Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 10 Hingga Episod 14 (Astro)
Makin lama makin menarik Drama Syurga Yang Kedua ini lakonan ramai pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Zarynn Min, Afifah Nasir dan ramai lagi. Drama Syurga Yang Kedua ini dah nak masuk episod ke - 15 dah, Dalam episod 10 hingga episod 14 Drama Syurga Yang Kedua ini, macam - macam perkara dah berlaku. Jadi hari ini aku nak share rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua ini dari episod 10 hingga episod 14. Kalau korang nak baca Sinopsis Drama ini dari episod 1 hingga episod 9 terlebih dahulu, bolehlah klik link - link di bawah ini ya. Selamat Membaca okey.
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 10 Hingga Episod 14
Dato Sherry rupanya adalah bekas Isteri pada bapa Sabrina iaitu Daud, namun rahsia ini tidak diketahui oleh Sabrina dan juga ibunya Shida. Daud tidak mahu melukakan hati isterinya mengenai hal ini dan meminta Dato Sherry untuk merahsiakannya juga. Sofea memarahi Sabrina dan tidak mahu Sabrina dekat dengan anaknya lagi. Tidak lama kemudian Sofea mula sakit kepala dan pergi berjumpa dengan doktor. Selepas pulang dari berjumpa dengan doktor, Sofea menjadi sangat sedih, kemudian dirinya mula berubah dan berasa menyesal dengan kelakuan dan sikapnya selama ini terutamanya pada anaknya dan suaminya. Sofea mula meluangkan masanya dan memberikan sepenuh perhatiannya pada anaknya Puteri, Azril agak pelik dengan perubahan mendadak Sofea. Namun dia berasa senang melihat perangai Sofea yang berubah menjadi lebih baik. Malah anak mereka, Puteri juga berasa gembira melihat ibu dan ayahnya yang dah berbaik dan tidak bergaduh lagi. Dato Sherry juga mula membuka rahsia mengenai perkahwinan Daniel dan Vivy pada kawan - kawan karibnya. Anak bongsu Dato Sherry iaitu Diana pula, mula bercinta dengan rakan kolejnya yang berasal dari keluarga miskin.
Sofea akhirnya jatuh pengsan kerana terkena Strok lalu koma, Dato Sherry menyalahkan Azril yang menyebabkan anaknya menjadi sakit. Semua ahli keluarga Dato Sherry mula berhimpun di hospital dan risau dengan keadaan Sofea. Di hospital tersebut, Azril sempat berborak dengan Daniel lalu mengetahui kebenaran tentang perkahwinan Daniel dan Vivy. Azril agak tidak puas hati apabila mengetahui Vivy kini adalah birasnya dan juga merangkap kakak iparnya. Rupa - rupanya sebelum ini, Vivy dan Azril pernah bercinta. Namun setelah Vivy mengetahui Azril adalah suami orang serta mempunyai seorang anak, Vivy memutuskan hubungan mereka. Ketika sedang melawat Sofea, Azril sempat berdepan dengan Vivy dan mengatakan bahawa dirinya masih mencintai Vivy. Keadaan Sofea makin kritikal lalu meninggal dunia. Puteri sangat sedih apabila kehilangan ibunya, Puteri makin rapat dengan Sabrina dan menginginkan Sabrina selalu dengannya. Vivy pula cemburu dan rasa tersisih apabila Sabrina kerap datang ke rumah Dato Sherry untuk menemani Puteri. Shida mula berasa cemburu dan curiga dengan hubungan suaminya bersama dengan Dato Sherry itu yang sering terlibat dalam urusan perniagaan.
Ketika sedang mengemas, Shida terjumpa satu gambar lama yang kelihatan seperti gambar perkahwinan suaminya dengan Dato Sherry dulu. Manakala Vivy pula mula tertekan dan marah kerana terpaksa terus - terusan menyembunyikan rahsia perkahwinannya dari Sabrina. Sabrina pula mula sedih dan terasa hati dengan sikap ibu mertuanya itu kerana sering mencari silapnya dan memarahinya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Happy New Year 2018 buat semua pengunjung blog ini.
Gambar di atas credit to Astro Awani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan