5 Feb 2018

Sinopsis Episod 20 Hingga 23 Kekasih Paksa Rela

Kekasih Paksa Rela, Drama Kekasih Paksa Rela, Sinopsis Kekasih Paksa Rela Episod 20 Hingga 23, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Dayang Areda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila, Watak, Adham, Hanan Khaira, Rosnaida, Daus, Shiqin, Yusman, Suraya,
Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 20 Hingga Episod 23

Drama Kekasih Paksa Rela dah nak masuk episod 24 dah, ini bermakna dah dekat - dekat nak habis drama ini sebab Drama Kekasih Paksa Rela ini mempunyai 28 episod saja. Rosnaida pula hampir - hampir nak tahu dah tentang perkara sebenar mengenai Adham dan Hanan itu. Entah apa lagi yang Yusman dan Shiqin nak buat untuk ganggu rumahtangga Adham dan Hanan itu. Tinggal lagi 5 episod saja lagi Drama ini, macam manalah agaknya ending Drama Kekasih Paksa Rela ini kan?. Happy ending or sad ending?. Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela ini terdiri daripada Remy Ishak sebagai watak Adham, Ain Edruce sebagai Rosnaida, Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira, Dayang Areeda sebagai Shiqin, Afzan Rahman sebagai Firdaus, Emelda Rosemila sebagai Suraya, Fizz Fairuz sebagai Yusman, Fatin Afeefa sebagai Zilla dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis Drama ini dari episod 20 hingga episod 23 di bawah ini ye. 

Rangkuman Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela Episod 20 Hingga Episod 23

Adham berasa marah pada Hanan kerana Hanan telah mungkir janji dan keluar bersama Izamil, Hanan kemudian meminta maaf pada Adham dan menerangkan tentang niatnya yang hanya ingin rapat dengan Rosnaida saja. Sementara itu, Rosnaida masih cuba untuk merapatkan Hanan Khaira dengan Izamil namun Adham menghalang Rosnaida dari masuk campur urusan orang lain. Manakala Izamil pula nekad untuk meluahkan isi hatinya pada Hanan dan mengekori Hanan hingga sampai ke rumahnya untuk bertemu. Hanan sangat terkejut apabila mengetahui Izamil mencintainya, Hanan turut memberitahu Adham pasal hal ini. Hanan kemudian berjumpa dengan Izamil dengan ditemani oleh Zila serta dengan izin suaminya Adham untuk berterus - terang dengan Izamil tentang statusnya yang sudah bergelar isteri orang. Malah Hanna juga turut menceritakan pada Izamil yang dia berkongsi suami dengan Rosnaida. Izamil sangat terkejut apabila mengetahui hal sebenar, malah dia turut melihat Adham menjemput Hanan di universiti, malah dia turut mengelak untuk berjumpa dengan Rosnaida. Tak lama lepas itu, Ros keluar dari rumah untuk menenangkan dirinya dan melakukan aktiviti kesukaannya.

Yusman terus - terusan mengambil duit isterinya Suraya serta langsung tidak mempedulikan kebajikan dan kesihatan isterinya itu. Daus terserempak dengan suraya yang kelihatan sakit dan tidak sihat tapi suraya hanya berlalu pergi, Malah Suraya menyesal berkahwin dengan Yusman dan berasa sangat bersalah pada anaknya Hanan. Sementara itu, Hanan telah terdengar perbualan Mak Senah dengan Daus tentang keadaan ibu Hanan yang agak teruk. Kemudian Hanan terus ke rumah ibunya tapi ibunya tiada di rumah, tak lama kemudian Suraya menelefon anaknya Hanan dan Hanan bergegas untuk pergi berjumpa dengan ibunya, namun Yusman tiba - tiba datang. Walaubagaimanapun Adham datang tepat pada masanya, malah Yusman juga gagal membawa Suraya pergi bersamanya. Selepas itu Suraya mula tinggal dengan Hanan, malah Suraya juga ingin berubah dan mula memakai tudung. Suraya juga nekad untuk bercerai dengan Yusman. Manakala Shiqin pula menghilangkan diri dari Indonesia. Adham dan Daus syak yang Shiqin sudah pulang ke Malaysia, manakala Adham pula mula risau jika Shiqin pergi berjumpa dengan Rosnaida dan menghasut Ros tentang Hanan.



