Memaparkan catatan dengan label Duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duit. Papar semua catatan

7 Apr 2020

Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion




Woman Of 9.9 Billion, Korean Drama Woman Of 9.9 Billion, Drama Korea Woman Of 9.9 Billion, Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion, K - Drama, Pelakon Utama Drama Korea Woman Of 9.9 Billion,

Korean Drama Woman Of 9.9 Billion ini disiarkan di channel KBS bermula 4 Disember 2019 dan tamat episodnya pada 23 Januari 2020. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam saja. Kalau gabung jadi sejam, bermakna drama ini mempunyai 16 episod je. Pelakon - Pelakon yang membintangi drama Korea Woman Of 9.9 Billion ini adalah Cho Yeo Jeong, Kim Kang Woo, Jung Woong In, Oh Na Ra, Lee Ji Hoon dan ramai lagi serta drama ini diarahkan oleh Kim Yeong Jo. Jadi dalam entry ini aku nak share sinopsis Korean Drama Woman Of 9.9 Billion. So selamat membaca ye..




Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion Lakonan Cho Yeo Jeong dan Kim Kang Woo

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jeong Seo Yeon (Cho Yeo Jeong) yang berkahwin dengan Hong In Pyo (Jung Woong In). Namun mereka tidak ada anak dan Jung Seo Yeon disahkan tidak dapat mengandung lagi. Hal tersebut membuatkan rumahtangga mereka mula menjadi semakin teruk. Suaminya mula bertukar menjadi pemarah dan selalu memukul dan menyeksa Jung Seo Yeon. Walaupun sering dipukul, Seo Yeon tetap setia dengan suaminya itu. Seo Yeon bekerja sebagai tukang cuci yang tugasnya membersihkan rumah - rumah orang kaya. Manakala suaminya ada perniagaan sendiri namun perniagaannya ada banyak masalah. Suami Seo Yeon kemudian memaksa Seo Yeon untuk membantunya meminta bantuan pada satu - satunya kawan baik Seo Yeon yang kaya - raya bernama Yoon Hee Joo (Oh Na Ra) bagi membolehkan Hong In Pyo iaitu suami Seo Yeon mendapatkan satu kontrak sebagai pembekal bahan mentah. Seo Yeon terpaksa mengikut cakap suaminya walaupun sebenarnya dia berasa malu untuk meminta bantuan daripada Hee Joo. Akhirnya Seo Yeon dan Hee Joo berserta suami masing - masing bersetuju untuk bercuti bersama di villa milik Hee Joo di satu kawasan terpencil.
Drama Korea Woman Of 9.9 Billion, Korean Drama Woman Of 9.9 Billion, Sinopsis Penuh Drama Korea Woman Of 9.9 Billion,
Jung Seo Yeon rupa - rupanya ada hubungan sulit dengan Lee Jae Hoon (Lee Ji Hoon) suami pada Yoon Hee Joo. Ketika berada dalam Villa tersebut, berlaku pertengkaran kecil antara Jung  Seo Yeon dan Yoon Hee Joo. Hong In Pyo kemudiannya memarahi Soo Yeon dengan teruk serta turut menyeksanya, kerana telah bergaduh dengan Hee Joo dan membuatkan peluangnya untuk mendapatkan kontrak perniagaan itu terjejas. Seo Yeon yang tertekan telah keluar dari Villa itu seorang diri pada waktu tengah malam untuk pergi membunuh diri. Namun Lee Jae Hoon sempat mengekori Seo Yeon dan cuba menghalang Soo Yeon dari membunuh diri. Tak lama kemudian Soo Yeon dan Lee Jae Hoon terkejut bila terdengar satu bunyi dentuman kuat. Mereka kemudian mendapati ada kemalangan yang berlaku di situ, pemandu kereta tersebut telah mati. Apa yang lebih mengejutkan lagi ada sejumlah wang yang banyak iaitu 9.9 Billion berada berdekatan dengan kereta tersebut. Akhirnya Seo Yeon dan Lee Jae Hoon terus membuat keputusan untuk mengambil duit tersebut dan akan mengagihkan wang tersebut sama rata. Ketika menunggu Lee Jae Hoon yang pergi mengambil keretanya. Seo Yeon telah terjumpa seorang lelaki muda yang cedera parah. Seo Yeon awalnya ingin menelefon ambulans tapi terhenti setelah memikirkan akibatnya. Tak lama kemudian lelaki muda tersebut mati.

