5 Mei 2022

Drama Khas Aidilfitri Wan Senja (TV3)



Drama Wan Senja, Poster Drama Wan Senja, Info dan Sinopsis Drama Wan Senja, Wan Senja Cast, Pelakon - Pelakon Drama Wan Senja, Drama Wan Senja Full Episode, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair,

Sempena Hari Raya ini, TV3 membawakan drama khas Aidilfitri yang bertajuk Wan Senja dan drama ini akan disiarkan pada hari raya pertama hingga raya keempat, jam 11.30 pagi. Ini bermakna drama Wan Senja ini mempunyai 4 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Antara pelakon drama Wan Senja ini adalah Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair dan ramai lagi. Wah ada ramai pelakon best dalam drama ini dan drama Wan Senja ini juga nampak menarik gitu. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Wan Senja (TV3)

Mengisahkan tentang Hajah Rohimah, seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau. Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya. Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru. Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post