8 Dis 2022

Drama Terima Kasih Cinta Episod 1 Hingga 20 Di Slot Akasia TV3




Drama Terima Kasih Cinta adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Wanita Milik Tuan Putra lakonan Hisyam Hamid dan Intan Najuwa yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak 30 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada novel Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea. Antara pelakon drama Terima Kasih Cinta ini adalah Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Wan Sharmila, Aida Khalida, Maryam Annisa, Kiky Hannah, Noniswara, Syafnida Shuhaimi, Faez Malek, Azhar Amir, Aleza Shadan, Laila Nasir, Shah Rezza dan ramai lagi. Selain itu drama Terima Kasih Cinta ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Azri Izhar serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Terima Kasih Cinta di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey.

Watak dan Barisan Pelakon Drama Terima Kasih Cinta

Amar Baharin sebagai Dr Harris
Anna Jobling sebagai Wan Raihana
Rita Nadira sebagai Dr Nora
Azrel Ismail sebagai Razman
Aida Khalida sebagai Ummi
Maryam Annisa sebgai Lea
Kiky Hannah sebagai Yaya
Noniswara sebagai Tokma
Azhar Amir sebagai Tokpa
Faez Malek sebagai Dr Adam




Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Amar Baharin dan Anna Jobling - Slot Akasia TV3

Pertemuan antara Raihana dan dua anak Harris yang masih kecil, Yaya dan kakaknya Lea, membawa kepada perselisihan dan pertengkaran antara Raihana dan Harris. Dengan desakan bahawa dia tidak memerlukan bantuan Raihana dalam menjaga anak-anaknya, Harris menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya. Harris (Amar Baharin) merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea. Harris baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik. Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana (Anna Jobling) demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya. Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?
Drama Terima Kasih Cinta, Drama Terima Kasih Cinta Slot AkasiaTV3, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta TV3, Drama Terima Kasih Cinta Full Episode, Drama Terima Kasih Cinta Episod 1 Hingga 20, Pelakon - Pelakon Drama Terima Kasih Cinta, Terima Kasih Cinta Cast, Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, New Drama Anna Jobling, Novel Terima Kasih Cinta Karya Aisya Sofea, Drama Adaptasi Novel, OST Drama Terima Kasih Cinta, Poster Drama Terima Kasih Cinta,

Lagu Tema / OST Drama Terima Kasih Cinta

👄👄 Jangan Lepas Tanganku nyanyian Sufi Rashid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post