Shiqin akhirnya berjumpa dengan Rosnaida dan cuba menghasut Rosnaida untuk memburukkan lagi keadaan. Shiqin mencadangkan supaya Ros mencari tahu tentang Hanan, dia turut memberitahu yang Hanan pernah tinggal di rumah Adham. Ros kemudian mengamuk dan ingin tahu pasal Hanan, Ros dan Adham akhirnya bergaduh, malah Ros juga turut syak yang Nonie cuba menggoda suaminya itu dan telah memberi amaran pada Nonie. Hal tersebut telah membuatkan Nonie ingin berhenti kerja tapi Adham tak bagi. Manakala Hanan pula mula berasa takut apabila mengetahui Shiqin sudah berjumpa dengan Ros, Hanan risau jika Ros tahu perkara sebenar. Tak lama kemudian Daus telah memaksa Shiqin untuk pergi berjumpa Adham di pejabatnya. Akhirnya Shiqin berjumpa dengan Adham dan mula memburuk - burukkan Rosnaida, malah Shiqin turut mengaku yang dirinya nak tengok Adham dan Rosnaida bercerai. Kebetulan Rosnaida baru sampai dekat pejabat Adham dan mendengar sendiri segala percakapan Shiqin yang telah memburuk - burukkan dirinya. Ros kemudian berasa marah dan memutuskan hubungan persahabatannya dengan Shiqin itu. Ros kemudian menelefon Hanan dan menceritakan tentang hal Shiqin padanya dan Hanan menasihati Ros supaya berbaik - baik dengan Adham.

Shiqin terserempak dengan Adham, lalu memberitahu Adham tentang perasaan cintanya pada Adham selama ini, namun Adham hanya menganggap Shiqin seperti adik bradiknya saja. Shiqin yang kecewa mendengar kata - kata Adham itu kemudian marah dan berjanji tak akan membiarkan Adham bahagia. Manakala Rosnaida juga masih marah dan mengugut Adham yang dirinya akan memfailkan penceraian jika dia tahu Adham ada perempuan lain. Mak Hanan iaitu Suraya berasa pelik bila Adham jarang tidur di rumah Hanan, Suraya risau jika Adham berasa tidak selesa dengan dirinya yang tinggal sekali dengan mereka, namun Hanan memberi alasan yang Adham sibuk. Hanan juga tidak bersedia untuk berterus - terang pada ibunya mengenai status dirinya yang merupakan isteri kedua Adham, walaupun adham ingin berterus terang pada ibu mertuanya itu. Hanan tahu ibunya bersikap skeptikal dengan poligami dan tak mungkin ibunya dapat menerima hakikat yang dirinya menjadi isteri kedua. Selain itu, Yusman telah memulangkan purse Rosnaida dan mencari peluang untuk dekat dengan Ros dan akhirnya Ros mengambil Yusman bekerja dengannya. Hanan yang pergi berjumpa dengan Rosnaida, terkejut melihat Yusman bekerja di situ dan dirinya cepat - cepat beredar dari situ kerana risau Yusman akan nampak dirinya.

Hanan dan Adham mula risau dan tak sedap hati apabila mengetahui Yusman bekerja dengan Ros. Tak lama kemudian Yusman telah nampak Adham datang ke tempat Ros dan membawa Ros keluar makan sempena birthday Ros pada hari itu. Walaubagaimanapun Ros dan Adham telah bergaduh ketika sedang makan, akhirnya Ros berlalu pergi dari situ. Manakala Yusman pula ingin memberitahu perkara sebenar pada Rosnaida mengenai Hanan dan Adham lalu mengajaknya berjumpa di suatu tempat. Namun sebelum sempat ros datang, Along dah bawa Yusman ke tempat lain dan apabila ros sampai disitu, dia melihat tiada orang di situ. Apa yang bakal berlaku seterusnya.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..

2 ulasan:

  1. bila la dpt tgk cerita nih....hmmmm

    BalasPadam
  2. tolong la cepat habis sbb x sabar nak tgk ending hahahahhaa

    BalasPadam



My Random Post