17 Mei 2022

Another Ending For Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo



Another Ending For Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo, Second Ending For Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo, Korean Drama Ending, Happy Ending, IU, Lee Joon Gi,

Bagi peminat drama Korea mesti pernah menonton drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo yang dibintangi ramai pelakon popular dan terkenal Korea seperti Lee Joon Gi, IU, Kang Ha Neul, Nam Joo Hyuk, Ji Soo, Hong Jong Hyun, Baekhyun, Seohyun, Kang Han Na dan ramai lagi. Drama ni release tahun 2016 dan rasanya hampir pasti tiada musim kedua. Walaupun dalam satu temubual Lee Joon Gi mengatakan dirinya tak ada masalah untuk berlakon dalam musim kedua jika drama tu disambung ke musim seterusnya. Namun begitu hampir sukar nak menghimpunkan semua pelakon asal drama ini betul tak hehe. 




Apa pun semua pasti tahu ending Korean Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ni memang tragis gitu dan sad ending. Tapi dalam temubual tersebut Lee Joon Gi turut mengatakan ada ending lain iaitu lebih pada happy ending sikit seperti dalam gambar diatas, bila Hae Soo dan Wang So bertemu di dunia moden. Tapi entah kenapa pengarah drama ni memilih ending yang tragis untuk drama ini, mungkin nak kan drama ini diingati sebagai kisah cinta tragis kot. Apa pun drama ni memang best, so kiranya drama ni ada 2 endinglah kan, cuma yang penonton tonton tu adalah ending yang sedih..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo - Korean Drama Review


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post