Telefilem Bayang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 26 Januari 2019 ini, telemovie Bayang ini disiarkan khas sempena AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada awal bulan Februari nanti. Antara pelakon telemovie Bayang ini adalah Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Riena Diana, Idzham Ismail, Zul Huzaimy, Dato Eizlan Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bayang ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Rasanya ini first time aku tengok Sufian Suhaimi berlakon gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye..
Sinopsis Cerekarama Bayang TV3
Kisah Pyan (Sufian Suhaimi), seorang lulusan universiti jurusan medic yang tidak meneruskan kerja dalam bidang yang dipelajarinya demi menjaga ibunya yang sentiasa sakit dan adiknya yang masih bersekolah yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Dia mengalas tangungjawab ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia. Dialah punca pendapatan keluarga. Dia terpaksa membuat dua kerja, siang dia sebagai penghantar surat dan malamnya dia adalah penyanyi kesukaan ramai di tepi jalan atau lebih dikenali sebagai busker. Nyanyiannya yang cukup merdu menarik ramai orang. Termasuklah seorang gadis yang tak akan ‘missed’ mendengar lagu nyanyian Pyan. Dia terpegun dan terhibur. Gadis itu sentiasa akan singgah ketempat Pyan menyanyi setelah habis kelas. Gadis tersebut bernama Maya (Elisya Sandha), tak lama kemudian Pyan dan Maya mula rapat dan Pyan turut mengetahui yang Maya berdepan dengan masalah besar dan nekad ingin membantunya. Apa yang berlaku seterusnya?..
excited gak nak tengok Pian belakon.. ehem ehem..
BalasPadam