Soo Yeon dan Lee Jae Hoon menyembunyikan wang tersebut di dalam sebuah perigi lama. Mereka berjanji akan datang bersama untuk mengambil wang tersebut keesokkan harinya. Namun tiba - tiba Lee Jae Hoon tak dapat datang kerana bapa mertuanya pula muncul di pejabatnya. Seo Yeon memutuskan untuk pergi ambil duit itu seorang sendiri. Dalam perjalanan pulang kereta Seo Yeon pula tiba - tiba rosak. Muncul seorang lelaki bernama Kang Tae Woo ( Kim Kang Woo) yang merupakan bekas anggota polis yang datang ke kawasan tersebut untuk menyiasat kemalangan yang berlaku di situ. Rupa - rupanya lelaki muda yang mati disitu adalah adik pada Kang Tae Woo. Awalnya Kang Tae Woo tidak mengesyaki Soo Yeon dan turut membantu membaiki kereta Seo Yeon. Tapi akhirnya Kang Tae Woo menyedari yang Seo Yeon tahu apa sebenarnya yang berlaku dan cuba menjejaki Seo Yeon. Seo Yeon dan Lee Jae Hoon mula obses dengan wang tersebut dan mereka mula tidak mempercayai antara satu sama lain. Lebih teruk bila Lee Jae Hoon menyorokkan wang tersebut dari Seo Yeon. Kang Tae Woo muncul pada waktu yang tepat dan membuat perjanjian dengan Seo Yeon akan membantunya mencari duit tersebut dengan syarat Seo Yeon akan menceritakan hal sebenar.

Akhirnya Kang Tae Woo dan Seo Yeon berjaya mengambil kembali wang tersebut dari gudang milik Lee Jae Hoon itu. Kang Tae Woo menunaikan janjinya dengan memberikan wang tersebut pada Seo Yeon dan Seo Yeon menyorokkan wang tersebut di sebuah rumah lama milik perempuan tua yang uzur, dimana Seo Yeon selalu pergi ke situ untuk membersihkan rumah itu. Disebabkan terdesak dan tak tahu nak buat apa Lee Jae Hoon pergi mencari suami Seo Yeon iaitu Hong In Pyo dan menceritakan rahsia tentang wang 9.9 Billion itu. Akhirnya Lee Jae Hoon berpakat pula dengan Hong In Pyo dan akan berkongsi wang tersebut dengannya. Kini Hong In Pyo pula menjadi obses dengan wang 9.9 Billion itu. Dia sanggup mengurung Seo Yeon asalkan Seo Yeon memberitahunya dimana wang itu berada. Nasib baik Kang Tae Woo berjaya menyelamatkan Seo Yeon. Lama - kelamaan Seo Yeon dan Kang Tae Woo mula jatuh hati antara satu sama lain. Namun bagi Seo Yeon, wang tersebut lebih penting daripada cinta kerana dengan wang tersebut, Seo Yeon dapat memulakan hidup baru. Lama - kelamaan mereka yang obses dengan wang tersebut mula berada dalam bahaya kerana wang tersebut dimiliki oleh Leon yang merupakan seorang penjenayah licik yang turut mencari wang tersebut.

Yoon Hee Joo akhirnya campurtangan kerana tak nak suaminya Lee Jae Hoon berada dalam bahaya. Rupa - rupanya Yoon Hee Joo tahu segala - galanya dan bertindak memerhati gelagat suaminya itu dan Seo Yeon yang menjadi hamba pada wang 9.9 Billion itu. Keadaan makin teruk bila Hong In Pyo juga turut masuk campur begitu juga dengan Leon yang ingin membunuh semua yang cuba mencuri duitnya. Apa yang akan berlaku seterusnya??. Dapatkah Seo Yeon memiliki wang tersebut? Bagaimana pula hubungan Seo Yeon dengan Kang Tae Woo itu? Apa yang akan dilakukan oleh Yoon Hee Joo yang turut bermusuh dengan Leon? Apa kaitan Kang Tae Woo dengan Leon?.


