Memaparkan catatan dengan label Sweet Qismina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sweet Qismina. Papar semua catatan

27 Dis 2021

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea (TV2)



Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea, Info dan Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Full, Cinta Semanis Bubble Tea Cast, Telemovie TV2, Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea Synopsis, Pelakon - Pelakon Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Sweet Qismina, Adam Lee,

Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea akan disiarkan pada 27 Disember 2021 ini, jam 9 malam di TV2 RTM. Antara pelakon telefilem Cinta Semanis Bubble Tea ini adalah Sweet Qismini, Adam Lee, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Iman Zulkarnain, Amal dan ramai lagi. Telemovie Cinta Semanis Bubble Tea ini diterbitkan oleh syarikat produksi Makmur Megah Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan telefilem Cinta Semanis Bubble Tea  ini, plus para pelakonnya juga best - best belaka, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem di bawah ini ye..




Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee (TV2)

Shuhada yang gemar meminum Bubble Tea kecewa kerana tiga hari sebelum bertunang, dia ditinggalkan. Zaim, bakal tunangnya memutuskan hubungan mereka kerana dia sudah berkahwin. Selepas kecewa dalam cinta, Shuhada mula menutup hatinya. Namun, perkenalannya dengan Nik Aiman dan Amal membuat Shuhada dalam dilema untuk memilih siapa yang bakal dijadikan suami. Apa yang berlaku seterusnya? siapa yang Shuhada pilih?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Angan - Angan Mat Jiman (Astro Citra)


Read More

15 Sep 2021

Drama Dear Cinta Episod 1 Hingga 16 (Akhir) Di Slot Samarinda TV3



Drama Dear Cinta, Drama Dear Cinta Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Dear Cinta, Dear Cinta Cast, Dear Cinta Synopsis, OST Drama Dear Cinta, Pelakon - Pelakon Drama Dear Cinta, Fahrin Ahmad, Nynaa Harizal, Elfira Loy, Syafi Tee, Sweet Qismina, Mathni Razak, Mona Allen, Poster Drama Dear Cinta, Drama Dear Cinta Slot Samarinda TV3,

Drama Dear Cinta sudah mula disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 14 September 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Dear Cinta ini disiarkan bagi menggantikan Drama Terlerai Noktah yang tamat episodnya. Antara pelakon - pelakon drama Dear Cinta ini adalah Fahrin Ahmad, Nynaa Harizal, Elfira Loy, Syafi Tee, Sweet Qismina, Mathni Razak, Mona Allen, Azri Iskandar, Tony Eusoff, Enot, Zoey Rahman, Riena Diana, Rashidah Jaafar, Jannice Maae, Syazuwan Hassan, Fikry Ibrahim, Aishah Atan, Rozita Che Wan, Christina Suzanne, Dayang Areeda dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama yang bergenre romantik komedi ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dear Cinta ini okey beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Fahrin Ahmad sebagai Haris
Nynaa Harizal sebagai Shasha
Elfira Loy sebagai Elena
Syafi Tee sebagai Azlan
Sweet Qismina sebagai Mimi
Mathni Razak sebagai Adam
Mona Allen sebagai Linda
Azri Iskandar sebagai Hashim
Tony Eusoff sebagai Dato Akmal
Enot sebagai Kaak Milah
Zoey Rahman sebagai Eddie
Riena Diana sebagai Mona 
Rashidah Jaafar sebagai Makcik Amna 
Jannice Maae George sebagai Mowli
Syazuwan Hassan sebagai Fatah 
Fikry Ibrahim sebagai Emir 
Aishah Atan sebagai Jue 
Rozita Che Wan sebagai Mama Zaris
Christina Suzanne sebagai Nabila 
Dayang Areeda sebagai Melah 
Faisal Chal Ahmad sebagai Tok Kadi
Gen Darwish sebagai Sani 
Nurul Iwana Mariam Puteri sebagai Ema 
Aisyah Qhalesya sebagai Wati
Aryan Adrin sebagai Muris




Sinopsis Drama Dear Cinta Lakonan Fahrin Ahmad, Sweet Qismina dan Elfira Loy di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan perjalanan mencari cinta tiga orang sahabat yang berkawan dari zaman kolej sehingga bekerjaya. Mereka berkongsi masalah suka dan duka bersama sehingga masing-masing mencapai kebahagiaan dalam hidup.

