3 Jan 2019

Sinopsis Drama Opsss Terpikat Cik Sombong




Opsss... Terpikat Cik Sombong, Drama Opsss Terpikat Cik Sombong, Novel Opsss Terpikat Cik Sombong By Cici Aida, Unifi TV, Drama Adaptasi Novel, 2018, Cast, Pelakon Drama Opsss Terpikat Cik Sombong, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Nafiez Zaidi, Ariff Aziz, Nelissa Edreena, Liza Abdullah, Razak Ahmad, Shakilla Khoriri, Khalida Balqis, Azlan Mokhtar, Sinopsis Opsss Terpikat Cik Sombong,
Sinopsis Drama Opsss Terpikat Cik Sombong

Drama Opsss... Terpikat Cik Sombong sudah mula disiarkan di saluran HyppSensasi 116 (Unifi TV) bermula 10 Disember 2018 yang lalu, iaitu setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel Opsss... Terpikat Cik Sombong karya novelis Cici Aida. Drama Opsss Terpikat Cik Sombong ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Nafiez Zaidi, Ariff Aziz, Nelissa Edreena, Liza Abdullah, Razak Ahmad, Shakilla Khoriri, Khalida Balqis, Azlan Mokhtar dan ramai lagi. Selain itu Drama Opsss Terpikat Cik Sombong ini mempunyai 30 episod dan diarahkan oleh Khalid Nazri. Nampak menarik juga sinopsis drama ini, rasanya ini kali pertama aku melihat Dayang Areeda melakonkan watak utama, tapi aku memang suka tengok lakonan dia. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Opsss Terpikat Cik Sombong Lakonan Shukri Yahaya dan Dayang Areeda

Ego! Cengil! Pendendam!
Cukup pakej sifat Ira Harisya (lakonan Dayang Areeda). Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans (lakonan Shukri Yahaya).

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.

Tapi tiba-tiba…“Kenapa kau datang sini, hah? Aku benci tengok muka kau. Kau yang menyebabkan anak aku lumpuh. Keluar!”- Puan Sri Marlia (Liza Abdullah). “Saya akan bertanggungjawab Puan Sri. Saya akan jadikan Ira isteri saya.”- Hans



Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans.Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan. Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suami. Suami yang tidak dirancang. Namun, bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang kilauannya sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opss…dia sudah terpikat pada cik sombong.
Tetapi…Ira Harisya.. bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka! Apa yang berlaku seterusnya?.

1 ulasan:



My Random Post