Memaparkan catatan dengan label Cute. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cute. Papar semua catatan

27 Feb 2019

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo Sweet Di Running Man




Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,

Sejak awal tahun ini dan di beberapa episod Running Man yang terbaru, member Running Man memang gemar mengusik Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo serta menggalakkan mereka berdua untuk bercinta hehehe. Haha antara orang yang paling rajin mengusik Kim Jong Kook (KJK) dan Song Ji Hyo (SJY) siap panggil SJY kakak ipar lagi hehe. Lebih menarik bila Song Ji Hyo turut memberikan reaksi yang positif ketika diusik manakala KJK di awalnya agak awkward dan hanya tesenyum. Sebelum ini memang dah ada gosip yang mengatakan KJK dan SJY bercinta, tapi masing - masing menafikan. Lagipun diorang dah bertahun dalam Running Man, so hubungan tu mungkin dah jadi macam adik - beradik gitu.




Tapi entah kenapa aku suka bila tengok member Running Man yang lain sakan mengusik diorang ni hehe, lagi pun nampak Spartace ni sepadan gitu hehe. Paling best bila di episod 440 Running Man, Kim Jong Kook membuat kejutan bila dia tiba - tiba memanggil Song Ji Hyo "Honey" sambil meminta wang lebihan SJY yang ada kerana SJY berjaya ke lokasi yang seterusnya. Masa awal - awal tu, Haha dan Song Ji Hyo dah seronok dok bahasakan diri diorang sebagai kakak ipar dan adik ipar di depan Kim Jong Kook. Masa ni KJK senyum je bila tengok gelagat SJY dan Haha tu
Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,
Semuanya termasuk member Running Man dan crew RM pasti tak jangka langsung yang Kim Jong Kook tiba - tiba bergurau panggil SJY "Yeobo / Honey". Habis semua tergelak, ketawa sakan hahaha, lepas ni makin sakanlah KJK dan SJY kena usik hahaha. Aku memang tak boleh move on dengan video di bawah ni, asyik nak repeat berulang kali je nak tengok gelagat semua yang terkejut dan tergelak bila KJK panggil SJY honey tu, so sweet. Walaupun tu hanya gurauan tapi berjaya buat aku tersengih dan tergelak sekali hehehe. Reaksi Song Ji Hyo lepas dengar KJK panggil dia dengan panggilan tu pun macam terbaik giler hahaha and muka Kim Jong Kook pun merah lepas cakap gitu muahaahha. Nampak Haha macam seronok giler bila KJK pun dah terbuka untuk bergurau macam tu hehe. Boleh layan video di bawah ni kalau nak tengok aksi KJK dan SJY tu..
Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,

Read More

2 Jun 2018

Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri

Sinopsis Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Novel, Drama Adaptasi Novel, Astro Oasis, Drama Bulan Ramadan, Sweet, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Poster, 2018,
Sinopsis Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri

Diam tak diam dah nak masuk episod 10 dah drama Bila Aidil Ada Fitri ini, jalan ceritanya makin sweet dan comel gitu. Aku suka tengok scene Aidil (Ungku Ismail Aziz) dan Amar (Fikhree Bakar) yang bergaduh macam budak - budak tu, comel giler hehehe. Watak Qarizh (Talha Harith) tu memang misteri sikit, nampak dia macam mental dan obses dengan Fitri Syafia (Siti Saleha) ni. Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh dan ramai lagi. Apa pun hari ini aku nak share Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri ini, jadi selamat membaca okey.



Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 7 Hingga 9


Seperti biasa Fitri Syafia (Siti Saleha) akan singgah ke rumah Datin Mariam (Aida Khalida) untuk membantu Datin Mariam membuat kerja - kerja amal di bulan Ramadan ini. Ketika sampai di rumah Datin Mariam, Fitri ternampak kelibat Aidil (Ungku Ismail) dan terus pergi berjumpa dengannya untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian bunga itu. Aidil keliru sebab bukan dia yang menghantar bunga pada Fitri tapi kemudian Aidil hanya mendiamkan dirinya dan membiarkan Fitri berfikir yang bunga itu dihantar olehnya. Aidil, Datin Mariam dan Fitri keluar bersama dan kemudian Amar (Fikhree Bakar) dan ibunya juga turut ada, Aidil kemudian bersembang dengan Amar dan memberi Amar amaran supaya jangan dekat dengan Fitri atau cuba mengorat Fitri. Amar hanya tersenyum melihat gelagat Aidil yang cemburu dengannya, Aidil kemudiannya terpaksa bergegas pergi berjumpa dengan kawan baiknya Ayman (Halim Radzi) yang kini tengah menghadapi masalah rumahtangga. Ayman selalu meluahkan masalahnya pada Aidil dan Aidil menjadi pendengar setia pada setiap masalah Ayman. Ketika Aidil tiada disitu, Amar menggunakan peluang itu untuk mengajak Fitri menemaninya untuk pergi beli kasut yang telah Fitri jumpa sebelum ini. Amar sengaja mengajak Fitri supaya Aidil akan cemburu nanti manakala Fitri pula stress dengan perangai Amar yang sengaja post gambar mereka berdua di media sosial dan Fitri risau jika gambar tersebut akan membuat Aidil salah faham dan marah.

