29 Jan 2018

Episod 30 Hingga 34 Syurga Yang Kedua

 Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Maya HD, Sinopsis Berepisod, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Cinta, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Isnin ini, Drama Syurga Yang Kedua ini dah masuk episod ke - 35 dah, cepat masa berlalu kan, tapi entah bila Sabrina akan tahu pasal perkahwinan suaminya dengan kawan baiknya itu. Dalam episod 30 hingga 34 drama Syurga Yang Kedua ini, kelihatan Azril cuba nak mengkantoikan Vivy dan Daniel pada Sabrina tapi tak berjaya pula hehehe. Selain itu ada watak baru yang diperkenalkan untuk minggu ini iaitu watak Fazira, aku tak tahu apa yang Fazira ini akan buat, hope watak ini juga boleh bagi impak yang baik pada drama ini. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak share Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34, selamat membaca okey. Pada yang tak pernah tengok drama ini, boleh juga try baca sinopsis drama ini yang aku gabungkan semua episod dalam seminggu. Link - link untuk sinopsis episod - episod awal boleh tengok di bawah sekali ye.

Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 30 Hingga Episod 34

Sabrina dan Daniel telah mengambil Alia menjadi anak angkat mereka manakala Dato Sherry pula telah membenarkan Delaila berkahwin dengan Azril juga akhirnya. Malah Dato Sherry juga turut menaikkan pangkat Azril ke jawatan yang lebih tinggi dalam syarikatnya. Sebelum bernikah, Dato Sherry turut membawa Azril untuk berjumpa dengan wali Delaila yang sah iaitu Daud yang juga merupakan ayah pada Sabrina. Kelihatan Azril sangat terkejut mengetahui mengenai Daud yang juga merupakan ayah kandung pada Delaila. Sabrina yang keluar dengan Daniel turut terlihat bapanya bertemu dengan Dato Sherry dan Azril dari jauh. Kemudian Sabrina bertanyakan ayahnya, jika ayahnya ada menyimpan rahsia selama ini dan akhirnya Daud berterus - terang pada Sabrina mengenai Delaila. Sabrina sangat sedih apabila mengetahui perkara yang sebenar, malah dirinya juga terpaksa menyimpan rahsia tersebut daripada Daniel. Shida turut mendengar perbualan suaminya dan anaknya itu dari luar pintu. Vivy yang merindui anaknya Alia menelefon Sabrina dan menggesanya untuk membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry. Akhirnya Sabrina dan Daniel membawa Alia datang ke rumah Dato Sherry.



Vivy dapat melepaskan rindunya pada Alia, namun sikap Dato Sherry yang terlampau pilih kasih serta melebihkan baby Yusof berbanding Alia membuatkan Sabrina sentap dan sedih, lalu bergegas pulang. Vivy menyuruh Dato Sherry supaya tidak melebihkan baby Yusof di depan Sabrina. Selain itu, bekas isteri pertama Syed Mansor iaitu Fazira ingin menuntut haknya dalam harta Syed Mansor yang diwarisi oleh Dato Sherry dan anak - anaknya. Peguam telah memaklumkan hal ini pada Dato Sherry dan membuatkan Dato Sherry sedikit terkejut. Azril yang telah berkahwin dengan Delaila terpaksa bersabar melayan kerenah dan perangai Delaila yang cepat marah itu. Selain itu Azril juga cuba mencari peluang dan kesempatan untuk berdua - duaan dengan Vivy. Manakala Delaila pula telah menampar Vivy kerana menyangka Vivy cuba menggoda suaminya Azril. Daud pula terkejut apabila mengetahui yang isterinya juga sudah mengetahui mengenai Delaila. Vivy keluar dari rumah untuk pergi bertemu dengan Daniel serta berbincang mengenai hubungan mereka. Bagi Vivy, Daniel bersikap tidak adil padanya dan kemudian Daniel dan Vivy mula marah dan bertengkar. Kemudian Azril menasihati Daniel supaya membawa Vivy pergi bercuti dan akhirnya Daniel mengikut nasihat Azril itu.

Vivy pula berasa sangat gembira kerana dapat pergi bercuti dengan Daniel, Vivy juga berazam untuk membuat Daniel mencintainya. Delaila juga mengajak Azril untuk pergi bercuti seperti Vivy dan Daniel itu. Daniel yang merancang untuk pergi bercuti dengan Vivy itu, memberi alasan pada Sabrina yang dirinya kena pergi outstation selama seminggu. Azril sebenarnya sengaja menyuruh Daniel membawa Vivy pergi bercuti supaya senang untuk dia mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan Vivy dan Daniel pada Sabrina, sebab itu jugalah Azril turut mengajak Sabrina untuk pergi ke tempat Daniel itu untuk membuat kejutan. Sabrina akhirnya bersetuju untuk mengikut cadangan Azril itu setelah mak ayah Sabrina turut menggalakkan Sabrina untuk pergi bertemu Daniel, sekaligus meluangkan masa berdua. Azril gembira apabila Sabrina bersetuju untuk mengikut cadangannya itu. Sementara itu, Vivy kelihatan sangat gembira dan bahagia dapat bercuti dengan Daniel. Manakala Dato Sherry dan Pak Majid pula bersedih kerana sangat merindui Puteri yang kini berada di luar negara. Kawan Shidah mengajaknya untuk menjadi rakan kongsinya untuk membuka restoran. Shidah awalnya menolak tapi akhirnya bersetuju, malah dia juga teringin untuk bertemu dengan Fazira.

Sabrina dan Azril akhirnya sampai di hotel tempat Daniel menginap, Azril menunjukkan bilik Daniel pada Sabrina dan Sabrina menuju ke situ, tapi akhirnya salah bilik, Daniel menginap di bilik lain. Sebenarnya Vivy telah pun mengetahui rancangan Azril itu dan berjaya mengelak bertemu Sabrina. Azril tidak berputus asa, dia akhirnya dapat menangkap gambar Daniel dan Vivy dalam telefon bimbitnya itu. Vivy terpaksa pulang lebih awal kerana Sabrina telah berada di situ, namun Vivy tetap gembira kerana dapat meluangkan masa bersama Daniel walaupun sekejap. Sabrina juga gembira dapat bercuti bersama Daniel namun percutian mereka tidak lama kerana Sabrina ingin pulang segera kerana terlalu merindukan Alia. Dato Sherry risau dengan perniagaannya yang makin merosot sejak kebelakangan ini, dia dan Daniel terpaksa bekerja lebih keras selepas ini untuk memajukan syarikat mereka. Azril terus membuat rancangan untuk mengenakan Vivy dan Daniel. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link dibawah ini ye.

1 ulasan:

  1. CIKYAN TAK PERNAH TGK CRITA NI...

    TRINGIN JUGAK NAK TGK SBNRNYA !

    BalasPadam



My Random Post