Akhirnya ada pengumuman rasmi mengenai percintaan Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin ini, diorang bertemu di Running Man, kemudian menjadi kawan dan bercinta. Mereka dikatakan telah bercinta selama 5 bulan. Sebelum ini Lee Kwang Soo sering digosipkan dengan ahli Running Man iaitu Jung Soo Min dan akhirnya Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin mengaku bercinta. Rasanya nanti mesti Lee Kwang Soo akan kena usik kaw - kaw dengan member Running Man yang lain di episod Running Man yang akan datang tu hehe. Lee Lee Couple ni mungkinkah akan mengikut jejak langkah Song Song Couple (Song Jong Ki & Song Hye Kyo tu) sampai berkahwin ke kan. Dah la Lee Sun Bin ni lawa ada iras - iras Song Hye Kyo juga kan. Apa pun hope hubungan diorang kekal sampai ke fasa perkahwinan gitu. Rasanya ini kali pertama Lee Kwang Soo secara terbuka mengaku bercinta, sebelum ini dia bercinta senyap - senyap saja. Mesti Lee Kwang Soo benar - benar sayangkan Lee Sun Bin dan serius dalam perhubungan mereka.
Aku memang suka tengok Lee Sun Bin ni sebab dia cantik, pastu lakonannya juga best, antara drama lakonannya yang aku suka seperti 38 Task Force, Missing 9 dan juga Sketch.
Lebih menarik bila gurauan Lee Kwang Soo dalam Running Man yang kononnya dia dan Lee Sun Bin akan dating tu jadi kenyataan pula. Cuma part dia cakap nak berkahwin tu tak tahulah kan hehehe. Apa pun diorang memang sweet couple gitu.
Wah! Hehe. Selamat tahun baru 2019 :)
BalasPadamDah banyak episod runningman saya terlepas. Tau-tau je lee kwang soo bercinta pulak dengan lee sun bin.
BalasPadam