Read More

6 Ogo 2019

Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense Part 2




Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense Part 2, Laptop Asus, Repair Laptop Di Kedai Komputer, Google Adsense, Format Laptop,

Kalau dalam entry INI aku ada cerita apa yang aku beli guna duit Google Adsense tu masa dapat second payment tu. Kali ini untuk bayaran ketiga dari Google Adsense tu aku decide untuk repair laptop lama aku. Laptop lama aku tu jenama Asus dan takdelah rosak mana pun, tapi rasanya laptop tu ada banyak virus, plus charger laptop tu pun hilang, mana entah aku letak, cari - cari tak jumpa kot. Jadi aku hantar laptop aku tu ke kedai komputer untuk diformat semula, pastu beli charger baru and repair sekali keyboard laptop tu yang dah banyak terkeluar hahaha. Jadi jumlah kos repair laptop tu semua adalah RM250. Baki duit Google Adsense tu, adalah aku beli barang -barang sikit kan. Kalau tak ada halangan Insyaallah pertengahan Ogos ini boleh cash out lagi Google Adsense buat kali keempat. Moga - moga bertambah rezeki untuk kita semua, amin...



Read More

27 Jun 2019

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA, BLOGGER, BLOG, HADIAH,

Hari ni aku nak join Contest Saya Nak Duit Raya, tarikh tamat contest ni adalah pada 1 Julai 2019 nanti. Hope ada rezekilah kan, syarat penyertaan juga sangat simple okey. Good Luck semua..



Read More

18 Mac 2019

Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense?




Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense, Handphone baru, My New Smart Phone, Lazada Malaysia, Shopping Online, Payment Google Adsense, Cash Out Google Adsense For The Second Time, Xiomi Redmi Note 5, Redmi Note 5, Made In China, Redmi Note 5 Red Colour,

21 Februari 2019 yang lalu, payment Google Adsense dah masuk, tapi 25 Feb baru aku cash out, kali kedua ni paymentnyer banyak sikitlah dari kali pertama tu. Aku sebenarnya dah lama niat nak beli handphone baru, maklumlah handphone lama tu memang dah lamalah kan, jenamanya Samsung Galaxy Ace yang saiznya lebih kecil sedikit dari handphone jenis trend terkini yang lebih nipis dan lebar gitu. Awalnya aku niat nak simpan duit tu dan kumpul and then beli handphone yang harganya RM1000 ke atas. Tapi rasanya macam malas nak menunggu lebih lama, jadi aku decide nak beli handphone yang lebih murah harganya tapi berkualiti dan berbaloi gitu. Dengan menggunakan duit Google Adsense ni serta tambah dengan sedikit duit sendiri, maka dapatlah aku beli handphone baru. 




Alhamdulilah aku beli online je handphone tu dekat Lazada Malaysia. 5 March 2019 handphone tu dah sampai kat aku dan Alhamdulilah handphone tu semua okey, tak ada masalah apa pun. Awalnya risau juga beli henpon secara online ni, tapi nasib baik semuanya okey gitu. 
Handphone yang aku beli adalah Xiomi Redmi Note 5, awalnya aku berkenan dengan handphone warna biru tu, tapi laku sangat pula, asyik tak ada stok je. Warna lain pun cantik - cantik juga, tapi henpon jenis ni memang cepat habis stok, pastu aku pilih warna merah yang hampir - hampir nak habis stok juga hahaha, nasib sempat beli. Setakat ni handphone tu berfungsi dengan amat baik sekali.
Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense, Handphone baru, My New Smart Phone, Lazada Malaysia, Shopping Online, Payment Google Adsense, Cash Out Google Adsense For The Second Time, Xiomi Redmi Note 5, Redmi Note 5, Made In China, Redmi Note 5 Red Colour,
Bila dah ada henfon baru ni, sakan gak aku download dan main game dalam henfon ni hahaha.
Read More

12 Mac 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Cash Giveaway by FarhanaJafri, Hadiah, Wang Tunai, Duit, Bank In, Blogger Giveaway, Rezeki,

Seperti biasa, kali ini aku nak join Cash Giveaway by FarhanaJafri pula, hope ada rezeki menang wang tunai kan. Tarikh Tamat giveaway ini kemungkinan besar pada 7 April 2018. Jadi tunggu apa lagi, jom ramai - ramai join Giveaway ini. Good Luck untuk semua.



Read More


My Random Post