Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan

21 Jun 2017

Kisah Aku Dan Radio

My Favorite, My Feeling, My Opinion, My Review, Radio, Radio Kegemaranku, Muzik, Lagu, Deejay, Juruhebah Radio, Sejarah, Kenangan, Memori,
Kisah Aku Dan Radio

Tak lama lagi dah nak Raya, masa - masa ini kalau dengar radio memang best sebab ada banyak lagu raya yang disiarkan di radio. Tapi selalunya aku memang jarang dengar radio sebab banyak sangat iklan di radio, selalunya aku buka radio untuk dengar lagu - lagu best dan bukannya untuk mendengar iklan berderet - deret. Walaubagaimanapun, sesekali tu, aku ada dengar jugalah, tapi sekejap saja, lagipun di tempat aku susah nak dapat siaran radio dari stesen radio popular yang lain, kecualilah kalau aku guna internet dan install aplikasi untuk dengar radio tersebut, barulah boleh dengar. Dulu aku dah pernah install tapi kemudiannya aku delete sebab ianya banyak menggunakan ruang memori dalam handphone aku tu. Jadi menerusi entry ini aku nak mengimbas kembali radio dan segmen radio mana yang paling aku suka dengar masa dulu - dulu. Berbanding waktu pagi, aku lebih suka dengar radio pada waktu malam atau tengah malam, selalunya pada tengah malamlah, sebab masa ini memang tiada deejay yang bertugas dan hanya ada lagu - lagu yang dimainkan tanpa henti dan sedikit iklan saja.

Waktu dulu aku suka dengar radio Red FM sebab best dan aku pernah menang hadiah berupa dvd lagu. Sekarang ini aku ada juga buka radio Red.FM ini dan aku rasa dah ada pembaharuan di radio tersebut dan aku rasa ianya kini lebih urban. Manakala radio - radio popular yang lain banyak pula iklannya. Aku sekarang ini, kalau dengar radio, aku akan dengar Kool FM sebab siaran radionya jelas di tempat aku dan kadang - kadang aku tukar ke Mutiara FM sekejap, sebelum beralih ke stesen radio lain. Selain itu, masa aku tinggal di Kuala Lumpur ketika belajar di sana, aku sering juga dengar radio Sinar FM terutamanya untuk Carta Sinar yang merupakan carta lagu - lagu popular zaman 90 an dulu yang berentak slow rock, balada yang memang sedap di dengar. Seterusnya pada waktu pagi, ketika dalam perjalanan ke universiti pula, aku suka dengar Hot FM ketika Fara Fauzana dan Faizal Ismail masih bertugas lagi disitu. Manakala roommate aku pula, suka betul dengar radio Selangor FM, kalau ada masa terluang memang roommate aku akan dengar Selangor FM. Manakala aku pula kadang - kadang aku akan dengar Muzik FM juga.

Ketika zaman sekolah menengah pula, aku suka betul dengar THR masa itu THR turut dikenali sebagai Time Highway Radio lagi dan segmen yang paling aku suka adalah Hindi Power yang dikendalikan oleh Deejay Andy Hakim dan beberapa deejay lain. Selalunya aku memang suka dengar Hindi Power yang deejaynya adalah Andy Hakim sebab celotehnya yang bersahaja dan kelakar. Kemudiannya dia juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia Bollywood, jadi banyak cerita yang boleh kita tahu pasal lagu hindustan, pasal penyanyi, pasal filem dan juga pasal pelakon Bollywood juga. Aku ini memang suka dengar lagu - lagu hindustan ini jadi memang seronok dengar lagu - lagu hindustan yang diputarkan di radio itu sebab ianya ada lagu baru dan juga lagu lama. Stesen radio lain ada juga putar lagu - lagu hindustan untuk jangka masa lebih kurang satu jam, tapi pemilihan lagu yang dipilih sangat bosan sebab asyik - asyik lagu yang sama saja. Sedangkan beribu lagu - lagu hindustan yang best. Sebab itulah aku merindui Hindi Power.

Lagipun di tempat aku, kalau korang buka radio THR di waktu pagi sampai petang, korang akan dengar THR versi tamil. Maknanya aku tak dapat yang siaran Pantai Timur tu. Kecualilah pada waktu malam atau tengah malam baru aku dengar yang berbahasa melayu. Tapi kalau dengar guna internet barulah boleh kan. Pendek kata kalau guna internet semua radio boleh dengar kan hehehe.


