12 Mei 2022

Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis (Astro Ria)



Telefilem Angah (Astro Ria), Telemovie Angah (Astro Ria), Poster Telefilem Angah (Astro Ria), Sinopsis Telefilem Angah (Astro Ria), Telefilem Raya Astro Ria Angah, Angah Cast, Telemovie Angah Full, Pelakon - Pelakon Telefilem Angah, Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza,

Telefilem khas Aidilfitri yang bertajuk Angah sudah pun disiarkan di Astro Ria pada hari raya keenam iaitu 7 Mei 2022, jam 10 pagi. Telefilem Angah ini adalah berdasarkan dari kisah benar dan selepas telefilem ini disiarkan, ianya mula trending di media sosial disebabkan jalan ceritanya yang sedih dan tragis. Antara pelakon telefilem Angah ini adalah Puteri Balqis Azizi, Aleza Shadan, Natasha Elyzza, Haidar Hasanudin, Asyraf Roslee, Hushairi Husain, Bohari Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Angah ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Memang sedih telemovie Angah ni, kesian dengan nasib Angah dan keluarganya. Para pelakon telefilem Angah ini juga best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Angah ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Angah Lakonan Puteri Balqis, Aleza Shadan dan Natasha Elyzza (Astro Ria)

Mengisahkan kehidupan 2 beradik iaitu Along (Natasha Elyzza) Angah (Puteri Balqis) yang hidup susah dan sering dihina disebabkan mereka cacat dan juga OKU. Sedih dan kesian melihat ibu mereka yang bersusah payah mencari rezeki dengan menjual kuih membuatkan mereka berdua ingin menolong ibu mereka untuk menghantar kuih - muih tu di warung. Suatu hari Along jatuh sakit dan Angah pergi menghantar kuih seorang diri. Tak lama kemudian Angah mula berubah sikap dan menjadi kurang ceria, kemuncaknya bila Angah mengadu sakit perut dan kemudian dia dibawa ke klinik. Ibu dan kakak Angah menjadi sangat terkejut bila mendapat tahu yang Angah sebenarnya mengandung dan akan melahirkan anak secara pembedahan. Walaupun diasak dengan pertanyaan mengenai siapa bapa kepada anaknya itu, Angah tetap mendiamkan diri dan berahsia. Angah melahirkan Rahul bin Abdullah secara pembedahan dan meninggal dunia selepas 4 hari bersalin.



2 ulasan:

  1. salam Aidilfitri

    tertengok dkt tiktok, bagus jln cerita, ceritanya kisah benar kan
    yg penah berlaku di reality

    BalasPadam



My Random Post