13 Apr 2020

Sinopsis Drama Ironi Kasih Lakonan Aqasha dan Intan Najuwa




Drama Ironi Kasih, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Ironi Kasih, Pelakon Utama Drama Ironi Kasih, Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Dato Fizz Fairuz, Afifah Nasir, Isaac Iman,
Drama Ironi Kasih - Slot Akasia TV3


Drama Ironi Kasih adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Seindah Tujuh Warna Pelangi lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Ironi Kasih ini adalah Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Dato Fizz Fairuz, Afifah Nasir, Isaac Iman, Fauziah Ahmad Daud, Ramona Zamzam dan ramai lagi. Nampaknya drama ini ada dua Intan gitu Intan Najuwa dan juga Intan Ladyana. Drama Ironi Kasih ini mempunyai 15 episod dan sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 2 April yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Wira Nusa Production Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST drama Ironi Kasih ini bertajuk Sembah dan dinyanyikan oleh Naim Daniel. Aku pun tengok drama ni, not bad gak jalan ceritanya, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Ironi Kasih Lakonan Aqasha, Intan Najuwa dan Intan Ladyana

Mengisahkan tentang Kasih (Intan Najuwa) yang kehilangan ibu dan kakaknya Suri (Ramona Zamzam) yang tersayang. Sebelum kakaknya meninggal, kakaknya Suri sempat pulang ke kampung berjumpa dengan Kasih. Tak lama kemudian Kasih dapat tahu mengenai masalah kakaknya. Selepas Suri meninggal, ibu Kasih juga turut meninggal. Kasih kemudian menjadi pendendam dan tidak akan memaafkan mereka yang telah memusnahkan keluarganya. Selepas beberapa tahun Kasih akhirnya ke Kuala Lumpur dan mendapat kerja sebagai pembantu pengurusan di firma Arkitek milik Johan (Aqasha). Johan dan Emilia (Intan Ladyana) merupakan pasangan suami isteri yang bekerjaya dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Danish (Isaac Iman).
Drama Ironi Kasih, Drama Slot Akasia, TV3, Sinopsis Drama Ironi Kasih, OST Drama Ironi Kasih, Senarai Pelakon Drama Ironi Kasih, Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Dato Fizz Fairuz, Isaac Iman, Afifah Nasir,
Johan sering membawa Danish ke pejabatnya kerana Emilia juga sibuk menguruskan perniagaannya sendiri. Disitu Kasih mula rapat dengan Danish. Disebabkan Johan dan Emilia ada masalah dalam mencari pembantu rumah yang baru, maka Emilia mencadangkan supaya Kasih menjadi pengasuh sementara Danish. Kasih yang terdesak ketika itu bersetuju untuk menjadi pengasuh Danish. Hubungan Kasih dan Danish sangat rapat sehingga Danish tak mahu berenggang dengan Kasih. Emilia juga perasan akan kemesraan Johan dan Kasih namun Emilia membiarkan saja mereka dan berfikiran positif. Emilia banyak menghabiskan masanya dengan business partnernya iaitu Megat (Dato Fizz Fairuz). Hal tersebut sering membuatkan isteri Megat iaitu Maira (Afifah Nasir) berasa cemburu dengan hubungan Megat dan Emilia.

Dalam masa yang sama Emilia dan Johan juga sering bertengkar. Keadaan makin tegang bila Johan berjumpa dengan Megat. Rupa - rupanya Johan dan Megat sudah saling mengenali antara satu sama lain dan mereka berdua seperti bermusuh. Manakala Kasih pula gembira melihat Johan dan Emilia yang sering bergaduh itu. Kasih berdendam dengan Johan dan Emilia. Begitu juga dengan Megat yang berdendam dengan Johan. Apa sebenarnya yang berlaku?. Apa motif Kasih dan Megat sebenarnya?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post