Ketika Fitri berjalan ke keretanya, dia terkejut apabila Qarizh (Talha Harith) menyapanya dan Fitri yakin Qarizh telah mengekorinya. Qarizh obses dengan Fitri dan dia ingin menjadikan Fitri isterinya walau apa pun yang terjadi. Ibu Qarizh tak mampu nak mengawal Qarizh yang kali ini sudah nekad untuk dengan rancangannya. Fikri (Zaki Azeman) adik Fitri juga terserempak dengan Qarizh di suatu tempat dan sempat berborak seketika. Fikri turut risau dengan kemunculan Qarizh secara tiba - tiba dan yakin Qarizh akan menggangu kakaknya nanti. Qarizh turut menelefon Fitri namun Fitri tidak suka Qarizh menghubunginya lagi. Aidil yang dulunya selalu jual mahal dan buat muka serius dengan Fitri kini mula berubah, Aidil dah mula mengusik Fitri dengan kata - kata cinta dan membuatkan Fitri keliru dan gelabah. Manakala Fikri pula sangsi dengan sikap bossnya Amar yang gemar berahsia dalam bekerja. Fitri masih terserempak dengan Qarizh, kali ini Qarizh tiba - tiba muncul di pasaraya dan hal ini membuatkan Fitri makin yakin yang Qarizh sedang memerhatikannya. Namun Qarizh menafikan yang dia mengekori Fitri. Tak lama kemudian, ketika Fitri keluar dengan Aidil, mereka terserempak pula dengan mak Qarizh. Fitri sempat beramah mesra dengan mak Qarizh walaupun dirinya kurang selesa, mak Qarizh sempat meminta maaf pada Fitri atas kelakuan Qarizh dan Fitri hanya tersenyum. Aidil mula keliru mengenai mak Qarizh dan hairan kenapa mak Qarizh meminta maaf pada Fitri. Namun Fitri cepat - cepat mengubah topik dan pergi dari situ. 



Apa yang bakal berlaku seterusnya? klik link di bawah ini untuk baca sinopsis drama ini episod 1 hingga 6 yang lalu ➔ Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6
Read More

26 Mac 2017

Waiting For Next Drama Shin Min Ah

Drama Korea Tomorrow With You Lakonan Shin Min Ah dan Lee Je Hoon, ShinMin Ah Fans, Singer, Actress, Cute, Model,
Waiting For Next Drama / Movie Shin Min Ah

Nampaknya Drama Terbaru lakonan Shin Min Ah yang bertajuk Tomorrow With You bersama dengan Lee Je Hoon telah tamat. Drama Korea Tomorrow With You mempunyai 16 episod kesemuanya dan telah habis disiarkan. Watak Shin Min Ah sebagai Song Ma Rin memang sesuai dengannya, aksi - aksi cute memang sesuai dengan Shin Min Ah ini, muka dahla comel jadi buat apa pun tentulah comel kan. Apa pun aku terganggu betul dengan Rambut suami Song Ma Rin tu yang bagi aku sangat pelik dan hodoh oopss hehe. Lee Je Hoon itu handsome orangnya cuma bila menggayakan style rambut seperti itu menampakkan dirinya agak pelik dan nerd hehe. Manakala Shin Min Ah memang kelihatan cantik dan cute dalam drama ini. Jalan cerita drama ini mungkin sedikit slow tapi keserasian antara hero dan heroin drama ini memang terbaik dan sweet je. Lagipun Shin Min Ah ini memang akan sentiasa serasi dengan mana - mana hero yang digandingkan dengannya. Aku teringin juga nak tengok dia berlakon dengan dengan Lee Min Ho, Lee Dong Wook dan pelakon - pelakon lain.

Aku juga teringin nak tengok dia reunion semula dengan Lee Seung Gi dan So Ji Sub dalam drama baru ataupun movie baru. Paling penting aku nak tengok dia datang Running Man semula hehehe, tak puas pula tengok dia muncul dalam satu episod Running Man tu, hope dia akan jadi guest lagi dalam Running Man tu. Selain itu gandingan dirinya dengan Lee Jun Ki juga sangat cute seperti dalam drama Arang and The Magistrate tu. Pada pendapat aku, lepas berlakon Drama Korea Tomorrow With You ini, maybe dia akan berlakon pula dalam filem baru / movie. Kali terakhir dia muncul dengan filem baru iaitu pada tahun 2014 dengan filem My Love My Bride bersama Jo Jung Seok. Selepas itu Shin Min Ah menumpukan fokusnya untuk berlakon drama Oh My Venus dan kemudian drama ini. So aku jangkakan lepas ini, kemungkinan besar dia akan berlakon filem pula kan. Rasanya mesti ramai juga nak tengok dia bergandingan dengan kekasihnya iaitu Kim Won Bin betul tak? hehe. Apa pun aku akan merindui wajah comel Shin Min Ah itu, moga dia akan kembali dengan filem mahupun dramanya yang baru.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More


My Random Post