Lagu Tema / OST Drama Dear Cinta

👄 Puja nyanyian Ika Mustafa
👄 Hello nyanyian Farisha Iris
👄 Patung nyanyian Irfan Haris
👄 Cinta Jangan Pergi nyanyian Azzam Sham

Tonton Drama Dear Cinta Full Episode

Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca tv, korang juga boleh menonton drama Dear Cinta ini secara online di Youtube TV3MALAYSIA Official --> https://www.youtube.com/watch?v=UBwTVSff9Ew



Read More

23 Apr 2021

Drama Kiblat Yang Hilang Full Episode Di Awesome TV



Drama Kiblat Yang Hilang, Drama Kiblat Yang Hilang Awesome TV, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Kiblat Yang Hilang, Info dan Sinopsis Drama Kiblat Yang Hilang, Sinopsis Penuh Drama Kiblat Yang Hilang, Pelakon - Pelakon Drama Kiblat Yang Hilang, Drama Baru Azhan Rani, Drama Baru Zulhuzaimy, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Neera Azizi, Drama Baru Wafariena,

Dalam banyak - banyak drama yang disiarkan di bulan Ramadan ini, drama Kiblat Yang Hilang adalah antara drama yang aku suka tonton. Drama Kiblat Yang Hilang ini mula bersiaran sejak 12 April yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Awesome TV. Antara pelakon drama Kiblat Yang Hilang ini adalah Azhan Rani, Neera Azizi, Sweet Qismina, Zul Huzaimy, Wafariena Roslan, Laila Nasir, Badrul Muhayat, Kartina Aziz, Farisha Irwayu, Riz Amin, Sefik Khair, Riz Amin, Zain Saidin dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 23 episod dan diarahkan oleh Azri Izhar. Memang best layan drama ni, para pelakon pun mantap dan terbaik gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Kiblat Yang Hilang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Azhan Rani sebagai Iman / Lion
Neera Azizi sebagai Jannah
Sweet Qismina sebagai Solehah
Laila Nasir sebagai Maria
Kartina Aziz sebagai Kak Sal / Cik Sal
Zulhuzaimy sebagai Iki
Laila Nasir sebagai Maria




Sinopsis Penuh Drama Kiblat Yang Hilang Lakonan Azhan Rani, Zulhuzaimy, Sweet Qismina dan Neera Azizi

Maria seorang produser filem yang terkenal dan kaya, disaat dirinya senang dia mula mengabaikan keluarganya, serta tidak menghormati suaminya sehingga akhirnya mereka bercerai. Anak - anaknya Man, Iki, Solehah dan Jannah membesar tanpa berasa kasih sayangnya, mereka semua menumpang kasih pada Kak Sal pembantu rumah mereka. Setelah besar mereka agak dingin bila bersama dengan ibu mereka Maria. Segala - galanya berubah bila syarikat produksi Maria muflis dan menanggung hutang yang banyak. Maria akhirnya banyak menghabiskan masanya duduk di rumah dan memikirkan cara untuk melangsaikan segala hutang - hutangnya. Ketika dia berada di rumah barulah dia menyedari dirinya dah jauh daripada keluarganya, dia langsung tak tahu apa aktiviti anak - anaknya itu. Maria juga mula berasa menyesal kerana telah mengabaikan anak - anaknya selama ini. Walaubagaimanapun tak lama kemudian Maria mula menyedari yang anak - anaknya ada masalah mereka masing - masing. Iman atau Lion anak sulungnya tapi panas baran, manakala Solehah pula seorang yang alim tapi terlibat dengan ajaran sesat. Iki pula OKU tapi berbakat dalam lukisan dan boleh memasak. Manakala Jannah pula seorang instafamous dan seakan - akan membenci ibunya. Ketika Maria dah tak punya duit, Jannah terpaksa berhenti belajar dan tukar kolej lain kerana yuran kolejnya sangat mahal. Maria juga sudah tidak mampu untuk membayar gaji pembantu rumahnya Kak Sal. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkan Maria dan anak - anaknya bersatu untuk menyelesaikan segala masalah.

