sabrina dan Daniel tetap mesra seperti dulu dan kelihatan Vivy agak sedih dengan sikap Daniel padanya. Dato Sherry pula sentiasa memberi semangat pada Vivy untuk mengambil hati Daniel sekaligus mengelakkan Vivy dan Daniel dari bercerai. Selain Daniel, Dato Sherry juga mempunyai 2 anak perempuan yang lain, salah seorangnya bernama Sofea. Perkahwinan Sofea dan Azril juga tidak bahagia, sikap Sofea yang cemburu buta serta biadap pada Azril membuatkan perkahwinan mereka boleh retak bila - bila masa saja. Azril juga merupakan bekas teman lelaki Vivy dan Azril juga tidak mengetahui akan perkahwinan Vivy dengan abang iparnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Gambar diatas credit to Astro Awani
Drama baru ganti dendam aurora
BalasPadam