15 Jan 2019

Review Drama Korea Lovely Horribly




Lovely Horribly, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea 2018, Korean Drama Lovely Horribly, Sinopsis Drama Korea Lovely Horribly, Song Ji Hyo Drama, Channel KBS World, Poster Drama Lovely Horribly, Lovely Horribly Cast, Pelakon Drama Korea Lovely Horribly, Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub, Lovely Horribly Review, Horror Romantic Comedy,
Lovely Horribly - Korean Drama Review

Okey hari ini aku nak buat review drama Korea Lovely Horribly yang mula disiarkan di channel KBS2 / KBS World pada 13 Ogos  2018 dan tamat episodnya pada 2 Oktober yang lalu. Drama Korea Lovely Horribly ini dibintangi oleh Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub dan ramai lagi. Selain itu drama ini bergenre seram dan romantik komedi dan disiarkan bagi menggantikan drama Korea Are You Human dan kemudian akan digantikan dengan drama Matrimonial Chaos. Park Si Hoo sebelum ini popular dengan drama My Golden Life dan kali ini bergandingan pula dengan Song Ji Hyo, ramai yang tak sabar nak menonton drama terbaru Song Ji Hyo kali ini. Lebih menarik bila Ha Dong Hoon / HaHa Running Man turut membuat special appearance dalam drama ini yang menjadi boyfriend pada Oh Eul Soon yang dilakonkan oleh Song Ji Hyo dan nak minta putus sebab tak tahan dengan nasib malang Oh Eul Soon yang turut kena pada dia hehe. Di permulaan cerita, memang drama ini kelihatan menyakinkan dan jalan ceritanya juga nampak best dan unik.




Tapi bila dah sampai di pertengahan cerita, storyline dia mula jadi serabut dan huru- hara sebab semua elemen nak dimasukkan. Selain itu ramai pula orang jahat pula dalam drama ini yang terdiri daripada manusia dan juga hantu hehe. Dah la Oh Eul Soon dan Yoo Philip (lakonan Park Si Hoo) ni sering bernasib malang dan bertukar - tukar giliran untuk mengalami nasib malang. Kemudian mereka diganggu pula dengan hantu Kim Ra Yeon dan hantu mak kandung Yoo Philip tu. Ni belum masuk lagi orang - orang jahat yang dengki dan berdendam dengan Yoo Philip serta Oh Eul Soon itu. Kemudian ada pula cerita pasal pokok bagai yang buat aku jadi keliru hahaha. Memang konfius dan serabut drama ini sampai rasa bosan pula nak tengok sampai habis. Malah Song Ji Hyo juga kelihatan serabut dalam drama ini hehehe mungkin sebab wataknya yang sering bernasib malang, jadi penampilannya juga sentiasa messy dan kelam - kabut. 
Lovely Horribly, Drama Korea, Korean Drama, Drama Korea 2018, Korean Drama Lovely Horribly, Sinopsis Drama Korea Lovely Horribly, Song Ji Hyo Drama, Channel KBS World, Poster Drama Lovely Horribly, Lovely Horribly Cast, Pelakon Drama Korea Lovely Horribly, Park Si Hoo, Song Ji Hyo, Lee Gi Kwang, Ham Eun Jung, Choi Yeo Jin, Hwang Sun Hee, Jang Young Nam, Sung Doo Sub, Lovely Horribly Review, Horror Romantic Comedy,
Lee Gi Kwang memang mencuri tumpuan gitu, dalam banyak - banyak watak, aku paling suka wataknya iaitu sebagai Lee Sung Joong yang sangat sweet dan adorable gitu. Wataknya sangat caring dan sentiasa protect Oh Eul Soon dari sebarang bahaya. Tapi nak buat macam mana bila watak si heroin lebih tertarik dengan hero utama bukan hero kedua hehehe. Ending drama ini happy ending tapi secara keseluruhannya aku tak begitu suka dengan jalan cerita drama ini terutamanya di bahagia pertengahan hingga ke akhir. Jadi aku bagi 5.7/10 bintang untuk Korean Drama Lovely Horribly ini. Sedikit sinopsis drama Korea Lovely Horribly ➔ Philip (Park Si-Hoo) and Eul-Soon (Song Ji-Hyo) were born at the same time and they seem to share fate. If one person is happy, the other person is unhappy. Philip has all the good luck in their fate and he is a top star. On the other, hand, Eul-Soon has all the bad luck and she works as a drama series screenwriter. They begin to work together for a drama series and mysterious things take place around them.

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post