Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19
Diam tak diam isnin ini dah masuk episod ke - 20 dah, Drama Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di Slot Akasia TV3 ini. Antara Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Ketika di awal perkahwinan Adham dan Hanan, kelihatan Hanan kurang matang dan berperangai sedikit kebudakkan. Namun dalam episod 16 hingga episod 19 ini, dapat dilihat Hanan dah makin matang, dia sering bertolak - ansur dan sedar kedudukannya yang merupakan orang ketiga antara Adham dan Rosnaida. Lebih menarik apabila Hanan yang menasihati Adham untuk berbaik - baik dengan Rosnaida itu. Tapi aku juga hairan kenapa nak merahsiakan statusnya dari Izamil itu, patutnya berterus - terang sajalah kan, selesai masalah dan tak perlu lagi Hanan nak bergaduh dengan Adham lagi pasal Izamil ini kan. Rasanya episod seterusnya pasti lebih banyak konflik dengan kehadiran Shiqin yang cuba menghasut Rosnaida dan sebagainya. Apa pun dalam entry ini aku nak share Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19, jadi selamat membaca, okey..
Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 16 Hingga Episod 19
Rosnaida meminta maaf pada Adham atas kesalahannya kerana meninggalkan Adham selama 2 tahun, Ros ingin kembali pada Adham seperti dahulu dan menebus kesalahannya selama ini. Ros juga agak terkejut, apabila Adham begitu senang memaafkannya. Manakala Hanan Khaira pula bergegas pulang ke rumah untuk mengemas pakaian dan barang - barangnya untuk keluar dari rumah Adham dan berpindah ke rumah lain kerana Rosnaida akan tinggal di rumah Adham itu. Adham berasa bersalah pada Hanan kerana terpaksa membiarkannya Hanan pergi dan dia juga tidak sangka yang Rosnaida akan pulang secara tiba - tiba. Ros ingin menjadi suri rumah dan menjaga Adham sebaik mungkin, walaubagaimanapun Ros perasan yang Adham sudah banyak berubah dan sedikit dingin dengannya. Adham / Am sentiasa mencari masa untuk bertemu Hanan dan Hanan pula terpaksa tinggal sendirian di rumah lain serta bersabar dengan situasi sekarang. Namun Hanan sedar yang dia adalah isteri kedua dan perlu bertolak - ansur, malah Hanan juga ingin merapatkan diri dengan Rosnaida sebelum Ros tahu kebenarannya. Tak lama kemudian, Ros menjumpai gambar Mak Hanan dalam almari dan mula marah serta bertanyakan pada Adham tentang perempuan dalam gambar tersebut.
Am mengelak dan tidak mahu berterus - terang pada Rosnaida mengenai gambar tersebut. Ros merasakan yang Am ada perempuan lain tapi Adham tidak mahu mengaku mahu pun berterus - terang padanya. Ros juga tak dapat nak menghubungi Shiqin, hubungan Ros dan Adham makin dingin apabila mereka kerap bertengkar dan bergaduh. Manakala Hanan pula selalu menasihati Adham supaya berbaik semula dan meluangkan lebih banyak masa dengan Ros. Selain itu, Ros turut cemburu melihat kemesraan Adham dan Nonie di pejabat, lalu bertindak memarahi Nonie. Ros juga makin yakin yang Adham ada perempuan lain selepas terdengar perbualan telefon Am dengan seseorang. Tak lama kemudian, Hanan terjumpa Rosnaida di shopping mall ketika Hanan ingin mendaftar dan bertanyakan tentang aktiviti lasak yang dianjurkan di situ. Hanan begitu terkejut - melihat Rosnaida menyapanya dan Hanan cuba memberi alasan untuk cepat - cepat pergi dari situ. Ros juga agak hairan melihat kelakuan Hanan yang tiba - tiba nampak takut dan terkejut. Selepas dari itu, Hanan ada bertemu dengan seniornya yang bernama Izamil / Izam untuk meminta bantuannya untuk satu projek. Izamil kemudiannya mempertemukan Hanan dengan Rosnaida.
Selepas Izamil mempertemukan mereka, kelihatan Rosnaida senang dan selesa dengan Hanan, malah Rosnaida juga ikhlas untuk membantu Hanan. Kelihatan Izamil menyukai Hanan, namun Hanan sukar untuk berterus - terang mengenai statusnya yang sudah bergelar isteri orang itu pada Izam. Ros sentiasa memberi semangat dan menggalakkan izam untuk meluahkan perasaannya pada Hanan. Selain itu, Ros dan Adham makin kerap bergaduh dan Ros juga sangat sedih apabila Adham sudah tidak memakai cincin kahwin mereka lagi. Tak lama kemudian Adham melihat Hanan menaiki kereta Izamil untuk ke satu tempat. Adham mula cemburu apabila sudah beberapa kali dia nampak Hanan keluar bersama Izam. Hanan juga cuba untuk mengelakkan diri dari Izam, malah dia dan Adham turut bergaduh sebab Izam ini kerana Adham sangat cemburu dengan Izam. Akhirnya Hanan berjanji pada Adham yang dia tidak akan keluar dengan Izam lagi. Selain itu, Izam juga ternampak cincin yang dipakai oleh Hanan itu dan menganggap Hanan sudah ada seseorang yang disayanginya. Namun Ros menyuruh Izam untuk berfikiran positif dan menggalakkannya untuk berterus - terang pasal perasaannya itu.
Manakala hubungan Adham dan Rosnaida sekejap baik, sekejap lagi bergaduh. Tak lama kemudian Hanan terserempak dengan Izam dan cuba untuk mengelaknya, tapi Izam mengajaknya berjumpa untuk membincangkan satu perkara penting di satu tempat. Akhirnya Hanan terpaksa bersetuju untuk megikut Izam. Dalam perjalananan ke restoran, Hanan dan Izam akhirnya terserempak dengan Rosnaida dan Adham. Hanan dan Adham berpura - pura tidak mengenali antara satu sama lain, namun kelihatan Adham sedikit marah pada Hanan kerana Hanan telah mungkir janji untuk tidak keluar dengan Izam lagi. Manakala Hanan pula agak terkejut dan berasa bersalah pada Adham.
Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..
layan cerita ni.. hehe
BalasPadam