19 Apr 2019

Sinopsis Drama Kereta Sewa (TV3)




Kereta Sewa, Drama Kereta Sewa, Slot Iris, TV3, Sinopsis Drama Kereta Sewa, Drama Kereta Sewa Lakonan Hairi Safwan dan Amyza Aznan, Drama Melayu TV3, Drama Melayu 2019, Drama Bersiri TV3 2019, Cast, Pelakon Drama Kereta Sewa, Izzue Islam, Keith Foo, Nina Iskandar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Chacha Maembong, Reen Rahim, Azar Azmi, Bell Ngasri,
Sinopsis Drama Kereta Sewa Slot Iris TV3

Drama Kereta Sewa adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Iris TV3 sejak 9 April yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Antara pelakon utama drama Kereta Sewa ini adalah Hairi Safwan, Amyza Aznan dan ramai lagi serta drama ini turut diserikan dengan ramai pelakon undangan seperti Izzue Islam, Keith Foo, Nina Iskandar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Chacha Maembong, Reen Rahim, Azar Azmi, Bell Ngasri dan ramai lagi. Selain itu drama Kereta Sewa ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Lagu tema / OST Drama Kereta Sewa ini bertajuk Memori Cerita nyanyian Toy Nizam. Memang menarik drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Kereta Sewa Lakonan Hairi Safwan dan Amyza Aznan

Mengisahkan mengenai Ramli (lakonan Hairi Safwan) yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya itu kerana itu lah satu-satunya punca pendapatan Ramli. Ramli perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang. Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin. Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh. 

Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu. Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubungi Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam! Bukan mudah rupanya menguruskan kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yang Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yang terisi minyak diesel hingga menyebabkan keretanya rosak dan menyebabkan dia lebih berwaspada untuk bagi sewa keretanya. Adakah Ramli dapat menyelesaikan masalah yang dibuat oleh setiap pelanggannya?

Jom Baca ini juga ➔ Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post