23 Apr 2021

Drama Kiblat Yang Hilang Full Episode Di Awesome TV



Drama Kiblat Yang Hilang, Drama Kiblat Yang Hilang Awesome TV, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Kiblat Yang Hilang, Info dan Sinopsis Drama Kiblat Yang Hilang, Sinopsis Penuh Drama Kiblat Yang Hilang, Pelakon - Pelakon Drama Kiblat Yang Hilang, Drama Baru Azhan Rani, Drama Baru Zulhuzaimy, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Neera Azizi, Drama Baru Wafariena,

Dalam banyak - banyak drama yang disiarkan di bulan Ramadan ini, drama Kiblat Yang Hilang adalah antara drama yang aku suka tonton. Drama Kiblat Yang Hilang ini mula bersiaran sejak 12 April yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Awesome TV. Antara pelakon drama Kiblat Yang Hilang ini adalah Azhan Rani, Neera Azizi, Sweet Qismina, Zul Huzaimy, Wafariena Roslan, Laila Nasir, Badrul Muhayat, Kartina Aziz, Farisha Irwayu, Riz Amin, Sefik Khair, Riz Amin, Zain Saidin dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 23 episod dan diarahkan oleh Azri Izhar. Memang best layan drama ni, para pelakon pun mantap dan terbaik gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Kiblat Yang Hilang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Azhan Rani sebagai Iman / Lion
Neera Azizi sebagai Jannah
Sweet Qismina sebagai Solehah
Laila Nasir sebagai Maria
Kartina Aziz sebagai Kak Sal / Cik Sal
Zulhuzaimy sebagai Iki
Laila Nasir sebagai Maria




Sinopsis Penuh Drama Kiblat Yang Hilang Lakonan Azhan Rani, Zulhuzaimy, Sweet Qismina dan Neera Azizi

Maria seorang produser filem yang terkenal dan kaya, disaat dirinya senang dia mula mengabaikan keluarganya, serta tidak menghormati suaminya sehingga akhirnya mereka bercerai. Anak - anaknya Man, Iki, Solehah dan Jannah membesar tanpa berasa kasih sayangnya, mereka semua menumpang kasih pada Kak Sal pembantu rumah mereka. Setelah besar mereka agak dingin bila bersama dengan ibu mereka Maria. Segala - galanya berubah bila syarikat produksi Maria muflis dan menanggung hutang yang banyak. Maria akhirnya banyak menghabiskan masanya duduk di rumah dan memikirkan cara untuk melangsaikan segala hutang - hutangnya. Ketika dia berada di rumah barulah dia menyedari dirinya dah jauh daripada keluarganya, dia langsung tak tahu apa aktiviti anak - anaknya itu. Maria juga mula berasa menyesal kerana telah mengabaikan anak - anaknya selama ini. Walaubagaimanapun tak lama kemudian Maria mula menyedari yang anak - anaknya ada masalah mereka masing - masing. Iman atau Lion anak sulungnya tapi panas baran, manakala Solehah pula seorang yang alim tapi terlibat dengan ajaran sesat. Iki pula OKU tapi berbakat dalam lukisan dan boleh memasak. Manakala Jannah pula seorang instafamous dan seakan - akan membenci ibunya. Ketika Maria dah tak punya duit, Jannah terpaksa berhenti belajar dan tukar kolej lain kerana yuran kolejnya sangat mahal. Maria juga sudah tidak mampu untuk membayar gaji pembantu rumahnya Kak Sal. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkan Maria dan anak - anaknya bersatu untuk menyelesaikan segala masalah.

1 ulasan:



My Random Post