Read More

22 Mei 2017

Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

 Bila Pensyarah Ingat Nama Aku
Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

Bila Pensyarah ingat nama aku memang kadangkala seronok juga tapi kadangkala tak berapa best pun ya juga. Walaubagaimanapun tidaklah sampai sengsara pun kalau pensyarah ingat nama kita itu. Malah kadang - kadang rasa seronok pula, bila pensyarah hafal dan ingat nama kita berbanding student lain, popular pun ya juga hehehe. Ini ditambah lagi apabila aku mempunyai nama yang unik dan mungkin sedikit pelik, maka makin senanglah pensyarah aku itu ingat nama aku. Walaubagaimanapun ada juga pensyarah yang tak ingat nama student dia pun, mungkin sebab kelas dia ada ramai student, maka susahlah dia nak ingat nama semua pelajarnya kan. Antara kelebihan yang aku dapat bila pensyarah tidak ingat nama aku adalah aku boleh ponteng kelas bila - bila masa yang aku nak sebab pensyarah tidak akan tahu, tapi anda yang lain jangan pula ikut perangai aku ini okey hehe. Selain itu aku juga tidak perlu risau akan ditanya apa - apa soalan dalam di dalam kelas kerana pensyarah tidak ingat nama aku. Tapi kalau pensyarah itu ingat nama aku memang aku kena rajin datang kuliah / kelaslah kan, sebab dia pasti tahu kalau aku tak datang. Selain itu, aku juga akan jadi sedikit terkenal dan popular di kalangan student lain kerana mereka juga akan ingat dan kenal aku, kerana pensyarah selalu sebut dan mention nama aku dalam kelas.

Kebiasaannya jika pensyarah hanya mengendalikan kuliah saja, pensyarah tersebut mungkin kurang mengingati nama - nama pelajar mereka, kerana bilangan pelajar yang mengikuti kuliah mereka sememangnya agak ramai. Tapi ianya sedikit berbeza jika pensyarah tersebut turut mengendalikan kelas tutorial juga, kerana kelas tutorial biasanya mempunyai bilangan pelajar yang lebih sedikit dan pensyarah akan lebih mudah mengingati nama - nama student mereka dengan mengendalikan kelas tutorial juga. Aku ingat lagi pada salah seorang pengajar yang mengendalikan kelas tutorial untuk subjek minor aku, dia ini buta tapi mempunyai daya pendengaran yang tajam, dia boleh mengecam kau siapa dengan hanya mendengar suara saja, selain itu dia juga sangat peramah. Seterusnya adalah pensyarah yang aku suka kelasnya, tapi disebabkan dia ingat nama aku berbanding student lain membuatkan aku terlebih fokus dalam kelasnya hehehee. Pensyarah itu suka betul mention nama aku dalam kelasnya, kadang - kadang dia sebut nama aku sebab nak tanya jam pukul berapa, atau pun jika dia tanya soalan pada student lain dan suara student itu agak perlahan dan dia tidak dengar. Maka dia akan tanya pada aku pula, apa yang student itu cakap hehe. Lepas itu, kalau dia tak nampak aku dalam kelas mesti dia akan tanya pada student lain kenapa aku tak datang.

Paling yang aku ingat masa last day kelas dia itu, dimana ketika itu kami semua perlu ada group masing - masing dan seterusnya buat presentation di depan kelas menggunakan laptop, projektor dan sebagainya. Group aku dah selesai lama dah, so aku dan kawan aku putuskan untuk duduk di bahagian atas sekali dalam dewan kuliah itu. Ketika group lain tengah buat presentation itu, kawan aku ada berborak sedikit dengan kawan lain yang duduk di bahagian depannya. Ketika ini mungkin pensyarah itu nampak tapi tak tahu nama kawan aku itu untuk menegurnya, maka dia gunakan nama akulah kan, dia sebut nama aku and the geng, please pay attention atau pun please keep quiet. Terkejut aku masa ini bila nama aku disebut - sebut pula, dan semua student disitu pusing ke belakang untuk melihat aku hahaha, malu pula sebab aku tak bersembang dengan kawan aku pun, tapi aku pula yang terkena hehe. Kawan - kawan aku masa ini terus senyap dan bergurau konon - kononya berpura - pura tak kenal aku. Kelakar pula bila teringat kenangan ini. Seterusnya aku ingat lagi yang aku dan kawan aku akan mengelakkan diri dari terserempak dengan seorang lagi pensyarah aku ini, sebab kalau terserempak, pastilah dia akan tanya tentang result peperiksaan kami untuk subjek dia itu. Subjek yang dia ajar sangat susah okey, bahan rujukan tak banyak, kalau ada pun semuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi kebanyakkan student memang bergantung dengan buku tulisan pensyarah ini saja. Jadi result peperiksaan pun tidaklah cemerlang, setakat dapat B+ saja. Kalau dapat A, seronoklah sikit nak beritahu pada pensyarah kan.

Bila tulis entry ini, rasa rindu pula dengan semua pensyarah - pensyarah aku itu, setiap pensyarah ada keunikkan dan gelagat mereka yang tersendiri.
Read More


My Random Post