29 Jan 2019

Review Drama Korea Terrius Behind Me




Terrius Behind Me, My Secret Terrius, Korean Drama, Drama Korea 2018, Drama Korea Terrius Behind Me, Korean Drama Terrius Behind Me, Poster Terrius Behind Me, K - Drama, Terrius Behind Me Cast, Pelakon Drama Korea Terrius Behind Me, So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri, So Ji Sub Drama, Best Drama, Review By Miss Banu, My Opinion, Ulasan Drama Korea Terrius Behind Me,
Terrius Behind Me / My Secret Terrius - Korean Drama Review

Seperti biasa, hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Terrius Behind Me / My Secret Terrius yang release pada 27 September 2018 dan tamat pada 15 November yang lalu. Antara pelakon drama Korea Terrius Behind Me ini adalah So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 32 episod, setiap episod hanya setengah jam dan disiarkan di channel MBC manakala screenwriter drama ini adalah orang yang sama menulis skrip untuk drama Shopping King Louis. Korean Drama Terrius Behind Me ini juga adalah drama comeback So Ji Sub setelah lama tak muncul dalam drama, kali terakhir dia berlakon drama pada tahun 2015 iaitu menerusi drama popular Oh My Venus bersama Shin Min Ah. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Time dan kemudian akan digantikan dengan drama Korea Children Of Nobody. Lebih menarik bila drama Terrius Behind Me ini turut shooting di luar negara iaitu di Warsaw Poland. 

Awalnya pelakon Lee Yoo Young dan Yoo In Na telah ditawarkan menjadi heroin drama ini namun mereka menolak dan akhirnya watak Go Ae Rin itu menjadi milik Jung In Sun. Terrius yang dijadikan tajuk drama ini merujuk pada nama samaran / nama khas watak Kim Bon ketika dia sedang bertugas sebagai Agent NIS dan ketika berada dalam misi penting. Ternyata So Ji Sub membuat pilihan tepat untuk berlakon dalam drama ini kerana drama Terrius Behind Me ini telah menang besar dalam 2018 MBC Drama Awards. So Ji Sub telah menang Grand Prize, dia juga menang anugerah Best Actor juga menerusi drama ini. Malah heroin drama ini iaitu Jung In Sun turut menang anugerah Excellent Actress, malah Kang Ki Young juga turut menang pelakon pembantu lelaki terbaik menerusi drama ini. Selain itu drama Korea Terrius Behind Me ini juga turut menang Best Screenplay serta Best Drama Selected By Viewers. Jadi drama ini memang menang banyak anugerah, so rugi kalau tak tengok hehehe.
Terrius Behind Me, My Secret Terrius, Korean Drama, Drama Korea 2018, Drama Korea Terrius Behind Me, Korean Drama Terrius Behind Me, Poster Terrius Behind Me, K - Drama, Terrius Behind Me Cast, Pelakon Drama Korea Terrius Behind Me, So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi, Kim Sung Joo, Eom Hyo Seop, Seo Yi Sook, Cho Tae Kwan, Kim Yeo Jin, Kang Ki Young, Nam Gyu Ri, So Ji Sub Drama, Best Drama, Review By Miss Banu, My Opinion, Ulasan Drama Korea Terrius Behind Me,
Agak seronok melihat telatah Kim Bon lakonan So Ji Sub melayan kanak - kanak dalam drama ini. Anak - anak Go Ae Rin tu memang sangat comel dan adorable gitu serta sangat hyper aktif hehe. Aku juga terhibur melihat kerenah semua penghuni King Castle itu terutamanya jiran - jiran Go Ae Rin tu. Ikutkan aku tak minat sangat isu - isu atau masalah yang berlaku dalam NIS tu sebab aku lebih tertarik dengan hal - hal dan masalah Go Ae Rin tu je. Tapi tak sangka ada juga plot twist dalam drama ini terutamanya untuk watak ketua Agent NIS tu. Agak pelik melihat pelakon Im Se Mi berambut pendek dalam drama ini, sebab aku dah terbiasa tengok dia berambut panjang. Walaupun Jung In Sun adalah pilihan ketiga untuk watak Go Ae Rin tu, tapi dia berjaya membawa wataknya dengan baik sekali, siap menang award gitu. Scene ketika Go Ae Rin setuju untuk menyamar jadi orang gaji tu untuk menolong pihak NIS tu agak pelik bagi aku, yela bahaya kot dah lah dia ada anak - anak yang masih kecil lagi tu tapi sanggup buat kerja yang berbahaya.




Selain itu memang nampak yang Go Ae Rin dan Kim Bon saling menyukai antara satu sama lain tapi sampai ke akhir tak tunjuk pula diorang benar - benar bercinta ke apa ke. Cuma selepas itu Go Ae Rin akan bertugas dan melakukan penyamaran sebagai agent NIS juga. Apa pun ending Korean Drama Terrius Behind Me ni stil happy ending juga. Secara keseluruhannya drama ini kira okey juga dan aku bagi 7/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama Korea Terrius Behind Me di bawah ini ye..

Go Ae-Rin (Jung In-Sun) suddenly loses her husband. A mysterious man, Kim Bon (So Ji-Sub), lives next door. Kim Bon is a legendary NIS agent. 3 years ago, he was involved in a failed secret operation and the woman he loved died. He has since become disconnected with the world and lives alone quietly. He helps his neighbor Go Ae-Rin uncover a conspiracy, which her husband became involved with.

2 ulasan:

  1. I did not fully watch this drama. at first I was interested in watching because the male actor very famous. but later the story didn't make sense so I stopped to watch.

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    BalasPadam
  2. mmg syok cta nie, kdg ada part bosan gak, tp sbb soo ji sub...layan...

    BalasPadam



My Random Post