7 Feb 2017

Sinopsis Telemovie Kamal Kamalia

Sinopsis Telemovie Kamal Kamalia RTM TV2

Setiap hari Selasa di Tv2 pasti akan ada Telemovie yang akan disiarkan, kali ni giliran Telemovie Kamal Kamalia pula yang akan ditayangkan. Drama Kamal Kamalia dilakonkan oleh Aiman Hakim Redza, Zara Zya, Kuza, Arash Mohd dan ramai lagi. Diarahkan oleh Amie Maziah serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Secara keseluruhannya Telemovie Kamal Kamalia ni berkisarkan tentang kisah cinta dua darjat yang mendapat tentangan hebat keluarga si pemuda. Apa pun jom layan sinopsis ringkas cerita ini kat bawah ye.

Sinopsis Telemovie Kamal Kamalia

Shah yang tidak mempunyai kekasih telah didesak oleh keluarganya untuk mencari jodoh. Shah yang meminati Kamalia memujuk Kamalia berjumpa dengan keluarganya. Malangnya ayah Shah tidak menyukai Kamalia yang bekerja di kedai makan. Penghinaan itu menyebabkan Kamalia tergores lalu meninggalkan keluarga Shah dan Shah cuba memujuk Kamalia. Namun adakah maafnya diterima Kamalia? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta mereka? Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post