16 Jul 2021

Drama Black Season 2 Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha (VIU Malaysia)



Drama Black Season 2, Adaptasi Drama Korea Black, Poster Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Info dan Sinopsis Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Pelakon - Pelakon Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Drama Black Season 2 Viu Malaysia Full Episode, Drama Black Season 3 Viu Malaysia,

Drama Black  merupakan siri original Viu Malaysia yang juga merupakan adaptasi daripada drama Korea Black (2017) lakonan Song Seung Heon, Go Ara dan Lee El manakala versi Malaysia pula dilakonkan oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan Nabila Huda. Di platform VIU, drama Black ni dah masuk 2 season dah, setiap season ada 8 episod. Pelakon - pelakon lain yang turut membintangi drama Black Season 2 ini terdiri daripada Khir Rahman, Zoey Rahman, Adlin Aman Ramlie, Pablo Amirul, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Azman Hassan, Juzzthin, Josiah Hogan, Riz Amin, Zahim Al-Bakri, Zarynn Min, Luqman Hafidz, Amir Ameeza, Aleza Shadan, Rusdi Ramli, Zain Hamid dan ramai lagi. Tak silap aku drama Black versi Malaysia untuk musim kedua ni hanya 10 episod, so dah habislah kan. Ending drama Black Season 2 ni tak ikut sebijik macam drama Korea, sebab macam happy ending juga sebab Sofia dan 444 / Malik buat keputusan untuk bersama. Tapi stil open ending jugalah sebab kita tak tahu apa yang terjadi pada mereka seterusnya. Cuma yang pasti diorang akan terus diburulah kan.  Ikutkan aku dah tengok pun drama Black versi Korea so aku dah tahu jalan cerita beserta endingnya sekali hehe. Tapi saja aku nak tengok macam mana diorang nak buat versi Malaysia pula hehehe. Korang boleh baca review drama Korea Black yang aku buat di blog satu lagi disini okey 👉👉 Review Drama Korea Black By Miss Banu
Drama Black Season 2, Adaptasi Drama Korea Black, Poster Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Info dan Sinopsis Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Pelakon - Pelakon Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Drama Black Season 2 Viu Malaysia Full Episode, Drama Black Season 3 Viu Malaysia,
Bagi aku hampir sama saja drama Black versi Malaysia atau Korea, sampai warna baju pun nak sama okey. Cuma kalau versi Malaysia diorang sesuaikan dengan situasi dan budaya Malaysialah kan. Apa yang aku suka dengan drama Black versi Malaysia yang disiarkan di platform VIU ni adalah barisan pelakonnya. Pemilihan pelakon memang terbaik, semuanya best - best belaka dan hebat. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Black season 2 di bawah ini okey beserta sinopsisnya sekali.

Kamal Adli sebagai Detektif Malik / Black / 444
Siti Saleha sebagai Sofia Farid
Nabila Huda sebagai Dr. Aisya
Khir Rahman sebagai Detektif Borhan
Zoey Rahman sebagai Lokman Nazir
Pablo Amirul sebagai Middle Finger Man 
Azman Hassan sebagai 007
Juzzthin sebagai 416
Namron sebagai Captain Amirul
Adlin Aman Ramlie sebagai Captai Zaid
Josiah Hogan sebagai Leo Raja Vokal
Luqman Hafidz sebagai Ilya Hamid 
Riz Amin sebagai Rahman 
Amir Ameeza sebagai Daud 
Aleza Shadan sebagai Dr Rozana 
Airil Hafiz sebagai Leo Manager 
Nada syuhada sebagai Tiffany 
Hashim Osman sebagai Nazir 
Rusdi Ramli sebagai Pak Hassan 
Zain Hamid sebagai Karim 
Derrick sebagai Steven Wan 
Shekean Waida sebagai Norliza 
Fauzi Nawawi sebagai Chief Mazlan 
Silfeny Osman sebagai Newcaster




Sinopsis Drama Black Season 2 Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha (VIU Malaysia)

Menceritakan tentang Black atau 444 (Kamal Adli) yang merupakan makhluk Bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mengesan rakannya iaitu 419 yang menjadi buruan dan dipercayai bersembunyi di dalam tubuh manusia. Untuk membolehkan dia hidup di dunia manusia, Black menghuni badan Malik, seorang detektif yang telah meninggal dunia dan tanpa sedar dia sebenarnya sudah terperangkap dalam kehidupan duniawi Malik dan jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Sofia (Siti Saleha). Malah Black / 444 juga tidak tahu perkaitan sebenar antara dirinya dengan detektif Malik sehingga dia tidak boleh keluar dari badan detektif Malik sesuka hatinya. Sofia memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang termasuk melihat bayang orang Bunian dalam tubuh manusia. Dengan kelebihan masing-masing, Black dan Sofia membuktikan mereka pasangan yang sempurna dan berjaya mendedahkan banyak kes yang melibatkan pembunuhan, termasuklah membongkar rahsia besar yang pernah dilakukan oleh Doktor Aisya (Nabila Huda), kekasih Detektif Malik. Aisya cuba menyembunyikan rahsia silamnya dari semua orang dan hidup dalam ketakutan. Namun sedikit demi sedikit rahsia silamnya mula terbongkar dan detektif Borhan mengetahui rahsia tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


1 ulasan:

  1. Okay cun nanti nak tengok season 2 pulak. Dah lama tunggu siap tweet director lagi bila nak start shooting haha

    BalasPadam



My Random Post