Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 5 Hingga Episod 9 (Astro)
Drama Syurga Yang Kedua yang tengah hangat disiarkan di Astro Prima & Maya HD sudah pun masuk minggu kedua dan sudah 9 episod disiarkan di TV. Bermula 25 Disember ini, drama ini dah masuk minggu ketiga dah, tak dinafikan ramai betul yang suka dengan drama ini, disebabkan jalan ceritanya serta barisan pelakon yang hebat. Antara Pelakon Drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Zarynn Min, Beego, Afifah Nasir, Dato Jalaluddin Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak share rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua ini dari episod 5 hingga episod 9. Kalau korang nak baca Sinopsis Drama ini dari episod 1 hingga episod 4 terlebih dahulu, bolehlah klik ➔ SiNi..
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 5 Hingga Episod 9
Ibu Daniel iaitu Dato Sherry (lakonan Azizah Mahzan) menasihati Daniel (Zarul Husin) supaya meluangkan masanya dengan Vivy (Fasha Sandha) dan berlaku lebih adil pada Vivy. Manakala Vivy pula mula merasa cemburu melihat Daniel yang lebih mengutamakan Sabrina (lakonan Siti Elizad) berbanding dirinya. Walaubagaimanapun Sabrina masih tidak tahu mengenai perkahwinan suaminya itu dengan kawan baiknya Vivy yang berlaku ketika dia masih koma. Hubungan persahabatan antara Sabrina dan juga Vivy masih baik walaupun Vivy terpaksa menipu Sabrina. Selain itu Sofia (lakonan Zarynn Min) masih dengan sikap cemburu dan buruk sangka pada suaminya Azril (lakonan Beego), malah Sofia turut mengupah orang untuk mengikut Azril bagi mencari bukti mengenai kecurangan Azril seperti yang disangka oleh Sofia. Sabrina yang telah sihat sepenuhnya juga telah pulang semula ke rumah suaminya dan dia juga turut melawat mak mertuanya iaitu Dato Sherry. Sabrina juga baru mengetahui yang Vivy turut tinggal sekali di rumah mak mertuanya itu sebagai doktor peribadi Dato Sherry. Dato Sherry dan anak bongsunya Diana mula mencari jalan dan membuat rancangan untuk merapatkan lagi Vivy dan Daniel.
Daniel mula mungkir janji dengan Sabrina serta Sabrina juga turut merasakan sesuatu yang pelik dan aneh mengenai suaminya itu namun dia akhirnya tetap berfikiran positif. Tak lama kemudian, Vivy akhirnya mengandung dan berita itu sangat menggembirakan Dato Sherry. Daniel pula menghadiahkan gelang buat Vivy, tapi gelang tersebut mempunyai design yang sama seperti yang dimiliki oleh Sabrina. Secara tidak sengaja, Sabrina turut perasan tentang gelang Vivy yang sama dengannya itu dan teringin nak tahu siapa yang menghadiahkan gelang tersebut pada Vivy. Walaupun Sabrina berasa tidak sedap hati, dia tetap cuba ceria dan tidak berfikir bukan - bukan. Setelah Vivy mengandung, Daniel tetap menyuruh Vivy untuk merahsiakan perkahwinan mereka dari Sabrina. Ketika Daniel berada dengan Sabrina di rumah mereka, Vivy mula berasa marah apabila Daniel tidak membalas mesejnya mahu pun menjawab panggilannya. Vivy akhirnya meminta pertolongan adik iparnya Diana untuk mencari cara supaya Daniel terus sayangkannya. Diana mencadangkan Vivy supaya menulis puisi cinta buat Daniel secara senyap - senyap sebagai satu kejutan buat Daniel. Apa yang berlaku seterusnya?
Tak sabar aku nak tunggu episod Sabrina dapat tahu tentang perkahwinan diorang itu, apa reaksi dan tindakan Sabrina nanti kan?..
drama ni dalam list sha tapi skrg belom tengok sebab busy huwahuwa
BalasPadam