Read More

18 Dis 2020

Drama Slot Akasia Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Di TV3



Drama Bidadari Salju, Novel Bidadari Salju Karya Mia Kiff, Info dan Sinopsis Drama Bidadari Salju, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Bidadari Salju, OST Drama Bidadari Salju, Poster Drama Bidadari Salju, Pelakon - Pelakon Drama Bidadari Salju, Drama Baru Adam Lee, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Nazrief Nazri, Drama Baru Syazuwan Hassan, Zaki Azeman, Kisah Cinta,

Drama Bidadari Salju adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Sekali Lagi yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Bidadari Salju ini adalah Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Bidadari Salju karya Mia Kiff dan mempunyai 28 episod serta mula bersiaran di Tv3 sejak 15 Disember yang lalu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Primeworks Studis & A.Aida Production. Jom tengok watak - watak pelakon drama Bidadari Salju ini beserta sinopsis drama ini dibawah ye..

Adam Lee sebagai Hariz

Sweet Qismina sebagai Kayra
Jasmine Suraya sebagai Jeanny
Chacha Maembong sebagai Dania
Fimie Don sebagai Naufal
Jaja Iliyes sebagai Anita 
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Siti Khadijah Halim sebagai Marissa
Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman
Lisdawati sebagai Puan Fauziah
Rosnah Johari sebagai Mariam 




Sinopsis Penuh Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee dan Swee Qismina - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.
Drama Bidadari Salju, Novel Bidadari Salju Karya Mia Kiff, Info dan Sinopsis Drama Bidadari Salju, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Bidadari Salju, OST Drama Bidadari Salju, Poster Drama Bidadari Salju, Pelakon - Pelakon Drama Bidadari Salju, Drama Baru Adam Lee, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Nazrief Nazri, Drama Baru Syazuwan Hassan, Zaki Azeman, Drama Baru Jasmine Suraya, Kisah Cinta,
Baca Online Novel Bidadari Salju Bab 1 Hingga Bab 5
Disamping tengok versi drama di TV, korang juga boleh baca beberapa bab awal novel Bidadari Salju ini caranya klik je link dibawah tu ye. Nak baca novel penuh, sila dapatkan novel ini di pasaran ye..
Lagu Tema / OST Drama Bidadari Salju
🙆Mimpi nyanyian Haqiem Rusli
🙆Pewangi nyanyian Zali Rusli
🙆Suratan Luka nyanyian Muna Shahirah

Tonton Drama Bidadari Salju Episod 1 - Episod 28 (Akhir) 

Drama Bidadari Salju Episod 1 -> https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/s0035xmkp9q-EP1--Bidadari-Salju

Drama Bidadari Salju Episod 2 -> https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/w0035t6du2t-EP2--Bidadari-Salju
Bidadari Salju Episod 3 -> https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/i0035iqubcp-EP3--Bidadari-Salju
Bidadari Salju Episod 4 -> https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/k00357rm0hy-EP4--Bidadari-Salju
Drama Bidadari Salju Episod 5 -> 
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/d0035g1210g-EP5--Bidadari-Salju
Drama Bidadari Salju Episod 6 -> 
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/u0035k3c6ts-EP6--Bidadari-Salju
Drama Bidadari Salju Episod 7 -> 
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/u00353mg4rh-EP7--Bidadari-Salju
Bidadari Salju Episod 8 -> https://t.me/DramatelemovieChannel/106
Bidadari Salju Episod 9 -> https://t.me/DramatelemovieChannel/107
Bidadari Salju Episod 10 -> https://t.me/DramatelemovieChannel/108
Bidadari Salju Episod 11 > https://t.me/DramatelemovieChannel/109
Bidadari Salju Episod 12 > https://t.me/DramatelemovieChannel/110
Bidadari Salju Episod 13 > https://t.me/DramatelemovieChannel/111
Bidadari Salju Episod 14 > https://t.me/DramatelemovieChannel/112
Drama Bidadari Salju Episod 15 > https://t.me/DramatelemovieChannel/113
Drama Bidadari Salju Episod 16 > https://t.me/DramatelemovieChannel/119
Drama Bidadari Salju Episod 17 > https://t.me/DramatelemovieChannel/122
Drama Bidadari Salju Episod 18 > https://t.me/DramatelemovieChannel/127
Drama Bidadari Salju Episod 19 > https://t.me/DramatelemovieChannel/167
DramaBidadari Salju Episod 20 > https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/l0035jx30be-EP20--Bidadari-Salju
Drama Bidadari Salju Episod 21 > 
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/d0035o1ccro-EP21--Bidadari-Salju
Drama Bidadari Salju Episod 22 >
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/b0035dm0pq5-EP22--Bidadari-Salju
Bidadari Salju Episod 23 >
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/g0035x740v3-EP23--Bidadari-Salju
Bidadari Salju Episod 24 > 
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/n00354jmaj1-EP24--Bidadari-Salju?vid=n00354jmaj1
Bidadari Salju Episod 25 >
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/l0035iibdjw-EP25--Bidadari-Salju
Bidadari Salju Episod 26 >
https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/c00358q1hrv-EP26--Bidadari-Salju
Bidadari Salju Episod 27> https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/v0035zpna5w-EP27--Bidadari-Salju
Episod Akhir Drama Bidadari Salju (Episod 28) > https://wetv.vip/en/play/r3qo5vjojle3n4x-Bidadari-Salju/z0035r07rxq-EP28--Bidadari-Salju

