13 Apr 2019

Novel Sara Kirana Karya Ramlah Rashid




Sara Kirana, Drama Sara Kirana, Novel Sara Kirana, Karya Novelis Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu TV1 2019, Cover Depan Novel Sara Kirana, Cast, Pelakon Drama Sara Kirana, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar,

Kali ini giliran novel Sara Kirana karya novelis Ramlah Rashid yang diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod dan disiarkan setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam di TV1. Drama Sara Kirana ini sudah bersiaran sejak 6 April yang lalu. Berbalik pada novel ini, novel Sara Kirana ini sudah lama berada di pasaran, ianya diterbitkan pada tahun 2007 dan akhirnya terpilih untuk diadaptasikan ke drama gitu. Pelakon Mia Ahmad akan melakonkan watak Maisarah manakala Hafreez Adam melakonkan watak sebagai Zahrin, Jaslin Puasa sebagai Zulfakar, Eyka Farhana sebagai Elly, Kuza sebagai Zulaika. Kalau tengok dari sinopsis novel Sara Kirana ni, memang nampak menarik jalan ceritanya, apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye. Selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Sara Kirana


Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah.
Sara Kirana, Drama Sara Kirana, Novel Sara Kirana, Karya Novelis Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu TV1 2019, Cover Depan Novel Sara Kirana, Cast, Pelakon Drama Sara Kirana, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar,
Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan. Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

3 ulasan:

  1. Saya suka menonton drama ni.. Novelnya masih belum dibeli lagi..

    BalasPadam
  2. Cerita bagus tp terlalu cpat berlalu, masa xcident xde, sembuh xlih berjalan tp elok plak bolih pkai seluar..konfius

    BalasPadam



My Random Post