20 Dis 2022

Review dan Sinopsis Movie Fall (2022)



Fall Movie (2022), Movie Fall (2022), Fall Movie Review,  Sinopsis Movie Fall, Fall Cast, Grace Caroline Currey, Virginia Gardner, Jeffrey Dean Morgan, Fall Full Movie,

Movie Fall ni release pada 12 Ogos 2022 yang lalu dan diarahkan oleh Scott Mann. Filem Fall ini bergenrekan survival thriller gitu, memang terbaik movie ni sebab berjaya buat penonton gayat, takut dan sebagainya hehe, apa pun akan ada spoiler sikit - sikit di bawah ini okey. Antara pelakon movie Fall ini adalah Grace Caroline Currey, Virginia Gardner, Mason Gooding, Jeffrey Dean Morgan dan ramai lagi. Movie ini akan memfokuskan pada 2 watak utama wanita iaitu Becky lakonan Grace Caroline Curry dan Shiloh Hunter lakonan Virginia Gardner, dimana mereka berdua ini berkongsi hobi yang sama iaitu suka mendaki, memanjat gunung, bukit dan sebagainya. Di permulaan cerita saja dah tragis bila salah seorang dari kawan diorang yang juga suami pada Becky iaitu Dan mati ketika sedang mendaki. Hal ini memberikan impak yang besar pada hidup Becky. Becky tidak dapat menerima kematian Dan, hidupnya mula menjadi tidak terurus, selalu mabuk, tidak dapat move on dan sentiasa murung dan bersedih. Ayah Becky iaitu James lakonan Jeffrey Dean Morgan cuba menasihati Becky untuk move on namun tidak berjaya sebaliknya hal bertambah rumit bila Becky marah dan bergaduh dengannya kerana memburukkan Dan. 
Fall Movie (2022), Movie Fall (2022), Fall Movie Review,  Sinopsis Movie Fall, Fall Cast, Grace Caroline Currey, Virginia Gardner, Jeffrey Dean Morgan, Fall Full Movie, Fall Movie Review,
James kemudian meminta bantuan kawan Becky iaitu Shiloh Hunter untuk menasihati dan memberi semangat buat Becky dan Shiloh Hunter berjaya. Hunter berjaya memujuk Becky untuk buat kerja gila dengan memanjat menara TV/ Radio (B67 TV Tower) yang terbiar di suatu tempat yang terpencil. Awalnya Becky tak mahu memanjat menara / TV Tower tersebut namun Hunter cuba menyakinkannya dan memberi semangat bahawa semua akan okey, barulah Becky bersetuju. Awalnya semua okey dan mereka berjaya sampai ke atas dengan senang sekali namun disebabkan menara itu telah lama dan terbiar, ianya menjadi tidak kukuh, skru pun longgar, setelah mereka panjat menara tersebut, habis semua skru tercabutlah, akhir sekali segala tangga yang ada di menara tu musnah terus dan kini tiada jalan keluar buat Becky dan Hunter selain mengharapkan pertolongan orang lain untuk menyelamatkan mereka. Beg mereka pula terjatuh atas satelit antena yang berada jauh sikit di bawah mereka, awalnya Becky dan Hunter cuba bertahan namun setelah beberapa hari mereka perlu berbuat sesuatu untuk mengambil beg tersebut yang berisi botol air.




Hunter yang berasa bersalah pada Becky mengambil keputusan untuk turun ke satelit antena tu untuk mengambil beg tersebut. Ada plot twist kat sini untuk watak Hunter ni jeng jeng jeng. Apa pun memang suspen filem Fall ni sebab bila tengok cita ni, aku pun rasa seolah - olah aku juga berada di menara tersebut, suspen betul, dimana diorang berdua buat pelbagai cara untuk meminta pertolongan misalnya dengan meminta bantuan di media sosial tapi disebabkan bahagian atas tower tiada line, diorang bubuh handphone dalam kasut dan baling ke bawah tapi tak berjaya bila handphone terhempas. Kemudian diorang guna drone untuk hantar mesej minta tolong tapi boleh pula drone tak cukup bateri, nak kena cas drone tu dulu dan sebagainya. Apa pun kagum gak dengan watak Becky tu sebab dia tak putus asa, dia fight untuk survive sampai ke akhirnya, dengan segala tenaga yang dia ada lepas makan burung Hering tu, dia cuba turun ke atas satelit antena tu dan cuba menghantar mesej minta tolong pada ayahnya. Itu boleh dikatakan usaha terakhirnya dan adakah usahanya itu berjaya??? Okey tu antara sinopsis movie Fall ini ye..
Fall Movie (2022), Movie Fall (2022), Fall Movie Review,  Sinopsis Movie Fall, Fall Cast, Grace Caroline Currey, Virginia Gardner, Jeffrey Dean Morgan, Fall Full Movie, Fall Movie Review,
Apa pun aku pelik tang handphone Becky tu, banyak pula bateri handphone dia tu sebab tahan berhari - hari, sebab nampak dia dok guna juga handphone dia tu tengok gambarlah apa lah. Maybe dia off ke tu tak tahulah kan, sebab drone pun habis bateri tapi handphone dia maintain ja. Siapa yang gayat tu bila tengok movie Fall ni makin bertambah gayatlah jawabnya. Tinggi betul menara tu, memang kerja gila betul, kalau aku jadi Becky tu, memang tak maulah aku panjat menara tu, baik buat kerja lain. Apa pun sinematografi filem ni memang cantiklah kan, plus aku suka movie ni, suspen habis, aku bagi 10/10 bintang untuk movie Fall ni..
Fall Movie (2022), Movie Fall (2022), Fall Movie Review,  Sinopsis Movie Fall, Fall Cast, Grace Caroline Currey, Virginia Gardner, Jeffrey Dean Morgan, Fall Full Movie, Fall Movie Review,
Jom Baca Ini Juga 💜💜

💚💚

1 ulasan:

  1. Agak menarik ye cerita ni tapi sy agak tak berminat dengan filem2 thriller. Tapi bolehje tengok kalau ada masa yg terluang.

    Dr Amelina Tempelak Beautifulnara, Ohmedia dan Rotikaya Sebab Putarbelit Kenyataan

    BalasPadam



My Random Post