17 Apr 2019

Sinopsis Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir




Fly By Night, Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Malaysian Movie, Malaysian Film, Arahan Zahir Omar, Poster Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Kisah Pemandu Teksi, Pemandu Teksi Di Malaysia, Cast, Pelakon Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Bront Palarae, Jack Tan, Fabian Loo, Sunny Pang, Eric Chen, Frederick Lee, Joyce Harn, Sinopsis Filem Fly By Night, Movie Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir, Pawagam,
Sinopsis Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir

Selain filem Bu - Kasih Suci, satu lagi filem baru yang ditayangkan di pawagam bermula 11 April 2019 yang lalu adalah filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir. Antara pelakon filem Fly By Night ini adalah Bront Palarae, Jack Tan, Fabian Loo, Sunny Pang, Eric Chen, Frederick Lee, Joyce Harn dan ramai lagi serta filem ini diarahkan oleh Zahir Omar. Dalam filem Fly By Night ini, 70 peratus menggunakan bahasa Mandarin dan selebihnya bahasa Melayu. Filem ini berkisarkan tentang sekumpulan pemandu teksi yang melakukan jenayah dengan mengugut penumpang. Aku rasa jalan cerita filem ini menarik, unik dan lain dari yang lain, komen - komen yang diberikan penonton juga positif gitu. Apa pun jom tengok sinopsis filem Fly By Night di bawah ini ye..




Sinopsis Filem Fly By Night - Sebelum Pagi Berakhir Lakonan Bront Palarae

Mengisahkan tentang sekumpulan empat pemandu teksi yang melakukan kegiatan memeras ugut penumpang yang diambil dari lapangan terbang. Kumpulan ini diketuai oleh Tai Lo (Sunny Pang) dan dianggotai oleh adiknya Sai Lo (Fabian Loo), bekas banduan Ah Soon (Eric Chen) dan pemuda pintar yang penuh misteri Gwai Lo (Jack Tan). Mereka memilih penumpang yang kaya dan mempunyai banyak wang untuk dijadikan sasaran. Namun sikap tamak Sai Lo membuatkan dia keluar dan bertindak secara bersendirian bersama Gwai Lo. Namun kerakusan mereka tidak mendatangkan hasil. Mereka mula bertindak dengan lebih berani dan memeras ugut pasangan Marcus (Shaun Chen) dan wanita simpanannya Reanne (Joyce Harn) yang kemudiannya turut melibatkan kumpulan kongsi gelap yang ganas. Pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Kamal (Bront Palarae) dapat menghidu apa yang berlaku dan mula membuat pengawasan. Kisah dramatik yang berselang - seli dengan aksi ini menjadi bertambah menarik apabila aktiviti pasangan penjenayah ini secara tidak sengaja telah melibatkan Jared (Frederick Lee) yang merupakan seorang ketua kongsi gelap yang ganas dan dia mahu mereka membayar ganti rugi atas kesalahan yang dilakukan. Kumpulan pemeras ugut ini terpaksa membuat rancangan demi menyelamatkan nyawa mereka. Apabila tarikh pembayaran semakin hampir, angka korban semakin meningkat dan rahsia kejahatan yang silam mula terbongkar.


(Blog Dari Hati Miss Mulan)

2 ulasan:



My Random Post