11 Dis 2017

Review Drama Korea - Mad Dog

Review Drama Korea, Mad Dog, Mad Dog Korean Drama Sinopsis, Pelakon Drama Korea Mad Dog, Yoo Ji Tae, Woo Do Hwan, Ryu Hwa Young, Jo Jae Yun, Kim Hye Seong, Hong Soo Hyun, Jang Hyuk Jin, Choi Won Young, Baek Ji Won, OST Mad Dog, Sinopsis Mad Dog, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Ending Korean Drama Mad Dog,
Mad Dog Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Mad Dog, drama ini release pada 11 Oktober 2017 dan tamat pada 30 November yang lalu serta mempunyai 16 episod. Antara Pelakon Drama Korea Mad Dog ini adalah Yoo Ji Tae, Woo Do Hwan, Ryu Hwa Young, Jo Jae Yun, Kim Hye Seong, Hong Soo Hyun, Jang Hyuk Jin, Choi Won Young, Baek Ji Won dan ramai lagi. Korean Drama Mad Dog ini disiarkan bagi menggantikan Drama Manhole dan kemudian akan digantikan dengan Drama Black Knight : The Man Who Guards Me. Drama Mad Dog ini berkisarkan tentang satu kumpulan yang dikenali dengan nama Mad Dog yang bertugas untuk menyiasat kes - kes penipuan berkaitan Insurans. Drama ini juga membuatkan aku teringat pada Drama 38 Task Force yang dilakonkan oleh Seo In Guk itu, kerana ianya juga berkaitan satu kumpulan yang dibentuk untuk menyiasat dan menyelesaikan kes - kes yang berkaitan isu cukai /tax. Namun kedua- dua jalan cerita drama tersebut memang berbezalah kan.

Episod - episod awal drama ini juga dah suspen dan buatkan penonton tak sabar nak tahu, apa yang berlaku seterusnya. Agak happy juga dapat tengok lakonan Woo Do Hwan lagi selepas Drama Save Me itu, lebih menarik 2 dari pelakon Drama Save Me termasuk Woo Do Hwan ini turut berlakon sekali lagi dalam K - Drama Mad Dog ini. Selain itu aku suka tengok hubungan persahabatan yang akrab dalam team Mad Dog ini. Paling best mestilah bromance antara mereka terutamanya untuk watak Choi Kang Woo (Lakonan Yoo Ji Tae) dan juga Kim Min Joon (lakonan Woo Do Hwan), walaupun di peringkat awal diorang ini sering bergaduh dan saling membenci kerana Choi Kang Woo menyalahkan Kim Min Joon atas kematian keluarganya. Scene diorang dah berbaik - baik dan tahu siapa dalang sebenarnya tu memang terbaik dan selepas itu diorang mula bekerjasama dan saling tolong - menolong antara satu sama lain. Lagu tema / OST Mad Dog ini best juga, sedap di dengar dan sesuai dengan drama ini especially lagu rancak.



Selain itu, ramai juga yang suka betul kalau Kim Moon Joon dan Jang Ha Ri (Lakonan Ryu Hwa Young) ini bercinta. Nampak diorang memang suka antara satu sama lain, tapi masing - masing masih belum betul - betul bercinta lagi, masih dalam tahap usik mengusik dan mengayat lagi hehehe. Alangkah bagusnya kalau di penghujung cerita, diorang betul - betul jadi couple kan, tapi memang sepadan diorang berdua itu. Watak Ryu Hwa Young dalam Drama Mad Dog ini memang cekap bawa kereta laju - laju dan tahu semua benda pasal kereta. Berbeza dengan wataknya dalam Age Of Youth 2 yang memang tak reti bawa kereta langsung, skil pemanduannya memang ke laut betul. Kalau korang tengok episod 1 Korean Drama Age Of Youth 2 itu, korang pasti tergelak dengan gelagat watak Ryu Hwa Young itu. Selain itu aku juga tertarik dengan watak Cha Hong Joo (lakonan Hong Soo Hyun) itu, sebab dia di awalnya nampak macam naif, baik dan setia dengan Choi Kang Woo tapi akhirnya semua itu cuma pura - pura saja. Selain itu watak Joo Hyun Ki lakonan Choi Won Young itu juga unik habis, walaupun jahat tapi personaliti dia gila - gila sikit.

Apa pun memang best tengok drama Mad Dog ini sebab sentiasa suspen. Ending Korean Drama Mad Dog ini juga happy ending, Apa pun aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ya. Selamat Membaca.

Mad Dog Korean Drama Sinopsis

Mengisahkan Choi Kang Woo yang merupakan bekas Detektif dan kemudian bekerja sebagai Ketua Penyiasat untuk kes - kes berkaitan Insurans di Taeyang Life Insurance. Segalanya berubah apabila anak dan isterinya mati dalam nahas kapal terbang. Choi Kang Woo kemudiannya berhenti dari Taeyang Insurance dan akhirnya menubuhkan kumpulannya sendiri yang dikenali dengan nama Mad Dog yang dianggotai oleh Jang Ha Ri, Park Soon Jung atau Cheetah dan juga On Noo Ri atau Pentium. Suatu hari Kim Min Joon bertemu dengan team Mad Dog ini dan mengugut mereka untuk menyiasat satu kes yang berkaitan dengan nahas kapal terbang yang mengorbankan anak dan isteri Choi Kang Woo itu. Kim Min Joon turut mendedahkan yang dia adalah adik kepada Juruterbang yang dituduh sebagai penyebab kapal terbang tersebut terhempas. Awalnya Choi Kang Woo sangat marah dan membenci Kim Min Joon itu kerana baginya Kim Min Joon dan abangnya sama saja dua - duanya jahat dan penyebab kepada kematian keluarganya.

Kim Min Joon kemudiannya berjaya menimbulkan rasa ragu - ragu di hati Choi Kang Woo tentang kemungkinan abangnya di perangkap dan dijadikan kambing hitam oleh pihak lain. Team Mad Dog yang lain juga tidak suka pada Kim Min Joon tapi terpaksa bekerjasama dengannya. Lama - kelamaan, kebenaran mula terbongkar sedikit demi sedikit dan akhirnya Choi Kang Woo akur yang Kim Min Joon dan abangnya juga adalah mangsa sepertinya juga. Mereka mula berbaik - baik dan semakin rapat, Kim Min Joon akhirnya menjadi salah seorang ahli dalam team Mad Dog itu. Mereka bersama - sama mencari dalang sebenar nahas kapal terbang tersebut dan berusaha untuk menegakkan keadilan.

2 ulasan:

  1. Hehee, ingatkan hero citer ni 'dog'. Nama team je rupanyaa.

    BalasPadam
  2. Baca review awak macam best jea.. Nak kena cari kat online...

    BalasPadam



My Random Post