6 Jan 2018

Drama Kekasih Paksa Rela Episod 6 Dan 7

Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Drama Kekasih Paksa Rela Episod 6 Hingga Episod 7, Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 6 dan Episod 7, Cinta, Perkahwinan, Poligami, Rangkuman Sinopsis Episod 6 Hingga 7, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Ain Edruce, Intan Najuwa, Dayang Areeda, Afzan Rahman, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Fatin Afeefa, Episod 6 dan 7,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 6 Dan Episod 7

Dah masuk episod ketujuh sudah drama Kekasih Paksa Rela (Akasia TV3) ini, awalnya aku tak sangka juga yang drama ini menarik, sampai aku sendiri pun boleh tersuka dengan Drama Kekasih Paksa Rela ini. Tajuk drama saja pun dah menarik dan ianya bukan adaptasi daripada Novel ye. Para pelakon drama ini juga berjaya membawa watak masing - masing dengan baik sekali malah dari komen - komen penonton yang aku baca di media sosial juga memuji - muji drama ini. Sekejap saja drama ini dah dapat ramai penonton setia gitu. Antara Pelakon - Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Dalam entry ini, aku akan buat rangkuman sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela dari episod 6 hingga episod 7. Pada yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod pertama hingga kelima, bolehlah klik link di bawah ini ya. Selamat Membaca okey.


So jom tengok rangkuman sinopsis drama ini untuk episod 6 dan 7 di bawah ini ye..

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 6 dan Episod 7

Episod 6 drama ini bermula dengan Adham yang keliru, sama ada dia perlu bernikah dengan Hanan atau pun tidak. Yusman pula memujuk isterinya Suraya untuk menghalang Hanan daripada bernikah dan membawa Hanan pulang ke rumah mereka semula, namun tidak berjaya. Akhirnya Yusman cuba untuk menculik Hanan pula ketika Hanan baru keluar dari kawasan sekolahnya itu. Mujurlah ada orang yang nampak dan berjaya menghalang Hanan dari diculik. Adham yang risau dengan keselamatan Hanan akhirnya menyuruh Firdaus untuk menjadi orang tengah bagi menyampaikan hasrat hatinya pada Hanan. Setelah berfikir, Hanan akhirnya bersetuju untuk menjadi isteri Adham, kemudian Adham berjumpa dengan Hanan untuk berbincang dengan Hanan, bagi mengelakkan salah faham antara mereka. Adham turut berterus - terang pada Hanan mengenai isteri pertamanya Rosnaida yang telah meninggalkannya selama 2 tahun. Akhirnya Adham dan Hanan selamat bernikah. 



Selepas bernikah hubungan Adham dan Hanan tetap seperti biasa iaitu seperti sebelum mereka bernikah. 
Walaubagaimanapun Hanan sering memasak untuk Adham dan kelihatan Adham juga suka dengan kelakuan Hanan yang suka memasak untuknya. Adham juga sedikit cemburu melihat hubungan baik antara Hanan dan Daus. Manakala Shiqin pula sentiasa berasa sangsi dengan hubungan Hanan dan Adham. Disebabkan satu hal, Hanan telah terasa hati dengan kata - kata Adham dan mula merajuk, walaubagaimanapun Adham cuba memujuk Hanan dengan menjemputnya pulang dari sekolah dan membawanya keluar makan. Adham juga meminta maaf pada Hanan dan meminta Hanan untuk memberinya sedikit masa dan selepas itu kelihatan mood Hanan juga semakin baik, Hanan cuba untuk berbaik - baik dengan Adham dengan menyuapkannya makanan, namun kemesraan mereka berdua telah dilihat oleh Shiqin yang tiba - tiba muncul di situ. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

1 ulasan:

  1. ni ke cerita yang orang sebut pakcik pakcik tu.. rumah xde tv so drama org ckp best tngk online hehe..

    BalasPadam



My Random Post