22 Apr 2021

Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3)



Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3), Info dan Sinopsis Drama Madam E-Wallet, Pelakon - Pelakon Drama Madam E-Wallet, Drama Bulan Ramadan TV3, Drama Baru Ziana Zain, Drama Baru Ning Baizura, Poster Drama Madam E-Wallet,
Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3)

Drama Madam E-Wallet adalah antara drama yang disiarkan di bulan Ramadan ini iaitu bermula pada 13 April yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang di TV3. Antara pelakon drama Madam E- Wallet ini adalah Ziana Zain, Ning Baizura, Zul Huzaimy, Anas Ridzuan, Enot, Kiah Propa, Shiha Zikir, Azzahra Ahmad, Reza Hasbi, Nynaa Harizal, Hasnul Rahmat, Khatijah Tan, Mathni Ab Razak, Zoey Rahman, Daniel Fong, Razak Ahmad dan ramai lagi. Selain itu drama 10 episod ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn. Bhd. wah para pelakon drama ini semuanya best - best belaka, plus aku suka dengan poster drama Madam E-Wallet ini sebab nampak cantik gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Madam E-Wallet ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Ziana Zain sebagai Siti Asmidar
Ning Baizura sebagai Dato Qistina
Anas Ridzuan sebagai Omar
Azzahra Ahmad sebagai Mila
Hasnul Rahmat sebagai Sifu Jebat
Nynaa Harizal sebagai Sabrina
Mathni Ab Razak sebagai Joey
Zoey Rahman sebagai Salman
Daniel Fong sebagai Kim




Sinopsis Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3)

Selepas memenangi Anugerah Usahawan Terbaik di kampung, Siti Asmidah bukan saja membawa pulang hadiah wang tunai malah dia juga berpeluang untuk menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur. Namun, apabila Siti Asmidah berada di seminar itu, dia diejek sebagai orang kampung yang berangan-angan untuk berjaya dalam perniagaan. Siti Asmidah putus asa dan pulang ke kampung dengan hampa. Orang sekeliling mula berkata-kata tentang Datuk Qistina yang sedang memburukkan dan mempertikaikan kredibiliti Siti Asmidah, malahan Datuk Qistina juga mengatakan beliau yang memenangi anugerah tersebut. Siti Asmidah enggan mengalah dan ingin menebus maruahnya. Dengan bantuan kawan-kawannya, Siti Asmidah mula menerokai aplikasi untuk kemudahan membeli belah dan transaksi mudah tanpa tunai atas talian. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

1 ulasan:



My Random Post