7 Jan 2019

Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli & Siti Saleha




Drama Melayu, Jika Masih Ada Rindu, Drama Jika Masih Ada Rindu, Slot Samarinda, TV3, Cast, Drama Best, Ending Drama Jika Masih Ada Rindu, Pelakon Drama Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, 2018/2019, Poster Drama Jika Masih Ada Rindu,
Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha (TV3)

Drama Jika Masih Ada Rindu ini mempunyai 15 episod dan sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 sejak 19 Disember 2018 yang lalu setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Aku suka tengok gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha ni lepas telemovie I Heart You Cik Yah tu. Drama Jika Masih Ada Rindu ini dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff dan ramai lagi. Serta drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Terbaik Dariku yang telah tamat episodnya. Idea asal drama ini adalah daripada Shida Zali manakala pengarah drama ini adalah Feroz Kader. Selain itu lagu tema / OST Jika Masih Ada Rindu ini bertajuk Nadi dan dinyanyikan oleh Afif Tirmizie. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon di bawah ini ye.




Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Jika Masih Ada Rindu

Siti Saleha sebagai Wahida
Kamal Adli sebagai Hisham

Wan Ellyas sebagai Johan

Syafnida Shuhaimi sebagai Melissa

Syamin Azlah sebagai Husna

Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Embun

Ezzaty Abdullah sebagai Suhaila

Zarynn Min sebagai Laila

Meor Mohd sebagai Edy
Ku Zara Eryna sebagai Qistina
Jasmine Ashraf sebagai Wardah
Aznah Hamid sebagai Salmah
Numan Salleh sebagai Pak Mat


Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Talak dilafazkan Badrul Hisham terhadap isterinya, Wahida sekali gus memadamkan segala memori indah dalam diri Wahida. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. 

Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. Namun Wahida mula berubah fikiran apabila terbaca whatsapp Hisham dengan perempuan lain dan bersetuju untuk berpura - pura menjadi isteri Hisham buat sementara waktu dan turut berpindah semula ke rumah Hisham. Wahida ingin membalas dendam pada Hisham atas layanan buruk Hisham padanya selama ini.

Sementara itu bekas tunang Wahida iaitu Johan sengaja mengambil Wahida bekerja dengannya untuk membalas dendam kerana Wahida telah menolak lamarannya dan memilih Hisham sebagai suami. Johan sengaja membuli Wahida dan menyuruhnya membuat pelbagai kerja manakala Wahida terpaksa akur dengan arahan Johan kerana hanya syarikat Johan saja yang sudi mengambilnya bekerja. Tambahan lagi Wahida sudah menjadi ibu tunggal dan memerlukan duit untuk membesarkan anaknya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post