 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Gerak Khas The Finale Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) Di TV3

Read More

12 Ogo 2020

Baca Online Novel Pink Smile Karya Luna Adresia




Pink Smile, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia, Novel Online Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Cover Depan Novel Pink Smile,

Novel Pink Smile karya Luna Adresia telah pun diadaptasikan atau diinspirasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Hero dan heroin versi drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin dan Sweet Qismina. Fattah Amin akan melakonkan watak Kaz/ Kazreeq/Areeq manakala Sweet Qismina pula akan melakonkan watak sebagai Luna. Pelakon lain dalam drama Pink Smile ini terdiri daripada Intan Najuwa yang membawa watak sebagai Rysa, Izzat Mushtaq sebagai Faiz/Ari, Syafi Tee sebagai Iman/Akif, Afifah Nasir sebagai Melati dan ramai lagi. Berbalik pada novel ini, novel Pink Smile ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Penulisan2U. Sekarang ni tahun 2020 dah ada versi drama dah gitu. Apa pun korang boleh baca novel Pink Smile ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Walaubagaimanapun tak semua bablah yang ada kan, kalau nak baca full novel, sila dapatkan novel ini di pasaran okey.




👉👉 Baca Online Novel Pink Smile Karya Luna Adresia Bab 1 Hingga Bab 15 ⇦
Pink Smile, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia, Novel Online Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Drama Baru Fattah Amin, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Intan Najuwa,
Selamat Membaca ye..
Read More

6 Ogo 2020

Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (TV3)




Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3,

Drama Pink Smile adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 yang mula disiarkan sejak 31 Julai 2020 yang lalu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi / diinspirasikan daripada Novel Pink Smile karya Luna Adresia. Antara pelakon drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin, Sweet Qismina, Izzat Mushtaq, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil, Syafi Tee, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri dan ramai lagi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Pink Smile ini dibawah ye beserta sinopsisnya sekali. 

Fattah Amin sebagai Areeq (Kazreeq)
Sweet Qismina sebagai Luna
Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)
Intan Najuwa sebagai Rysa
Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
Afifah Nasir sebagai Melati
Natasya Mahyan sebagai Myra
Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
Noniswara sebagai Puan Aminah
Iswan Ismail sebagai Syairy
Farhan Asri sebagai Epol




Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (Lestary TV3)

Kisah percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha kafe Duncan Cafe. Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna. Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati menjadikan kafe Areeq sedikit kalut. Melati juga mempunyai daya angan-angan yang tinggi, cuma beza Melati dan Luna adalah, Melati sanggup melakukan apa sahaja untuk jadikan impiannya sebuah kenyataan. Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius?

Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3, Drama Baru Fattah Amin,
Lagu Tema / OST Drama Pink Smile

💋 Hello Hello nyanyian Marsha Milan
💋 Sekali Ini nyanyian Nyssa
💋 Lagu Cinta Kita nyanyian Naqi dan Ayuni
💋 Andai Nanti nyanyian Mui"zz
💋 Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa
💋 Jangan Pergi nyanyian Shakira

Read More


My Random Post